Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 17 Disember 2014

Ucaplah TERIMA KASIH !

 

Alhamdulillah.. Selesai sudah urusan mertua aku. Balik dari umrah , gi amik diorang kat KLIA2 pagi tadi pastu bawak balik rumah aku jap sebab flight diorang ke KB , belah petang. Sebelum tu bawah gi makan kat satu restoran yang sedap ni , di Bandar Baru Salak Tinggi. Aku suka makan kat sini pada waktu tengahari. Pelbagai lauk pauk ada..

Antara wajib aku amik ..

Harga murah.. Berbaloi makan sini.. Ramai orang makan sini .. Termasuk anggota anggota polis yang bertugas berhampiran kawasan ni. Cuma sayangnya , ada anggota polis yang merokok di dalam restoran ni selepas makan.. Di kiri kanan mereka , ada keluarga serta anak anak kecil sedang menjamu selera. Takde perasaankah ??  Maaf cakap.. Kenapa aku highlight part ANGGOTA POLIS ?? Sebab mereka ini pelindung rakyat ! Jangan sekadar melindungi rakyat atau orang awam dari penjenayah saja ! Anda patut tunjuk contoh yang baik pada orang awam .. Jangan kata , “ Kami pon manusia  biasa… “. Betul awak manusia biasa tapi awak manusia biasa yang ada kuasa ! Kalau orang awam macam saya tegur , kang terasa lak ! Terima kasih yer .. Jangan marah tau.. Saya bagitau jer..

Ok .. Lepas makan , masa untuk bayar ! Sedap ! Alhamdulillah.. Tapi sayangnya , part tak sedap .. Payah benar nak UCAP TERIMA KASIH pada pelanggan yang datang makan dan bayar tanpa menipu apa yang dia makan ! Hurmm..

Kalau ada kedai lain yang sedap kat situ , mungkin aku akan pergi ke kedai tu selepas ni .. Mungkin anda tak kisah .. Ramai pelanggan ada.. Aku pernah tengok kedai macam ni .. dan akhirnya tersungkur ke bumi ! Jangan sombong..

Perlukah aku ‘menyampahkan’ MAXIS ??

 

Aku langgan internet broadband dari Maxis. Aku amik pakej 20Gb.. 5GB sebelah siang dan baki tu , belah tengah malam.. iaitu dari jam 2 pagi hingga 8 pagi ! Harga RM88.

Masa amik tu , syiok laa.. Nampak 4G gitu ! Waa.. Dapat download movie laju ni.. Hehehe.. Tapi kena tunggu jam 2 pagi laa.. Baru boleh manfaatkan baki 15Gb tu !

Dan masa yang ditunggu tiba !!!

GPRS je signal selepas jam 2 pagi ???? Aku nak download apa dengan signal tahun 90an ni ???? Huk alohhhh.. Kalau gini , parok wooiiiii… Sebelum tu comey jer signal ! Lepas kul 2 jadi gini ?? Ini sudah adik beradik Celcom yang mengketedarah duit pelanggan . Tak caya ? Leh check FB Celcom.. hehehe.. Kena maki kaw kaw kapal api ! 

Dengan kelajuan GPRS dan baki 15GB ni.. apa aku nak buat ??? Aku tau .. Wat wat sakit hati pastu tidur !

Zahra , si kuat cemburu !

 

Gi umah mak aku tadi.. Zahra rindu kat tok dia terutama ayah aku.. Camana aku tau ? Kalau dia nampak ayah aku , cepat dia mintak didukung ! Siap senyum lagi.. ORang lain ? Tamo dia… Mak aku , dia ok..

Tapi kalau mak atau ayah aku dukung baby lain.. dia punya mukaa berubah terus ! Samada masam atau menangis ! Hhuuhuh.. Apakah dia mengikut perangai.. Er , perangai sapa ? Hurm.. Entah laa.. Yang pasti bukan perangai wife aku la.. Tak tau laaa sapa punya dia ikut !

Tamo cemburu cemburu yer sayang.. Nanti cepat dapat darah tinggi .. macam daddy ni ! Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI