Isnin, 29 Disember 2014

Hati-hati bila sebarkan maklumat !

 

Kan dah tak pasal pasal kena cari !

image

Terlalu banyak ‘cerita ‘ disebalik cerita.. Aku pun dah naik pening.. Antara nak percaya atau tidak ! Mana satu patut nak percaya sebab ada yang kata dari keluarga terdekat atau kawan kawan yang boleh dipercayai.. Tetiba kata dah salah info..

Allah Maha Mengetahui. Aku pun letih nak fikir banyak. Mana yang ada bukti bergambar yang telah disahkan oleh mereka yang ada kaitan dengannya , itulah yang aku percaya .. Yang lain , aku mampu tengok je la.. Bila aku percaya , aku tolong war warkan di FB aku..

Hurm.. hati hati yer ..

Kesayangan Qhaliff !

 

Lampu suluh ! Dia akan pegang bila ke mana mana , dalam rumah ! Kalau gi dapur , dia akan on.. Bila aku cuba ambik , dia akan jawab..

“ No , no , nooo.. Tak bolehhh.. “.

Tidur pun tak lepas dari genggaman dia ! Nasib baik , bila jaga dia terlupa terus.. hinggalah dia ternampak semula lampu suluh ni..

image

Aku beli lampu suluh ni untuk kecemasan andai bekalan elektrik terputus. Kena standby banyak skit.. Mana laaa tau kan ? Sekarang ni, apa saja boleh terjadi .. Dah tak mustahil .. hurmm..

Kelantan selepas banjir ..

 

Sedihnya.. Bandar laluan aku ke Kok Lanas , kini dah jadi .. tak tergambar dengan kata kata.. Dulunya sangatlah sibuk.. Di sini pasti akan sesak seketika tiap kali aku balik kampung wife..

Manik Urai..

image

image

image

image

Ada banyak lagi gambar.. Yang ni aku amik dari FB En.Hilmi Abdullah. Terlalu menyayat hati kalau nak tunjuk lagi.. Korang boleh tengok di page seperti The Red Warriors , I love Kuala Krai dan banyak lagi .. Moga selepas tengok gambar tu , menghadirkan keinsafan pada diri dan bantulah mereka seberapa yang termampu.. Ada banyak pusat pusat bantuan yg mengumpulkan barangan keperluan yang mana akan diagihkan pada mangsa.

image

Bayangkan… ini rumah kita sendiri !

Nak membaca la jugak dia !

 

Malam tadi , Qhaliff pilih buku kat rak buku dan beri pada aku. Pastu ajak membaca ! Alahai… Buku dia byk salah letak.. Dan petang tadi , aku ajak wife gi MPH Alamanda untuk cari buku yang sesuai untuk Qhaliff.

Dan dalam kereta , wife kasi laaa buku kat Qhaliff setelah Qhaliff terjaga dari tidur.. Hurm.. dah jadi tabiat Qhaliff , naik kereta .. mesti tidur ! Bila kat Alamanda , pon masih tidur ! Dah masuk dalam kereta , baru jaga !! Haaha… takde rezeki nak jenjalan laaa dia ..

Bila bagi kat Qhaliff , Zahra pon merengek nak jugak membaca !! Adehhh.. Mau tak mau , wife kasi buku kat dia .. Dan , dia pon baca laaa gakkkk !! Meniru abang dia ..

image

Beriaaa membaca .. Hurmmm ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI