Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 22 Disember 2014

40 sen pun nak berkira ??

 

Kali kedua aku singgah makan di kedai yang baru buka , berhampiran dengan taman perumahan tempat aku tinggal. Masakan , bagi aku memang standard orang melayu punya la.. Sedap !

Aku ajak makan situ semalam , sejurus tiba dari Gambang. Nak hilangkan penat dulu sebelum balik ke rumah. Pada mulanya aku nak tapau jer. Malas nak makan kat situ tapi wife ajak gak. Katanya sampai rumah nanti dah tak larat nak makan.. Penat sangat.. Aku menurut je la..

Aku order nasi ayam.. Untuk aku dan Qhaliff. Terpaksa tambah satu lagi sepinggan ayam sebab ayam untuk Qhaliff tu ada sambal dan kicap. Qhaliff nak kosong jer ..

Wife , amik nasi campur. Ikan keli , sayur dan tempe masak cili. Air milo ais untuk Qhaliff , milo panas dan nescafe ais untuk wife. Takde orang lain kat situ melainkan kami di waktu itu.. Hampir menuju maghrib. Kedai mamak berhampiran , penuh dengan pelanggan. Agaknya kedai baru ni agak tersorok sedikit. InshaAllah boleh maju lagi kalau mereka sabar dan kekalkan kualiti masakan sekarang ni..

Abis makan .. mintak adik tu datang kira. Adik ni peramah gak la orangnya.. Masa kali pertama datang beli 2 bungkus nasi ayam .. Dia amik masa 15 minit untuk siapkan sedangkan orang takde .. Dia dok bercerita pasal kedai yang baru dibukak tu.. Pastu cerita pasal kedai mamak yang di depan tu.. Cerita tak best la..Hehehe .. stendek laa bisnes kaannnn ..

Aku mintak adik tu kira.. RM27.40.. Aku tak kisah part harga tu tapi terkilan part dia tunggu aku keluarkan 40 sen ! Ikutkan harga yg aku makan tu tak la sampai gitu sekali ! Ini bukan kali pertama aku makan kat luar ! Aku confirm dia salah kira tapi aku malas nak pertikai.. Cuma sayangnya , 40 sen tu kalau dia sedekahkan jer ..pasti aku akan datang lagi ke kedai tu !

Bisnes makan ni sebenarnya paling mudah nak dapat pelanggan ! Jangan kedekut ! Biarlah untung sedikit dari rugi banyak ! Apa salahnya niatkan part sen tu sebagai sedekah ..

Teringat entri lama aku pasal makanan ni .. Sayangnya , payah nak jumpa kedai macam ni di bandaraya yang dikatakan cukup moden ini .. Hurmmm .. Baca sendiri di SINI dan jangan lupa tengok tang komen sekali ..

Bila dah terniat !

 

Cara aku.. Kalau dah terniat nak melakukan sesuatu , aku tak suka nak tangguhkan.. Syaitan kuat mengoda untuk menghalang aku dari melaksanakan niat tu andai aku tangguhkan ! Hurmmm …

Kadang kadan ada kawan bercerita mengenai niatnya untuk membantu atau melakukan sesuatu kebaikan tetapi .. “ Nanti dulu la.. “..

Komik Abu Nuwas yang aku baca semalam , buat aku tersenyum ..

Kan ?  Hehehehe.. Ramai terlupa part ni.. Sebab tu aku tak suka bertangguh !

Antara tanggungjawab dengan .. tanggungjawab !

 

Adusss ! Isnin kembali lagi.. Lamanya nak Sabtu ! Huhuh.. Kenapa ? Terus terang aku bagitau , tanggungjawab aku semakin mencabar ! Yang paling utama , dua orang ni .. Yang kecik , dah mula merangkak dan nak ‘makan’ apa saja termasuk laptop aku !

Yang si abang lak , suka amik handphone aku dan layan youtube .Kalau nak amik balik , dia bantai teriak satu rumah ! Bagi hp dia sendiri , tak naaakkk ! Nak aku punya jugak… Adehhh..

Kadang kadang rasa , mereka yang bekerja di pejabat tu beruntung.. Anak anak hantar ke taska , pengasuh.. Pastu hanya perlu fikir pasal kerja hingga petang menjelang.. Tak macam aku , aku kena cari idea untuk update blog  , anak anak dan anak buah pada masa sama !

 

Kadang kadang rasa nak bersara terus dari dunia blog dan tumpukan perhatian pada anak anak .. Takde la stress macam sekarang ni.. Hurm…

Bukan mengeluh.. sekadar bagitau korang.. Apa apa kerja pon , pasti akan ada tekanan .. Tapi aku tetap bangga depan pencapaian aku sekarang ! Alhamdulillah .. Aku tak sangka aku dah melakukannya !

Hadiahkan anak anda dengan Komik Abu Nuwas !

 

“ Hadiahkan pendidikan , kesannya berkekalan ! “ .

Ada benarnya juga ! Asyik belikan mainan atau permainan video .. Terasa membazir lak.. Nasib baik Qhaliff lom reti membaca. Teringat sewaktu aku kecil dulu.. ayah aku  rajin bawak aku gi ke pesta buku dan komik berpendidikan begini sememangnya sasaran aku ! Tapi baik aku kumpul dari sekarang .. Bila dia dah tahu membaca , pastinya koleksi buku buku ini akan jadi miliknya .. dan adiknya jugak ! Heeehee..

Ok , komik Abu Nuwas karya AhmedFani ni bersiri. Pastinya menarik untuk dijadikan koleksi untuk bacaan sekeluarga. Kualiti kertas , lukisan dan gaya bahasa yang mudah difahami membuatkan aku tertarik untuk berkongsi dengan korang semua.

Komik Abu Nuwas – Kisah Kisah Alaf Baru #1

Tertarik dengan kenyataan di dalam gambar di atas..

“ 100% keuntungan jualan komik ini akan digunakan untuk membiayai program-program kebajikan.Khusus untuk meningkatkan tahap pendidikan anak yatim , fakir miskin , asnaf dan yang kurang berkemampuan. “

Maknanya , jika kita membeli .. secara tidak langsung kita telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan pada mereka yang tidak bernasib baik..

Camana nak membelinya secara online .. Mudah je ! Klik SINI. Harga baru RM13 jer pon .. Tak la mahal mana sangat.. Kertas , lukisan berkualiti.. Boleh simpan untuk jangka masa yang amat lama ! Berbaloiiiiii sangat !

Sebaik baik hadiah.. hehehe ..

InshaAllah , akan memberi manfaat buat anak anak kita .. satu hari nanti !

www.projekiqra.com | www.abu-nuwas.com| www.fanikatun.com

Tiada rezeki buat anak anak ku ..

 

Gerimis di Bukit Gambang Water Park.. Dah depan mata dah ni ! Tiket di tangan.. Parking dah cun tapi… tapi… Aku dan wife fikir panjang.. Kena fikir sedalam dalamnya !

NAK MASUK ATAU TIDAK ???

Zahra Nur Iman , selsema ..

Photo

Muhammad Qhaliff Iman , selsema dan baru kebah dari demam ..

Hari ni lak , hari Ahad.. Esok Isnin, wife kena kerja. Ada meeting penting katanya. Kalau demam ??? Aku jugak yang teruk nanti.. Budak kalau demam .. jangan memain ! Kena pantau suhu badan ..

Hurm.. Akhirnya , kami setuju untuk balik ke bilik je dan sambung tidur ! Hehehe.. Hari masih awal… Jam 930 pagi. Aku pun perlukan rehat yang mencukupi agar dapat memandu pulang nanti dengan keadaan badan yang segar !

Sampai bilik.. semua pakat tidur hingga jam 12 tengahari .. Check out jam 2 petang.. Rakan-rakan blogger #kelabbloggerbenashari , bergembira di sana ! Hehehe..

Tak pe .. nanti kita gi lagi.. Kita duduk lama skit .. Baru syiokkkkk !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI