Rabu, 24 Disember 2014

Banjir dan denggi !

 

Dua berita dalam sehari.. Aku hanya mampu tertunduk sayu dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah.

Berita pertama mengenai banjir yang melanda negeri negeri di dalam negara kita yang tercinta ini. Pelbagai berita dan gambar disebarkan di media sosial. Sayu… Dikatakan fenomena air pasang ini berpunca dari ‘new moon’ yang dijangka berlaku malam ini dan malam esok dengan ketinggian air hingga 3.19 meter di Terengganu. Di negeri lain , aku tak pasti. Takde info mengenainya.

Di Lata Rek.. tempat ni aku beberapa kali teringin nak singgah .. Dan inilah terjadi pada hari ini .. Sebelum banjir dan ketika banjir !

Kelantan , Terengganu , Pahang , Perlis dan Perak sedang mengalami banjir ini. Sama sama kita berdoa kepada Allah..

Dan berita kedua ialah sepupu Qhaliff , Ammar dimasukkan ke wad kerana denggi. Menurut ibunya tadi , Ammar muntah darah. Hidungnya pon berdarah. Semoga Allah sembuhkan penyakitnya. Esok nak gi lawat dia kat Hospital Sg. Buloh.

Hurmm.. Qhaliff suka main dengan Ammar.. Ammar pandai layan dia walhal beza 2 tahun.. Kalau dah jumpa , tak sanggup nak berpisah dah Qhaliff tu ! Hahahaha ..

#kelabbloggerbenashaari di Bukit Gambang Resort 2014

 

Alhamdulillah.. Kesemua blogger yang ikut trip yang ditaja oleh firma guaman khas Kelab Blogger Ben Ashaari ni selamat tiba di Bukit Gambang Resort seperti yang dirancangkan.. Sayangnya , ramai tak dapat ikut sebab ada hal peribadi. Tiada paksaan.. hehehe ..

Alhamdulillah.. trip ni berjaya segarkan minda rakan rakan blogger dan menambahkan lagi semangat persahabatan di antara kami semua.

Terima kasih #kelabbloggerbenashaari , Nett dan Wan Roslina. Kalau ada yang teringin nak gunakan khidmat guaman , leh tanya aku.. InshaAllah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI