Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 Disember 2014

Berjimat di Rasa , Alamanda !

 

image

Kalau di Alamanda , tercari tempat makan yang .. hurm… mampu bayar la.. Nak kata murah tu , tak la jugak kan ? Nak kata mahal tu , menipu benar lak.. Mampu la bayar bagi mereka yang berduit tu.. Yang takde duit tu , lain kes yer ..

Banyak pilihan makanan yang menarik tapi kalau nak enjoy makan , jangan gi ari cuti atau hujung minggu.. ramai orang dan nak makan pon tak seronok sangat .. Kena makan laju laju.. Hahaha.. Lain la kita hati kering ..

“ Suka hati aku laaaa .. sapa cepat dia dapat ! Gi cari meja lain ! Toksah tengok tengok aku aihhh.. “.

Tapi aku bukan jenis gitu.. huhu… 

Oh ya, aku syorkan try makan di Penang kalau makan di Rasa , Alamanda.. hehehe .. Sedap gak mee goreng dia ..

Selesai seketika masalah internet !

 

Gi Maxis Centre Alamanda… Langgan pakej 20GB sebulan , RM88 ! Masalah pembahagian kuota bukanlah masalah yang besar sekarang tapi aku nampak dah kelebihan pembahagian kuota ni iaitu , Qhaliff tak leh sewenang wenangnya abiskan kuota internet dan aku boleh bangun lewat malam untuk buat kerja dengan baki kuota sebanyak 15GB tu.. Abiskan baki tu dengan download movie di hujung hujung bulan.. Hehehe..

Nak letak kat mana sim broadband tu ? Perlukah beli Mifi 4G ??? Tak perlu sama sekali ! Gunakan saja smartphone yang ada .. Cam aku , letak saja di BenQ F5 yang berharga RM699 tu pastu , hotspotkan saja ! Selesai masalah . Kalau tak , kena ikat kontrak kalau nak amik Mifi yang ditawarkan oleh Maxis.

 

Selesai pendaftaran akaun .. bayar RM100 untuk pendaftaran pastu tunggu sekurangnya setengah jam untuk pengaktifan internet ! Hehehe.. Tak lama ponn..

Settle ! Kat rumah , aku leh guna dua dua line.. Harapnya , dengan cara begini , masalah internet aku selesai ! Yang penting , aku leh usung ke mana mana saja broadband aku ni dan kalau abis kuota , speed akan downgrade ke 128kbps.. Slow tapi lepas la nak update blog dan layan Whatsapp.. heheee.. Dari kena potong kredit kan ?

Perlu belajar berjimat cepat kuota data ?

 

" RM0 U've used 70% of ur 1.00GB Internet.Subscribe 2 an Internet plan/buy xtra Internet 2 continue surfing.OR surf at only 50sen/20MB when u reach 100% ".

Tiap kali masuk mesej gini , aku mampu pandang je la ! Apakah aku perlu on off data sedangkan aku ini memerlukan internet 24 jam disebabkan rezeki aku masuk dari situ ??

Maksud rezeki aku masuk dari sini ialah , email serta whatsapp job yang akan masuk tanpa kira masa ! Bagi aku , menjawab pertanyaan atau memberikan respon dengan menunjukkan betapa kita serius dalam bekerja ! Sebab tu aku perlukan intenet 24 jam !

Dah banyak kali bising di Facebook mengenai isu ini ! Harapkan ada la jugak pihak sampaikan keluhan pengguna Celcom seperti aku ini kepada majikan mereka.. Aku percaya , ada pegawai atau staff Celcom dalam senarai rakan rakan aku ni atau mereka akan tagged kawan kawan mereka yang bekerja dengan syarikat tu..

Ada kawan pernah bagitau aku.. Dia pernah maklumkan pada orang atasannya mengenai isu ini tetapi jawapan yang dia dapat dari orang atasannya , mengecewakan ! Betapa riak dan angkuhnya jawapan ! Semoga Allah berikan petunjuk pada mereka !

Aku tak mintak mereka beri percuma tetapi sekurangnya , bertindak dengan lebih adil dan bijak ! Tidaklah ada pengguna mengeluh . Sebelum ni Celcom buat tetapi selepas upgrade sistem , mereka dah jadi seperti ‘pontianak’ ! Sedut duit pengguna tanpa belas ikhsan ! Walaupun kononnya mereka beri ‘amaran’ terlebih dahulu tetapi sebenarnya mereka tahu , pengguna tidak ada pilihan !

Apakah dengan memberi amaran melalui sms itu dah mencukupi ? Ok , aku dapat amaran lalu aku terus topup tetapi respon yang aku terima adalah mengecewakan ! Dalam proses, katanya ! Selepas abis kuota.. kemudian tolak RM3 seterusnya RM10 baru topup lulus !! Huhhhhhhhhh !!! Apa ni ????

Apakah aku seorang je begini ? Tidak ! Ramai laaagi !! Bila aku up status menyatakan kebencian aku pada Celcom , ramai turut meluahkan rasa tidak puashati mereka !!

Apakah Telco lain tidak begini ???? Hasil dari beberapa kali up status , ramai dah jadi mangsa pada Telco lain ! Apakah jalan penyelesaian yang aku ada ?? Unifi ? Sila rujuk entri sebelum ini !

Bosan tapi aku tiada pilihan .. begitu jugak dengan rakan rakan yang lain ! Bosan tapi tiada pilihan !!!!!! Sebab ? Kita tidak sepakat ..

Semangat untuk teruskan perjuangan..

 

Sebenarnya , aku dapat pelawaan untuk satu pekerjaan ni… gaji pastinya menarik tapi aku tak de la nak tanya lebih lanjut.. Aku boleh demand disebabkan ‘status’ aku ni tapi .. aku terpaksa tolak !

Ada beberapa faktor yang membuatkan aku menolaknya.. Pertama .. Kedua orang anak aku ni !

Kedua , ialah kebebasan yang telah aku kecapi ! Ramai nak kecapi kebebasan seperti aku tetapi belum berkeupayaan !

Kenapa perlu aku kembali ikatkan kaki dan tangan aku walaupun diberi gaji menarik sedangkan pendapatan aku selama ini dari blogging , dah mencukupi untuk aku dan keluarga aku ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI