Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 30 Disember 2014

Berat dada membacanya..

 

Bulan Disember.. Menjelang 2015. Mereka dah bersedia untuk menyambut tahun baru ..seperti sebelum sebelum ini .. Tapi , kita mampu merancang.. Allah yang menentukan segalanya..

Bermula dengan ekonomi .. kemudian banjir yang melanda beberapa buah negeri disusuli dengan kehilangan kapal terbang hilang.. Dan semalam , angin ribut di utara tanah air pulak !

Timeline dalam minggu ni dah melebihi 'panasnya’ dari berita semasa di tv ! Antara realiti dan tambahan.. antara kenyataan atau fitnah.. Antara nak percaya atau tidak ..

Bagi aku , setiap status rakan rakan , membawa seribu pengertian buat aku ! Aku sendiri , dah penuh dengan masalah peribadi.. Tambah lagi dengan.. hurmm…

Moga Allah tabahkan hati kita semua .. Entah apa menanti kita di tahun 2015 ..

Bercucuran airmata melihat kesan banjir !

 

Tak terkata apa bila melihat gambar gambar ini yang aku amik dari facebook rakan rakan lain.. Uhukkk…. Apakah aku ini mampu setabah mereka ??

image

Gambar menunjukkan Tan Sri Annuar Musa melawat kawasan bencana dan di gambar ni kelihatan mangsa banjir sedang membersihkan telur ayam.. Hurmm..

Dan gambar seterusnya.. Hurmm… Nilailah sendiri ..

Hurmm.. kalau wife aku selalu pening kepala tengok rumah bersepah dek permainan Qhaliff dan dia kata rumah macam kapal karam.. Bayangkan ni camana lak perasaannya ? Hurmmm …

Jeritan mengegar seluruh bangunan !

 

Fuh… nak tak nak , aku kena paksa gak Qhaliff gunting rambut ! Dan nak tutup mata dia dah.. Dia sayang benar rambut dia tu.. Maaf la Qhaliff.. Rambut tu nanti tumbuh lagi.. Buat masa sekarang , orang ingat daddy ada dua anak perempuan ! Walhal sepasang dah.. Huhuh..

image

Dan setelah dia menjerit selama hampir 20 minit dalam kedai gunting rambut.. Menangis , melalak.. bercucuran segala air keluar dari setiap lubang yang ada di bahagian kepala tuuu , akhirnya ..

image

Aduh.. baru laaa nampak rupa diaaa yang sebenar ! Sebelum ni , kalau mandi jenuh aku kena check muka dia.. kena ke tak air sebab dia tunduk ! Halang air dari kena muka dia.. Sekarang ? Amik kaauu ! Hahaahha ..

Meraung dia tengok rambut dia kat cermin masa kat kedai gunting rambut tu.. Terus terang , aku payah gak nak terima bila rambut dia gini tapi bila tengok lama lama.. sama cam daddy lak kekacakkannya ! Hahahaha…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI