Sabtu, 20 Disember 2014

Maxis vs Celcom di Bukit Gambang Resort !

 

Iskh iskh iskh… Walaupun ada wifi free , aku lebih suka guna yang BAYAR ! Heheheh.. Ok , sapa menang ????

Gambar pertama , aku guna Celcom yang dikatakan telah menakluki wilayah dengan pantasnya.. Di sini , Gambang .. hampeh dengan pantasnyaa ! Tengok muka aku dah laa ..

Dengan ‘kepantasan’ gini , memang 1GB cukuplah untuk setahun.. Huh…

Manakala Maxis pulak .. Dengan guna handphone BenQ F5 , aku berjaya kongsikan 3 gadget.. laptop , Sony Z2 dan Sony C3 , milik wife aku..

Qhaliff bukan tunjuk TERBAEEKKKK MAXIS tapi sukaaa laa.. Dapat layan youtube sebelum tertidur malam ni !

Iskh iskh iskhhhh….

Perasmian ‘ Energizer Power of Giving’ .

 

Dan acara yang aku tunggu tunggu selama ini telah pun selamat dilancarkan petang semalam di One Utama , Damansara. Sangat menarik , terhibur dan pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi aku.

Sekitar majlis yang penuh dengan keriangan !

Aku diberi vaucher RM200 untuk membeli hadiah dan kemudian berikan pada kanak kanak kiwanis yang terlibat.

Dan aku dah dapatkan hadiah seperti yang diminta oleh kanak kanak itu .. heheheh ..

Dan memberikannya di majlis yang gemilang ! Terima kasih ENERGIZER !

Ben, Ellie - energizer -006

Seronok tengok anak anak ni gembira.. Huhuh..

Kegembiraan anak , kegembiraan ayahnya jua !

 

Rezeki hari ni .. Bila diberitahu mengenainya , terus terbayang wajah anak anak tersayang. Tapi sayangnya , Zahra belum reti nak main sangat.. Maka kelebihan berpihak pada abangnya !

Kali pertama aku belikan dia robot yang besar ! Kenapa robot ? Dulu daddy nak dapat mainan robot , payah ! Atuk kamu terpaksa berjimat cermat untuk membesarkan 4 orang anaknya ! Daddy mengerti..

So daddy beli robot ni .. sebenarnya daddy yang nak main terutama bila Qhaliff tidur  ! Heheheheh..  Gurau jer ..

Sewaktu aku bagi mainan ni , ianya berbalut.. Saja nak kasi dia suprise !!

Suka tengok muka dia sewaktu dia koyakkan bungkusan hadiah ni.. Heehehe.. Part dia teruja , tak leh blah ! Hahahaha.. Pelakon sungguh ..

Nak tonton video tu ? Klik SINI ..  Yang pastinya , aku dah tau camana rasanya bila anak menjerit kegembiraan bila lulus UPSR ! Hehehe..

‘Setiap Tilam Ada Kisahnya’ oleh Dunlopillo

 

Teringat masa awal awal dulu kawin.. Masa nak beli tilam , tanpa pikir panjang , aku dan wife , amik tilam yang murah harganya.. Asalkan dapat tidur !

Setelah beberapa bulan, mula terasa sakit sakit badan. Terasa kepenatan di pejabat.. Awalnya tak tau apa punca. Setelah diselidiki , rupanya gara gara tilam ! Tidur yang tidak puas , atau sakit sengal sengal badan antara punyanya ialah tidur di tilam yang tidak bermutu !

Pentingnya tidur yang sempurna untuk memulakan hari yang gembira ! Tidur itu rehat.. Jika tidak dapat rehat dengan betul , maka mood seharian akan terganggu , kan !

Oleh itu , Dunlopillo adalah pilihan tepat untuk aku ubah gaya hidup aku ! Kenapa aku pilih Dunlopillo ? Sebab mak aku guna dah bertahun tilam tu. Setiap kali aku gi rumah dia , aku akan dapat tidur yang cukup nyenyak ! Bila jaga dari tidur , aku cukup segar ! Hurmm ..

Untuk itu , aku merancang membeli tilam baru nanti ! Pastinya pilihan aku adalah Dunlopillo ! Dan yang paling penting , untuk pastikan kedua anak aku dan isteri dapat tidur yang sempurna !

Ahaa.. Korang tentu ada cerita mengenai tilam korang kan ? Ok.. Sebelum tu , apa kata korang join kempen ‘Setiap Tilam Ada Kisahnya’ oleh Dunlopillo ni.. Mana la tau rezeki boleh menang hadiah vaucher RM500 dari Dunlopillo ni ..

Tak susah pon nak join .. Apa yang perlu dibuat ?

  1. Korang hanya perlu amik gambar unik dan menarik bg mengambarkan ‘ Setiap Tilam Ada Kisahnya ‘.
  2. Kemudian upload gambar tu di bahagian komen , di  https://www.facebook.com/dunlopilloworld dengan hastag , #MyDunlopilloMoments.
  3. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah LIKES tertinggi .

Tarikh tutup , 25hb Disember 2014. Pemenang akan diumumkan antara 30hb Disember 2014 hingga 11hb Januari 2015.

Untuk maklumat lebih lanjut , boleh ke fan page DUNLOPILLO.  Tunggu apa lagi ? Ni la masanya nak selfie puas puas ! Hehehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI