Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 Disember 2014

Ruangan Penulis Jemputan : Jodoh

 

Ditulis oleh: Kucing Albino

Memilih beliau dikala usia ku 23 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, dilahirkan dalam Islam tetapi masih pergi belajar agama pada waktu malam. Selepas berumahtangga, runtunnya jiwa bila mendapati beliau jarang solat. Disaat memerlukan bimbingan dan pimpinan (kerana ku adalah seorg revert  pd usia 20 thn) ku hanya mampu berdoa. Jiwaku kacau. Kacau dodol pun tak sekacau ini. Gagah mengukuhkan tiang agama dan menahan tiang rumahtangga yang kian rebah. 2 kali keguguran. 6 tahun 6 bulan 6 minggu. Memang nam jahanam. Hancus. Sedih bagaikan dugung dipaksa buat sit up, kerana mahligai impian game over. Ku jadi pendiam. Ku dipulaukan atas gelaran janda. Hidup ku lalui dengan suram dan jodohku datang lagi.


Memilih beliau dikala usia ku 33 tahun atas sebab, ya Allah baiknya insan ini, sama2 mualaf mcm diriku. Sama2 belajar mengukuhkan dan menambahkan ilmu Islam. Dia cahaya, dialah lampu neon. Menerangi jalan sama2 menuju ke jannah. Selepas sebulan berumahtangga, diluar beliau ALIM, dirumah ZALIM. Adoiyai. 2 bulan usia kandungan dlm perut, bunga2 belang beliau udah kelihatan. Usia kandungan 7 bulan, fly kick singgah ke perutku. Ketika dalam pantang, tumbukan Bruce Lee singgah dihidung penyekku. Ketika anak berusia 2 bulan, tangan kiri yg memakai jam tangan pemberianku di hari lahir beliau singgah bertalu2. Kat mana? Cer teka cer teka. Hidung penyek ni gak yang jadi pilihan. Menitis2 darah atas baju anak yg sedang ku pangku. Ku selesaikan segalanya di mahkamah. Titik. Gelaran janda disandang lagi tambah dengan ibu tunggal. Naik pangkatlah. Peratusan untuk meneruskan perjuangan hidup semakin menurun. Bertalu2 dugaan menerpa. Sehinggalah detik selepas raya
aidilfitri tahun 2010.


Suatu petang Sabtu anggaran 5.15 petang, dikejutkan satu panggilan telefon ketika sedang tidur siang bersama anak di rumah.
"Assalamu'alaikum, boleh saya berkenalan" diselangi dengan batuk. Alamak bisik hatiku...orang tua gatal mana lak yang telefon ni?
Ustaz yang pernah saya belajar dulu pernah berkata, apa2 bermula dengan niat. Niat saya ialah mencari seorang ayah untuk anak saya (ayah kandung tidak ambik pot langsung tentang anaknya malah sanggup buang Bin anaknya semata2 untuk tidak perlu membayar nafkah anak).


Alhamdulillah 28 Jan 2015, usia perkahwinan kami memasuki usia 4 tahun. Beliau tidak tahu sms, whatsapp bagai. Beliau bukan muda belia. Beliau menerima seadanya saya dan anak. Dikala beliau boleh bergoyang kaki menikmati kehidupan tanpa sebarang tanggungjawab, beliau memilih untuk  bersama kami dalam apa pun situasi.


Alhamdulillah kini nampak semua yang berlaku ada hikmahnya. Saat yang sukar telah berlalu. Payah melalui saat yang manis dengan pasangan yang pahit. Akan tetapi mampu mengharungi segala situasi yang pahit bersama pasangan yang manis. Kami hanya pasangan biasa melalui saki baki hidup didunia ini. Doa kami agar anak tunggal ini membesar menjadi anak yg soleh.


Setiap yang bernikah inginkan kebahagiaan sehingga ke jannah dengan sekali ikatan perkahwinan sahaja. Allah sebaik2 perancang. Saya redha, saya terima. Alhamdulillah meniti dibibir setiap kali memandang wajah beliau yang kian dimamah usia. Beza umur kami 21 tahun....doakan kami bahagia sehingga ke jannah ya

Piala AFF Suzuki 2014 : Pemain Vietnam dirasuah ?

 

Aku tak tengok perlawanan semalam.. Sebab ? Malas aih… Kalau Malaysia di pentas Piala Asia , ok la gak layan.. Atau Piala Dunia.. Ni tak abis abis dok Piala tuuuu jer ..Kalau yang main tu pemain pelapis yang bakal bertarung untuk mendapatkan pengalaman bagi mengharungi kejohanan yang lebih besar , ok la gak..

Tolong jangan kata aku tak bersemangat patriotik aih ! Aku tak larat dah nak sokong team yang dok kat level tu jer ! Macam aku kata la.. kalau menang pon piala ni , apakah team ni yang akan bertarung untuk kejohanan besar tahun depan ? Majoriti dalam ni , dah boleh bersara dah tahun depan.. Dah kita kena mula dari bawah balik.. cari player yang bagus bagus walhal bersepah pelapis yang bagus bagus tapi kita suka .. peram ! Alasannya tak de pengalaman atau tak cukup bagus ! Adoiyai… Sampai kiamat tak abis gini ..

Ok ok.. aku malas nak bebel.. Aku sayangkan negara aku ni dan nak tengok apa jua yang melibatkan MALAYSIA , berjaya ! Tapi aku tak nak diperbodohkan .. cukuplah masa kecik kecik dulu .. Skang dah berakal .. tu pun sejak beruban.. Kalau tak , masih tak sedar diri lagi !

Perlawanan semalam.. Apakah benar team kita bagus atau ?? Apa kata lawan kita ?

Presiden VFF ( Persatuan Bola Sepak Vietnam) syak ada sesuatu yang berlaku.

Hurm… Ini antara punca aku ‘bersara’ dari arena menyokong bolasepak tempatan dan dunia ! Seperti kata aku pada entri yang lepas .. BOLASEPAK ADALAH PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN !

Sekali lagi aku bagitau.. Aku bukan tak sokong pasukan negara yer .. Aku antara mereka yang menyokong apa jua sukan yang melibatkan MALAYSIA tapi aku taknak kena ‘main’ ! Letih wehhhh … letih ! Bikin frust jer layan menda yang dah .. hurm.. korang pikir la sendiri ! Ada mata , pandang.. ada otak , pikir ..

Bermula episod Unifi dan Celcom semakin sampah !

 

Berseri muka aku semalam bila wife kata orang orang Unifi nak datang pagi ni . Aku harap segala masalah internet aku selesai ! Dan Qhaliff boleh bermaharajalela dengan BenQ F5 dia tu.

Temujanji yang dibuat oleh pihak Unifi dikatakan pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Lega dengar.. Awal pagi lagi bangun. Tak sabar nak tengok smart tv aku ni berfungsi sepenuhnya !!! Rugi la dapat guna 10% jer .. kan ?

Jam dah menunjukkan . kul 11.30 pagi tapi bau orang orang Unifi lom tiba. Kul 1 petang ! Huhhh.. Gi solat Jumaat dulu.. Tertanya gak aku , kalau diorang datang lambat .. apakah tindakan yang boleh pemohon buat ? Kita dah tunggu sepanjang hari.. Tapi jangankan datang , tiada call pon dari mereka !

Lepas solat Jumaat.. Sampai je depan rumah , aku ternampak satu van putih datang menghampiri ! Apakah ini van putih yang dikatakan selalu culik anak anak kecik ? Oh no ! Apakah mereka nak culik aku ????

Aku pandang tepat mereka ! Sedia dah aku nak buka langkah persilatan yang pernah aku pelajari bersama ayah aku dulu , sewaktu menonton WWE bersama sama.. Buah Hulk Hogan tu ganas ! Recall buah penamat dia ! Ahaa..

“ Assalamualaikum.. Kami dari Unifi .. “.

Ahaaaa.. Memang la dari UNIFI.. Dah pakai baju Unifi.. Lom pernah lagi ada agen CIA atau FBI mengaku mereka dari Unifi.. Huhuhuh.. kan ?

“ Wsalam.. Jemput la masuk .. “. Senyum terukir walaupun dihati tercalar dek kelewatan ..

Penerangan mereka beri.. Pong pang pong pang .. Aku iyakan jer la.. Setuju jer dengan cadangan mereka.. Tapi kena pastikan kita faham yer dengan apa yang mereka cakap ! Haaa..

Bukak pintu belakang .. mereka pun start buat kerja. Aku duduk di ruang tamu sambil membebel di Whatsapp dan Facebook.. Dan tak lama kemudian ..

"Bang , ada masalah .. Dalam sistem port utk alamat no 41 tp yg kt sini 47.. Lain alamat dan port ni pon penuh  ! Kami tak boleh nak buat lg.. Kena report ke HQ pastu buat appointment lain.. ". Salah seorang juruteknik kontraktor tu bagitau aku.

Apa lagi aku nak kata ??? Tapi menariknya , diorang kata diorang tunggu dari kul 12.30 untuk pemasangan ! Call tak jawab.. Eh , eh ?? Nape lak 12.30 ?

Katanya dlm email yang dia dapat , pemasangan dr jam 130 hingga jam 7 petang ! Sebaliknya yang aku dan wife diberitahu adalah 9.30 hingga 12.30 tengahari ! Hahahaha ..

Nak tak nak , aku kena tunggu Unifi buat temujanji sekali lagi ! Hahahahha … 2 minggu lagi .. Perghhh ..Sehari aku perlu reload RM30 untuk 2GB internet ! Lagi 14 hari ????

Aku rasa baik aku beli saham Unifi dari melabur kat Celcom yang semakin sampahhhhhh !

Kawasan Rehat dan Rawat , kawasan larangan merokok !

 

Sayangnya .. ada jugak tak paham paham !!

Masih ada jugak yang merokok di tempat makan ! Kalau tak letak banner ni sekali pon , akal letak mana ??? Takkan la tak reti nak pikir kot ? Pikir tekak sendiri ??

Satu lagi.. Kalau nampak laa kawan kawan bawak anak kecil mai  borak borak sebentar , apa kata mereka yang sedang merokok tu , padamkan rokok tu sekejap.. Kang kalau kawan tu patah balik , tak jadi mai sembang.. awak terasa lak kan ? Maka , cuba berfikiran matang skit .. Padamkan kejap ! Ke kalau padam , nyawa terputus terus ?

Belajar tinggi dah .. tapi bab rokok , failed !!

AirBus 380 mendarat cemas ! Tayar depan meletop !!

 

“ Oh , tidak !! Abiss laaa !! Arghhhh.. Camana nak landing ni ???  “.

Dan tiba-tiba ..

Ultraman telah menyelamatkan keadaan ! Nasib baik.. Maka , Qhaliff sambung bermain dengan Ultraman manakala AirBus 380 , dapat cuti rehat ! Legaaa…

Menyakat abang dia !

 

Qhaliff bersungguh nak tolak stroller Zahra ! Pandai pulak dia elak dari langgar tiang atau orang .. hahahaha .. Tapi paling best ialah part Zahra sakat abang dia ! ADeh.. Ketawa besar tengok gelagat diorang !

Tengok gaya dia camana ! Qhaliff berenti dan betulkan kaki dia..Dua dua kaki dia betulkan.. Bila dia tolak balik , Zahra buat semula begitu ! Pastu Qhaliff berenti dan betulkan.. Dia buat semula ! Hahahaha.. Giler nakal tu Zahra ni ! Adehhh ..

Bukti ? Ada video dia.. Nanti aku upload di Facebook aku ehhhh !

Batal bercuti di Johor !

 

Sepatutnya malam ni , aku sekeluarga tidur di Thistle Hotel , Johor Bahru.. Er , betul ke eja tu ? Sat google .. Ok , betul ! Heheheh .. Tapi aku batalkan saat akhir atas beberapa faktor tapi yang pasti bukan faktor kekalahan Vietnam yer .. hehehe ..

Namun , projek utama aku .. diteruskan juga ! Dan antara yang gembira dan tak sabar nak pergi ialah .. Pakai smart smart dan sarung je mana sempat ! Kasut mak dia !

Dalam kereta ? Perghh.. nak gak bergaya ! Dah pandai dahhhh ! Baju dan seluar pun dia dah pandai pilih sendiri .. mana nak pakai !

Tapi nampaknya , dia sudah lebih dari ‘boss ‘ ! Grrrr …

Destinasi ???  Umah Mat Gebu ! Lama dah plan nak gi sana .. sejak balik dari Paris aritu .. Paris kauuu ! Hahahaha .. Nak kasi souvenir kat dia sendiri .. Heee..

Dan seperti biasa , jamuan khas untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, 3 kali aku bertambah..Hehehe.. Sedap woooo ! Nak tambah lagi tapi segan .. heee.. Bawak bawak mengucap Ben oiiii !

Dan hadiah untuk aku.. Huhuh.. Terharu aiii , okeh !

Seharian perjalanan.. Penat sangat ! Esok inshaAllah .. Unifi mai pasang umah aku ! Lega rasanya.. Tak larat nak topup internet , sehari RM30 !! Mati gueee !!

Dan Zahra pun dapat hadiah gak.. Hehe.. Terima kasih Mat …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI