Sabtu, 27 Disember 2014

MILNA , biskut pertama Zahra !

 

Dulu bagi gak kat Qhaliff.. Tapi tak la dia makan beria.. Makan main main jer.. Asal dia pon dapat mengunyah di kala orang tua dia mengunyah.. hehehe.. Nak ikut sangat la kononnya..

Dan wife turut belikan untuk Zahra ari tu.. Suka ke Zahra ? Hurm.. Zahra ikut style aku ni.. makan apa saja ! Tak kira dah kalau lapar .. hehehe ..

image

Aku post di FB dan Insta , ada kawan tanya .. biskut apa yang Zahra makan .. Dan inilah diaaaa ..

image

Apa apa persoalan mengenai MILNA ni , sila google yer .. Pastinya banyak nak tanya punyaaa… Jangan risau , Zahra makan main main jer pon.. Memang bawak makanan dia yang wife buat sendiri.. Tapi sementara tunggu mak pak dia abis makan , maka tu la yang wife bagi.. InshaAllah , ok jer ..

Cara untuk elak kereta dari rosak akibat banjir ?

 

Terpandang gambar banjir di Kelantan membuatkan aku tertanya .. takkan takde cara untuk selamatkan kereta selain dari membawanya ke kawasan lebih tinggi ?

image image

Hurmmmmm…. Terpandang satu post rakan di satu page yang popular ketika ini , aku rasa inovasi ini mmg sangat membantu mereka yang ingin selamatkan kenderaan mereka ..

Mampukah ciptaan ini mampu menyelamatkan harta benda kita satu hari nanti ?? Sekurangnya mencuba dari biarkan je kan ?

image

image

image

Bisnes baik ni ! Hahahaha .. Ramai tanya mana nak beli !! Ok , boleh tengok di Www.floodycarbag.com atau di facebook Siti Zulaikha Amzan.

Antara Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3 !

 

Kenapa aku suka Z series ni ? Terus terang , aku tak pernah minat Sony ! Er , pernah.. tapi bukan telefon pintar la.. Heheheh.. Tetapi , sejak aku review kamera dslr Sony Alpha 5000 , aku berpendapat yang gadget Sony ni ada sesuatu yang menarik !

Kemudian , terdengar lagi kelebihan Sony Xperia Z series ni leh masuk air ! Ahaaaa ! Inilah yang aku tunggu tunggu ni ! Maklumlah , aku suka usung handphone ni ke mana saja aku pergi ! Aku tak nak lepaskan setiap detik atau terlewat membalas email client.. hehehe.. Duit wooo .. Dan aku beli Sony Xperia Z2 !

Ternyata aku semakin berpuashati dengan Sony walaupun pada awalnya aku rasa cam agak stress dengan bateri Xperia Z2 yang tak tahan bateri  ! Tetapi selepas aku selidiki, rupanya ,ada beberapa aplikasi yang memang makan bateri kalau tak dilogout dengan betul !

Dan kehadiran Sony Xperia Z3 , semakin menceriakan hidup aku ! Hehehehhe.. Bila perbandingan dibuat diantara Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3 ,  maka aku nasihatkan .. sesiapa yang nak beli handphone buat masa sekarang , cepat cepat sambar Sony Xperia Z3 !!

image

Bagi aku , Sony telah mengeluarkan telefon pintar yang bagi aku , antara yang patut dimiliki oleh semua orang ! Berbaloi !

Nanti aku cerita lagi pasal Sony Xperia Z3 ni ..

Teringin nak membantu mangsa banjir ?

 

Sukarelawan diperlukan ! Ahaaa.. Serius , membantu mereka ini terasa hati sangat tenang walaupun penat fizikal tapi sekurangnya dapat memberikan sesuatu pada mangsa mangsa banjir dari dok geleng kepala tengok gambar di Facebook dan baca info info tah sahih di whatsapp ! Jom turun dan bantu mereka yang memerlukan !

Antaranya.. menurut kawan blogger , di Shah Alam .. mereka amat memerlukan sukarelawan !

Bagi yang berminat dan berkelapangan .. Apa kata sibukkan diri anda dengan membantu mereka yang memerlukan kaki dan tangan anda !

Terharu di Putrajaya !

 

Ternampak status rakan #kelabbloggerbenashaari , Yana Azfar di Facebook..  Terus aku printscreen dan post kembali di Facebook dan di whatsapp ..

Alhamdulillah , beberapa orang rakan #kelabbloggerbenashaari bagi respon untuk turut serta ! Tetiba semangat membara.. Maklumlah , rakan blogger nak turun.. perempuan lak tu ! Malulah kalau aku ni lelaki tak turun bantu kan ?

Tap tujuan utama aku nak turun adalah untuk memberi sumbangan tenaga pada team sukarelawan. Nak turun ke lokasi terbabit , aku tak boleh.. Famili kat sini takde orang nak jaga lak .. Hurm..

image

Dan malam tadi , selepas jam 8.. aku bertolak dari rumah aku yakni di Sepang menuju ke Putrajaya. Selesaikan terlebih dahulu urusan rumahtangga dan baru tenang nak bantu mereka di sana ..

Di depan Parcel E , Putrajaya .. aku sedikit tergamam.. Banyaknya kenderaan menghala ke situ pada waktu gitu ! Takkan semua ni nak gi bantu ????

Dan benar. Mereka semua ke sana adalah untuk gi membantu memuatkan barang barang keperluan ke dalam lori yg akan ke negeri yang terbabit dalam bencana banjir sekarang ini.

Terharu aku. ‘Mereka’ di sana , bukan keseorangan ! ‘ Kami ‘ disini berusaha membantu anda yang di sana !!

Antara barangan keperluan yang aku nampak ada di situ , pakaian , air minuman , maggie , biskut , lampin pakai buang dan macam macam lagi !

Alhamdulillah .. Banyak tempat pengumpulan barangan bantuan dibuka yang bertujuan untuk membantu mereka ! Moga dengan sedikit bantuan ini dapat membantu mereka di sana ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI