Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 14 Disember 2014

Zahra yang semakin menghiburkan !

 

Aku rasa la kan ..Nanti Zahra dah boleh berjalan dengan sempurna , pasti aku akan jadi Tarzan Rimba di rumah ! Sekarang ni pon dah mula nampak .. Zahra semakin gemar nak sakat abang dia ! Teruja sungguh dia bila nampak abang dia berdekatan !

Muka nampak serius .. Tapi ?? Hahahaha .. Adehyaii… Ini budak kan.. Kalau jaga dari tidur , lebih sukar nak kawal dia berbanding abang dia !

Akal panjang.. Payah nak baca pemikiran .. Kalau letak atas tilam.. kena perati pergerakkan dia.. Kalau dibiarkan , tau tau dah berada di zon bahaya ! Destinasi ? Ada la tu dia nak amik ! Dia dah nampak awal awal lagi pastu bila letak atas tilam .. pantas gi cari ! Hurmm..

Kalau aku keluar rumah tanpa bawak dia ? Hurmm.. Dia usha jer.. Balik kang , kita main ngan dia .. dia keras je.. Kering hati benar anak dara sorang ni.. Huhuh..

Dijangka 2015 adalah tahun mencabar bagi aku bila dua dua ni dah sah saling berebut barang permainan ..di samping dengan masalah ekonomi negara.. Hurmm..

Berpendapatan melalui Whatsapp !

 

Post gambar di Whatsapp .. Dah setting tamo auto download tapi jari jemari ni gatal nak klik download sebab tertanya tanya , gambar apa tu ??? Kalau tak best , takkan kawan kita beria uploadkan di Whatsapp kan ?

Tengok imej , samar samar . Aiseyman.. Macam best jer.. Macam best jer .. Nak download ke tak eh ? Kuota 1GB je ni.. Dah dapat mesej 70% guna ! Entah entah dah abis pon.. Kalau dah abis , 10kb persamaan 10 sen .. kalau 68KB ?? Dah 68 sen ! Ni baru gambar.. kena lak kawan upload video ??? Perghhh.. Beratus ratus KB .. dah tentunya kredit banyak abis ! Pulangan dari intenet , takde ! Dok perabih duit gitu jer ! Hurmmm..

Bila dah download.. Sekali gambar makan ! Eh , ko nak belanja aku makan ke ?? Jawapannya ? Tak la.. Aku nak bagitau apa aku makan tadi !

Perghhh.. Berasap tak ? Yeargh.. Inilah realiti yang perlu dihadapi sekarang .. Nak marah , tak boleh.. kawan kawan tersayang ! Nak tak nak , redha je la.. Kan ? Senyum.. Tanpa mereka , tak berseri handphone mahal kita ! Huhuhuh..

Alang alang dah tengok gambar makanan.. Tanya la beli mana .. berapa harga ? Kan ? Kang bagus buat bisnies dari Whatsapp.. Hahahaha .. Promosi produk melalui Whatsapp.. Internet mahal skang bang ! Rasanya dah ada kan ?

 

Selepas sehari guna Maxis Broadband !

 

Berpeluh jap ketiak ! Aku pelik la camana orang leh guna 1GB sampai sebulan lamanya malah ada sampai berbulan bulan ! Dia on off data ke setiap 5 minit ? Bukak data untuk check whatsapp je ? Hahaha… Pastu balik rumah guna Unifi.. hehehe.. Cam kenal jer.. cam kenal jer.. Sapa ehhh ??

Selepas sehari guna Maxis Broadband , aku dapati coverage di kawasan aku ini tidaklah memberansangkan seperti Celcom yang dah meliputi 4G ! Laju sambil membawa lari duit aku ! Itulah harga yang perlu aku bayar.. Nak jimat boleh.. Gunalah Maxis !

Aku harapkan selepas jam 2 pagi , aku mampu download 2-3 movie berdasarkan bekalan 15GB yang diperuntukan khas disebelah pagi pagi buta tu tapi sayangnya bila masuk time gitu , signal jadi cam siput sedut ! Jadi 3G !!! Apa jadah aku nak buat dengan 3G ?? Aku bukan kat ceruk hulu kampung woiii !!

Nampak gayanya .. aku tetap perlukan Unifi gak .. Tunggu Unifi masuk , Maxis ni nampaknya aku pulangkan semula kepada tuannya ! Hampeh juga rupanya ..

Inilah kos yang perlu aku bayar sekiranya nak bekerja sendiri ! Sendiri bos sendiri kuli.. Bisnes ala ala jer .. tapi tu pon nak kenakan GST ! Serba serbi cukai… bangunkan negara la sangat.. Dah bangun pon kena bayar jugak.. Bukannya freee.. Contoh ? Dalam KL berapa banyak tol ada ???

Melalut dah pagi pagi.. H

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI