Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 31 Disember 2014

Gembira dengan perkembangan Qhaliff !

 

Satu demi satu dia mula tunjuk perkembangan dia .. Esok , masuk dah usia dia 3 tahun walaupun tak cukup bulan lagi.. Tapi yang pasti , aku amat gembira melihat perkembangan dia .. Dari usia sehari hinggalah 3 tahun , aku melihat dengan mata kepala aku sendiri ! Satu pengalaman yang sukar dibeli ..

Dan hari ni , dia pegang raket badminton ! Hahaha.. Pasni leh la main dengan daddy depan rumah !

image

Aku belum bercadang nak hantar dia ke taska lagi sebab sekarang ni dia sedang menerima pelbagai input yang ada di depan dia ..Sebaiknya aku dan wife akan cuba didik dia terlebih dahulu… Dan paling penting , aku nak dia membesar disamping adiknya dan nak mereka rapat ! Kang dah gi sekolah , abang dia jadi matang sangat lak.. tak nak main dengan adik dia.. uhuhu…

Peristiwa malam Krismas..

 

Terbaca kisah menyayat hati ini  di page Balai Wangsa Maju KL , membuatkan aku rasa sayu sangat di hati ! Selalu aku terfikir , apa  akan jadi pada aku andai aku sebatang kara ? Tidak ada keluarga , sahabat handai , pekerjaan .. di manakah aku ????

Di hujung 2014 dan bermulanya 2015 , moga moga apa yang berlaku di sekeliling kita ini memberi keinsafan dan semangat untuk terus membina kehidupan tanpa membelakangkan agama !

Jom baca kisah yg aku amik dari page tersebut ..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran damaisari wangsa melawati. Sepasukan anggota balai wangsa maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan.

Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi.

Dan bila ditanya kenapa tinggal dihutan yg gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, airmata menitis dari mata tua beliau.

Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yg daif dalam arus pembanginan yg pesat di kawasan tersebut. Keesokannya sekali lg anggota dari balai wangsa maju melawat pakcik tersebut dan kali ini

Ketua Polis Balai Wmaju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Di siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat. Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lg mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata.

Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yg disedekahkan oleh org yg mengetahuinya tinggal dihutan. Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yg berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.

Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 dihutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan? Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajar kah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan? InsyaaAllah polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal A'mal Binniat. Sekian. “.

 

Moga 2015 , kita lebih bersyukur kepadaNya ..

Pencuci muka kegemaran !

 

Ya Allah.. lega giler bila dapat cuci muka dengan Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni .. Sebelum ni aku ada guna jenama lain tapi rasa macam .. tak puas ! Masih melekit kat muka.. Kena basuh betul betul , baru leh clear !

Pertama kali aku dioffer guna Tea Tree Oil ni , terasa segar terus muka terutama bila seharian berada di luar rumah.. Hurmmm .. Terus melekat guna produk ni ..

Dan.. abis sudah ! Kena order lain.. Atau cari kat farmasi berhampiran.. Atau malas nak keluar , leh order online jer.. Hurmm.. Harga ? Tak mahal mana pon.. Rugi lak rasanya tak beli masa sale ari tu kat Mid Valley.. Huhuhuh..

Er , nak beli mana ? Www.cosmoderm.com.my

Khas untuk anda : Buku Bekal Ke Sekolah

 

cover1

Pertama kali buku ini ada di pasaran tempatan iaitu Idea Bekal Ke Sekolah - Menu Asia dan Idea Bekal Ke Sekolah - Ala Barat.

Buku ini pastinya dapat banyak membantu para ibubapa menyediakan bekal untuk anak-anak nanti. Ha, sekolah bagi tahun 2015 pun dah nak bukak. Apa kata kali ni para ibu masak sendiri untuk anak-anak ke sekolah. Tak payah beli dekat kantin. Dah tentu berkhasiat dan bersih. Dapat jimat duit lagi tu.

buku2DSC03362

Buku ini sarat dengan pelbagai resepi. Seperti yang dinyatakan awal tadi terdapat dua buah buku dalam siri Idea Bekal Ke Sekolah ini. Yang pertama mengandungi pelbagai resepi dari Asia dan yang kedua mengandungi resepi-resepi dari barat. Kedua-dua buku ini memang berbaloi dimiliki, percayalah. Harganya pun memang dah mampu milik sesangat, RM 15 senaskah sahaja.

bento1

Dalam buku pertama penulis memperkenalkan pelbagai sos untuk memudahkan dan memendekkan masa memasak. Iyelah pepagi buta mana ada masa nak masak yang pelik-pelik.

 cover7

Manakala di dalam buku kedua pula, penulis memperkenalkan resepi-resepi dari barat yang sarat dengan keju. Pasti anak-anak anda suka keju, kan? Disamping itu penulis juga banyak memperkenalkan menu dan tips untuk anak-anak yang cerewet dengan makanan (picky eater). Wah! bagus sangat tu...

Camana nak membelinya? Mudah saja, klik sahaka di link INI.

Bantu ibu derma baju..

 

Sukaa dia bila ajak kemas baju.. Dia lak lebih beria .. Huhuh.. Tak sangka langsung aku .. Dah besar dah dia . Dari dukung , merangkak , berjalan , berlari.. sekarang dah nak menolong orang tua dia .. hurmm…

image

Baju baju yang dikemas ni , akan didermakan ke mangsa banjir di Lipis. Rakan rakan dari #kelabbloggerbenashaari akan turun ke sana untuk bantu apa yang patut. Rumah salah seorang dari mereka , terkena banjir baru baru ni..

Hurm… Aku tak dapat nak ikut disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sedih dan sayu .. hurmm… Hanya mampu tolong apa yang patut jer .. Moga Allah permudahkan urusan mereka nanti..

Bila jarinya luka ..

 

“ Saaakkitt… sakittt… “.

Aku dok membalas email di hp, tak perasan yan g dia menunjukkan jarinya entah bila luka tu ! Kejadian berlaku sewaktu aku menunggu wife di depan klinik kesihatan kerajaan.. dalam kereta yer !

Padahal dia duduk sebelah aku je pon ! Camana boleh luka ? Apa yang dia dah buat ? Iskhhh… Terus aku amik tisu basah dan bersihkan luka dia kemudian balut !

“ Pandaaiii.. “. Dia cakap kat aku sejurus aku balut jari dia tu.. Tampak suka dia dengan kelainan di jari dia tu.. Terus kawal jari dia tu agar balutan tu tak terlucut.. hahaha ..

image

Nak makan pon dia tak nak bukak balutan tu.. Hahaha.. Sayang benar.. Aku berjaya bukak bila dia terlena dalam kereta .. Bila terjaga , dia tak ingat pasal jari dia.. hingga aku tunjuk jari dia yang luka tu.. heheheh ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI