Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Disember 2014

Sudah pandai menegur orang !

 

“ Byeeee..”.

Ramah pulak Qhaliff ni. Ni bukan perangai aku. Perangai mak dia pun bukan.. Perangai ramah dia ni mmg tak tau dari mana. Dengan mana mana budak pun dia leh masuk dalam tempoh seminit ! Sejak je dia approach budak tu main sama .. melainkan budak tu tak nak la ! Confirm dia datang mengadu kat aku dan tak nak main dah dengan budak tu.. Kena marah la tuu.. haaha.. Biar dia belajar..

Bila aku berbual dengan orang , dia akan tiru.. Berbual sama la kononnya ! Pastu.. dia senyum dan babai orang tuuu .. Iskh iskh… Ada orang kata bila budak ramah gini , bahaya ! Mudah ikut orang tak dikenali.. Hurmm ..

Hurm.. sesekali aku suka ‘tinggalkan’… Nak tengok respon dia .. Apakah dia menangis atau dia gi mencari ! Yer , dia mencari dan bila dia akan senyum sampai ke telinga sambil hela nafas panjang ! Lega laaa tuu.. Penakot gak rupanyaaa ! Sesekali kena ajar gitu untuk kita tau apa dia akan buat bila dia keseorangan ..

Harapnya nanti besar … jangan kuat tegur awek dah laa.. Jenuh daddy nanti !

Bila Pantai Timur Banjir !

 

Macam macam mesej masuk melalui Whatsapp ! Yang ada keluarga di pantai timur , automatik jadi cuak ! Berapa peratuskah kebenaran info yang kita terima tu ? Hurmmm … Tanpa siasat terlebih dahulu , terus pass pada rakan yang lain.. Rakan tu pon automatik sakit jantung ! Untuk beramai ramai sakit jantung , mereka terus pass dan pass .. Tiba tiba , masuk satu mesej .. Info tadi tu tak betul ! Berita tahun lepas dan terjadi di tempat lain ! Dan kawan ni pon lagi.. dan pass , pass , pass … Harapnya sampai sebelum ada yang masuk ICU ! Grrrr…

Dah tu , nak follow berita dari mana ? Ada beberapa page di Facebook yang aku rasa boleh diterima pakai infonya.. Antaranya PublicInfoBanjir, The Red Warriors Malaysia , Info Banjir Kelantan dan banyak lagi.. Pastikan bila join tu , group tu ada banyak dah followers dan baca komen komen yang ada di dalam tu sebelum menyebarkannya .. Jangan main kaut lak yer.. Takut info dah basi atau salah faham maklumat..

Nasihat .. jangan cepat sebarkan maklumat di Whatsapp bila dapat dari rakan rakan lain terutama part banjir dan gambar gambar ni ! Melainkan kawan tu kata info tu dia yang punya sendiri .. baru ok ! Kalau kantoi , kita tau nak tuding kat sapa.. kan ? Heee..

Jom sama sama kita doakan agar urusan mereka yang di pantai timur dimudahkan Allah dan moga mereka semua dalam lindungan Allah.

 

Sebelum aku ditinggalkan isteri tercinta ..

 

Awal pagi.. dia bangun.. kemas rumah ! Tidur lebih awal dari aku , setiap malam. Aku tidur lewat.. sebab Qhaliff masih berjaga.. Rasanya hampir kul 4 pagi dia tidur..

Kul 6 pagi , aku dengar wife dah berkungfu di dapur. Aku , dah berada di sebelah Zahra dan Qhaliff.. Pastinya aku dan Zahra akan berlawan menolak.. Dia pun pandai dah berebut tempat tidur.. Pernah gak aku makan ‘tendangan tanpa bayang’ dari Zahra sewaktu memasing lena tidur !

Dan pagi ni , wife sediaka sarapan pagi , tengahari dan petang.. Ayam masak kurma untuk aku dan Qhaliff.. Huhuh.. Tak yah gi beli kat luar dah.. Jimat 40 sen !

Selain dari ayam masak kurma .. Alhamdulillah..

Carilah isteri yang RAJIN.. Bukan sekadar TAHU tetapi RAJIN.. Bila rajin , apa jua yang tak tau akan jadi tahu… berbeza dengan TAHU tapi malas !

Jangan sesekali cuti dari jaga anak !

 

Jumaat , Sabtu , Ahad.. 3 hari wife ada … aku agak relaks sedikit .. Kesannya ? Bila kena jaga semua dua dua buah hati aku ni , aku jadi macam agak .. hurmm.. sian diorang !

Tetapi bila masuk hari ni , aku kembali relaks.. Hurmm.. Cuti terlalu lama dari menjaga anak boleh membuatkan aku hilang ‘step’ jaga anak.. Terus ke laut mood !

Hari ni.. aku ok ! Aku slow slow handle Zahra dan Qhaliff kembali.. Dah rasa seronok balik .. hehehe ..

Jangan sesekali handle anak kecil dalam keadaan stress ! Mintak wife atau suami sekalian , pastikan emosi pasangan anda dalam keadaan stabil sebelum meninggalkan mereka di rumah atau pun pengasuh anda ..

Anak dah ayah mensadokan diri !

 

Hurm… nasib baik sekarang dah pandai dengar cakap ..

“ Tepiii.. tepiii.. kang kena besi kan…. “.

Dia berdiri jauh dari lokasi aku mengangkat dumbell .. Tapi selepas 10x angkat (dia kira ) , giliran dia lakkk ..

Hasil untuk setengah jam workout !

Tidak memberangsangkan sama sekali ! Kena lebih tekun.. Nanti nak gi review Legoland lak ! Kena sado sado untuk bergambar wooo .. Maklumlah , makin blogger lelaki muda dan kacak kacak.. Hahahaha.. Kena maintain la kannnnn.. Hehehehhe.. Kang dipanggil kuda tua lak.. lalalala …

Qhaliff mengamuk di Alamanda !

 

Sekarang , aku dah tau camana perasaan si ayah bila anak kecilnya mengamuk nak mainan .. di pusat membeli belah ! Depan orang ramai !! Dah takde nak malu dahhh… Tebalkan muka ajaa dong !

Segalanya bermula bila dia ternampak set sirkit Hot Wheel yang diletakkan kawasan terbuka depan Aeon Alamanda ! Dia punya beria nak gi main sampai sanggup terjun dari stroller dia ..

Tapi sayangnya , ada budak dok main kat situ.. Dia takkan mencelah gitu jer.. Dia tunggu giliran dia sambil berharap aku tolong dia celahkan ! Nehiiii , nehiii.. nehiiii !

Aku ajak dia masuk ke dalam Aeon. Tujuan utama ke situ malam tadi ! Nak beli barang dapur.. Bila aku dukung , dia start meraung ! Raungan dia berjaya menarik perhatian ramai orang. Yelah , kot ingat budak diculik ke apa kan ? Dah la rupa dengan ayah lain.. Kulit lain warna.. Nampak cam anak korea lak tu.. Ada jugak kena lepuk beramai ramai kat situ ! Nasib baik aku pakai baju hikmat aku.. hehehe.. Orang kenal laa..

Aku bawak dia pusing sana sini dalam AEON tu tapi… dia tetap cam jalan nak keluar dan ke tempat mainan tu ! Perghhh.. Walaupun di tingkat bawah dahhh .. Hahahahaha..

Akhirnya aku mengalah .. Aku bawak dia naik ke atas semula .. selepas membeli barangan keperluan ..

Dan dia happy giler !

Aku tanya dia.. nak tak mainan ni ? Dia jawab tak nak.. Dia terus main hingga ada beberapa budak datang mecelah.. pakat berebut lak dahh.. Terus aku dukung dia .. Dia pon tak menangis dah ! Puashati dapat main sekejap ! Hahahaha .. Aku nak beli , dia tak nak..

Sememangnya , dia hanya nak pegang .. main sekejap jer.. Pastu dah ! Kalau aku beli , memang rugi besar laaaa ! Beratus lak tu.. Tapi demi anak anak .. duit ada .. beli laaa.. Daddy leh tumpang sekali ! Hehehehe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI