Selasa, 9 Disember 2014

Telefon pintar mampu milik dari BenQ !

Lama dah aku ternanti nanti telefon pintar mampu milik seperti yang dikeluarkan oleh BENQ ni.. Kenapa aku ternanti lak ? Jawapannya mudah jer.. Yang mahal ni , kita takut nak lasak dengannya.. Apatah lagi aku ni ada anak lelaki yang sedang melasak ! Asyik mintak telefon untuk layan Youtube atau main game education. Mata asyik menjeling jer .. kot kot terjatuh ke .. kan ?

Dengan adanya telefon pintar macam ni , segala masalah aku selesai ! Bukannya berkualiti rendah pon ! Setanding dengan telefon pintar yang mahal yer malah ada kelebihan tersendiri !

Paling utama ialah , dilengkapi dengan Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) yang mana pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps dan lindungan dari pancaran cahaya biru yang mana penting untuk mengelakkan mata si Qhaliff dan juga aku dari rosak kerana terlalu lama memandang skrin telefon !

Telefon pintar yang menggunakan Android 4.4 Kitkat dari BenQ ni ada dua jenis.. F5 yang berharga RM699 dan T3 , berharga RM499 . Antara perbezaan kedua ini ialah kamera mod Ultra Sensitiviti 4x dengan kamera belakang 13 ( F5 )  dan 8 megapiksel (T3 ) dan size serta paparan skrin. Untuk melihat lebih lanjut spesifikasi kedua telefon pintar ini , boleh rujuk di http://smartphone.benq.com.my/ .

Bagi aku , telefon pintar ini sesuai digunakan pada mereka yang masih belajar dan juga mereka yang tidak beberapa berkemampuan nak memiliki telefon pintar. Walaupun murah tetapi hampir sama ‘power’ dengan yang mahal ! Takde la nak pening kepala kalau hilang pon kan ? Beli je yang baru .. hehehe .. Mampu dimiliki oleh sesiapa pun !

Menarik , kan ? Ok.. sebelum korang beransur , apa kata join dulu pertandingan paling mudah tapi menarik ni ! Pertandingan gambar kreatif ! Untung untung boleh menang BenQ F5 atau T3 ni ! Tak susah pon… Nak tau camana nak join ? Jom baca syarat pertandingan di https://www.facebook.com/BenQMalaysia ni..

 

Semoga berjaya ! Jangan lupa bagitau kawan kawan .. 

Bila dah digelar ‘ Loser ‘

 

“ Hai.. tak kerja ke ari ni ? “ .

Aku disapa seorang kenalan ayah. Aku jawab dengan senyuman..

“ Tak.. Lama dah berenti.. “.

Tergamam jap dia.. Mesti terfikir camana aku besarkan anak 2 orang andai aku dah berenti kerja. Takkan makan duit isteri kan ? Sejarah lepas membuktikan aku telah menganggur bertahun lamanya gara gara ekonomi meleset dan dijangka akan kembali lagi pada tahun depan ! Dan aku tiada pekerjaan ???

“ Abis tu , kamu buat apa skang ni   ? “.

“ Kerja melalui internet jer .. “. Jawab aku ringkas. Senyum lagi..

“ Macamana tu ? Boleh dapat duit ke ? “ .

Hurm… camana aku nak terangkan eh..

“ Tulis blog.. “ Jawab aku.

“ Oooo… Kamu la yang yang tulis. Ingatkan adik kamu.. “.

Adeh.. dah bila pulak adik aku minat menda menda gini ! Sememangnya dari dulu dalam keluarga aku , aku je yang dok giler layan internet dan abiskan masa berjam jam jam lamanya depan komputer hingga bil internet mencecah beribu ribu ringgit !! Huhuh..

Aku senyum je la.. Pastu , aku pon bukak story satu persatu . Tergamam !

Sesungguhnya , inilah kerja paling puas aku pernah buat .. Sendiri bos , sendiri kuli.. sendiri tulis , sendiri edit ! Sendiri tanggung dosa pahala !

Nasihat aku buat kawan kawan yang akan atau sedang belajar di IPT .. Jangan tunggu abis belajar baru nak cari kerja ! Mulakan dari sekarang ! Jangan kata assignment saja dah berlambak .. camana nak uruskan ? Kalau assignment berlambak , kamu banyak masa melepak ? Keluar dating sana sini ? Keluar tengok wayang ? Layan Facebook ? Bukankah semua itu masa ? Sebaiknya belajar uruskan masa dari sekarang ! Nanti bila dah abis belajar , kamu kena uruskan masa antara diri sendiri dan juga untuk orang lain terutama keluarga tercinta !

Biar susah sekarang .. Jangan susah di kemudian hari ! Jangan biarkan orang anggap kamu LOSER . Mungkin kamu tak kisah tapi kamu ada mak ayah .Kasihanilah mereka ..

Sekurang-kurangnya , buatlah mereka tersenyum dan damaikanlah hati mereka ..

BEN ASHAARI di akhbar HARIAN METRO

 

Jumpa jugak artikal ni.. heheheh … Terima kasih Harian Metro. Cuma ada beberapa fakta kena betulkan .. part 20K tu .. hehehe ..  Bagi yang tak sempat baca , boleh la baca kat sini yer ..

“ Seawal jam lima pagi, penulis blog terkenal Ben Ashaari, 38, memulakan rutin hariannya sebagai suri rumah. Dia memandikan dua anaknya, Muhammad Qhalish Iman dan Zahra Nuriman, memakaikan lampin dan pakaian seterusnya menyediakan susu kepada mereka.

Selepas menidurkan si kecil, dia menyambung kembali tugas harian seperti menyapu sampah, mengemas ruang tamu, dapur dan bilik tidur serta menyidai pakaian. Sejak melepaskan jawatan sebagai penolong pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan dua tahun lalu, beginilah rutin hariannya setiap hari.

Namun dia mempunyai masa yang banyak untuk menulis di blog, berbeza ketika bekerja dulu kerana terikat dengan masa. Penceritaannya pula semakin berbeza. Jika dulu dia banyak menulis mengenai isu semasa tetapi kini cerita lebih kepada keluarga dan penjagaan dua anaknya.

"Sebagai bapa saya menjadi lebih berpengalaman kerana banyak isu mengenai kanak-kanak yang saya pelajari. Jika dulu saya langsung tidak tahu aspek penjagaan jika anak demam atau sakit, makanan yang disukai anak tetapi kini sejak menjadi suri rumah saya banyak belajar mengenainya," katanya.

Ditanya mengenai pandangan masyarakat terhadap suami yang menjadi suri rumah, jelasnya, pada mulanya isterinya Norazila Md Zin agak keberatan apabila Ben meluahkan hasrat menjadi suri rumah dan penulis blog sepenuh masa.

"Tetapi saya yakinkan isteri yang menjadi suri rumah jalan terbaik. Selain dapat menulis sepenuh masa, saya dapat memberikan perhatian kepada anak sepenuhnya. Lagipun jika dengar cakap orang memang tiada yang positif lebih baik memikirkan mengenai masa depan keluarga," katanya.

Ben memberitahu, di luar negara ramai penulis blog berhenti kerja kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang ini. Namun di Malaysia, perkara ini masih baru.

Dia memulakan penulisan di blog sekitar 2009 menerusi www.benashaari.com. Tidak disangka penulisan yang hanya berkisar kepada diri sendiri dan isu semasa mula mendapat perhatian pembaca sehingga berjaya mengumpul 27,000 pengikut dan dilayari 4,000 pembaca sehari. Kewujudan media sosial Facebook menyebabkan dia terpaksa mewujudkan halaman peminat disebabkan pengikut yang ramai.

Elak cetus konflik

"Mungkin kerana penulisan saya santai dan dekat di hati pembaca, ia menjadi ikutan. Lagipun saya mengelak untuk menulis mengenai isu berkaitan politik atau perkara yang boleh mencetuskan konflik. Saya hanya mengulas sesuatu isu dengan menjadikan akhbar sebagai rujukan utama," katanya.

Kini penulisan blog menjadi sumber pendapatannya, malah wang yang diperoleh menerusi blog melebihi gaji ketika bekerja dulu. Pada satu-satu masa, Ben memperoleh pendapatan daripada pengiklan yang membeli ruang iklan di laman blognya selain ulasan produk seperti gajet, kereta dan barangan rumah. Lebih menyeronokkan dia turut menerima gajet terkini setiap kali membuat ulasan produk sambil menunjukkan telefon bimbit yang diperoleh hasil menulis iklan, juga set home theater bernilai RM20,000 juga diperoleh hasil menulis ulasan produk.

"Saya sudah membuktikan menjadi penulis blog sepenuh masa mampu menjana pendapatan sendiri. Selain itu, saya juga boleh menyelesaikan tugasan seharian dengan baik di samping dapat membantu isteri melakukan kerja rumah. Banyak masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak di rumah," katanya yang pernah menerima pendapatan tertinggi RM20,000 sebulan hasil menulis iklan.

Jelasnya, menjadi penulis blog sepenuh menyebabkan dia boleh bercuti pada bila-bila masa. Dia juga tidak perlu melalui kesesakan jalan raya setiap hari berbanding ketika bekerja pada waktu pejabat. Walaupun pendapatan yang diperoleh tidak tetap, ia cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Malah Ben tidak mengambil kesempatan dengan gaji isteri kerana dia sendiri mempunyai pendapatan hasil menulis blog.

"Saya bekerja dari rumah, oleh itu segala perbelanjaan seperti sewa rumah, kereta dan perbelanjaan dapur saya yang membayarnya. Tidak timbul isu suami yang menjadi suri rumah hanya mengharapkan duit isteri. Dalam banyak perkara kami berbincang mengenai apa yang perlu diselesaikan," katanya.

Mempunyai perancangan masa depan dalam bidang penulisan blog, Ben bersyukur kerana dapat merealisasikan Kelab Blogger Ben Ashaari, yang kini mempunyai 23,000 pengikut daripada kalangan penulis blog yang sudah terkenal mahupun yang baru bertapak.

Tujuannya untuk menyatukan semua penulis blog di Malaysia serta mempromosikan blog menerusi media sosial Facebook. Secara tidak langsung, ia dapat menjana pendapatan penulis blog menerusi ulasan iklan.

"Setakat ini banyak aktiviti diadakan antaranya pertandingan paintball, beriadah bersama keluarga dan perjumpaan seminggu sekali. Pertemuan ini dapat mengeratkan perhubungan selain bertukar pendapat mengenai isu semasa," katanya yang berharap dapat mewujudkan syarikat sendiri suatu hari nanti.  “

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 di  http://www.hmetro.com.my/node/12347.

Vietnam vs Singapore !

 

Vietnamese Beef Noodle !

vs

Laksa Singapore !

Mana lagi sedap ? Ok.. Kalau korang gi Secret Recipe , aku syorkan korang amik .. Er , amik … Mana yang sedap antara dua ni ? Ok… Nak aku terus terang ke ?? Hehehehe…

Vietnamese Beef Noodle sedap ! Confirm akan habiskan kuahnya ! Silap silap tak nak berkongsi dengan orang lain ! Hahahaha ..

Pastu layan air bawah ni lak ! Hehehhe.. Confirm mata layu jer.. hahaha … Macam aku la.. hehee…

“ Apasal lu dengki sangat , kawan ? “

 

Penat ! Serius penat bila memikirkan pasal hasad dengki manusia ni ! Tertanya gak .. apakah terlupa akan dosa pahala seterusnya akan syurga neraka ?

Bila melayu tak berjaya dalam sesuatu bidang .. dikatanya melayu malas ! Kemudian disuruh mencontohi orang cina yang maju dalam serba serbi ! Dah pulakkkk macam tu !!

Bangsa melayu ni mmg tak boleh majukah ?? Tengok saja zaman Kesultanan Melayu Melaka.. Apakah melayu ketika itu mundur ??? Apakah yang menyebabkan tamadun ketika itu menjadi bahan sejarah masakini ?? Apakah kita ini nanti akan bahan sejarah cucu cicit kita ? Persoalannya , apakah kandungannya ? Contoh kegagalan bangsa Melayu ? Hurmm..

Dalam dunia blog .. dunia maya la senang cakap. Berapa ramai melayu dah mampu membina empayarnya sendiri dalam perniagaan online mahupun dalam bidang penulisan blog ? Peliknya , sapa pulak yang beria ria nak jatuhkan ? Bangsa lainkah ????? Kenapa jadi begitu ?

Kenapa dengki sangat dengan orang walhal diri tu pemalas ? Baru cuba sehari dua untuk berjaya , tapi gagal terus berusaha nak tarik orang lain turut gagal sekali ?? Lu nak jadi ketam ke ???

Atau nak ikut resmi kerengga ?

Dah tak pasal pasal manusia yang berotak ni , mencontohi binatang ! Aparaaa…

Sayu tengok Qhaliff ..

 

Seharian dia dan Zahra ditinggalkan ! Tu pun bukan sebab suka suka aku nak tinggalkan dia .. kerja punya pasal ! Cari rezeki .. hurm.. Sampai je rumah , malam tadi .. terus aku ajak dia keluar gi Mesra Petronas. Dia nak aiskrim. Huhuh..

Dari rumah mak aku , ke Petronas tu ada la dalam 10 minit jalan kaki berlenggang kangkung. Kalau laju jalan , kejap je la.. Dia berjalan berpimpinan tangan dengan aku. Terasa sayu je di hati aku.. Besar dah dia.. Sambil berjalan , mulut dia membebel bercakap.. Tanya itu ini kat aku ..

Sampai je Mesra .. dia terus tuju ke peti aiskrim.. Amik apa yang dia nak termasuk untuk sepupu dia.. Pastu dia letak atas meja kaunter cashier. Tunggu aku bayar dan dia amik.. Berjalan keluar..

“ Meh daddy bawak.. “.

“ Tak nak.. “. Pantas je jawab. Aku cuba amik , dia tak kasi !

Hahahaha .. Bersungguh la bawak sendiri sampai ke rumah ..

Sampai je rumah , abis dia gegar sepupu dia yang dah nak tidur tu.. Pakat pakat la bangun nak makan.. kena sergah ngan nenek diorang , terus kensel makan kecuali Qhaliff ! Lesen dia besar.. bapak dia kasi makan ! Hahahaha…

Esok.. kena tinggal lagi ! Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI