Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 31 Disember 2015

Filem DILWALE bernasib baik !


Akhirnya , dapat jugak aku gi menonton filem yang menjadi sebutan ramai terutama peminat peminat Hindustan.. Ramai kata best ! Menitis air mata menonton filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ni.. Dan ada yang menyimpan azam 2016 untuk mengulangi menonton filem ni berkali kali ! Fuhhhh... mantap sehhhh ! Patutlah kutipan tiket mencecah  tahap box office melebih RM1 juta di Malaysia .

Ok.. apa pendapat aku mengenai filem Dilwale ni ? 





Nampak tak ? Fokus kamera aku cumalah pada Shah Rukh Khan dan Kajol. Dua pelakon lagi tu.. si pembantu heroin tu lawa laa.. lakonan , masih belum begitu mantap.. Pembantu hero lak , aku rasa ni mungkin filem dia yang terakhir la.. Hehehehe.. Takde keunikan ! Yang pembantu heroin tu ada harapan gi jauh sebab cun.. 

Hurmm.. Filem ni bernasib baik sebab ada orang lama ! Kalau takde orang lama , aku rasa filem Isteri Untuk Dijual lagi best kot ? Seriusss ! Tapi kalau nak dibandingkan dengan Kabhi Kushi Khabi Ghum , filem ni bukanlah lawan dia ! Terlalu jauh.. Dalam filem ni aku gagal menitiskan air mata ! Tapi dalam filem tu , 20 kali ulangtayang pon aku tetap akan menitis airmata ! 

Kelebihan filem ni selain SRK dan Kajol , ialah lokasi pengambaraan terutama part menyanyi ! Fuhhh.. tip top gambar dia ! Tapi bila masuk part bergaduh , memandu laju tu .. nampak sangat la tak real ! Mainan kamera gagal di situ ! Atau dia saja buat gitu ? Tu aku tak pasti tapi gagal di situ ! 

Hurm.. Lagu lagu dia ? Hurm.. Tak dapat menandingi lagi KKKG langsung ! Suara SRK ketika menyanyi pon jauh lari ! Adoiiiyaii.. Hilang mood aku terus ! Nasib baik pembantu heroin cun ! Kajol kelihatan cun dalam filem ni ... aku rasa sebab lighting kot ! Memang dia cun tapi nampak la permainan kamera dan lampu kat situ.. 

Gengster ? Hehehehe.. KING terlalu KONG ! Nampak ketua penjahat macam budak tak lepas UPSR pon ! Hurmm... Babak gaduh tu , cam biasa laa.. Hindustan kannn... Tu memang tak yah nak pertikai laa.. layankan ajaa ..

Kesimpulan.. aku bagi 3 bintang jer filem ni ! Kalau ajak tengok lagi , aku rasa aku tak nak ! Kalau ada ulangan kat tv pon , aku rasa aku tak tengok kot .. 

Nak tengok IP MAN lak nanti ! 

Rabu, 30 Disember 2015

TUMI ? Berjenama ke ???

Masa aku dapat hadiah tu , tertanya gak.. Brand mana ni yer ? Tapi aku tau bukan calang calang punya ! Apatah lagi dibeli kat KLCC siap dengan paper begnya sekali.. Maknanya kalau aku nak beli sendiri , berfikir jutaan kali gak laaa...

Aku tanya wife aku.. Katanya jenama ni memang popular ! Dah , apasal aku tak pernah tahu pon ?? Hahahha.. Adoiyaiii.. Dalam gua lagi aku rupanya ! Aku tanya kawan blogger.. Jenama TUMI ni paling murah pon USD300 .Tu yang dia tau laa.. Skang ni tak sure la.. Katanya lagi.. Hurmm..

Aku post ke Instagram.. Dan ada komen yang mengujakan !


Takkan kot ???

Dan sebelum tuu... 


Hurmmmm.. siap boleh tukar lagi nama dan warna ! Free lak tuuu.. Perghhh.. 

Aku try cari pagi TUMI di Facebook.. Hurmm.. Apakah ada ? Giler la kalau takde !! Kan kan? Haahhaaa.. Dan jumpaaaa ! Er, tergamam tengok satu beg tu ! Beg yang serupa color dengan beg yang aku dapat ! Lawaaanyaaaaa ! 


Cantik kan ? Hahahaha.. Ok , beg yang aku dapat tu , aku dah guna semalam. Terus terang aku katakan , tali beg yang selalu kena kat leher aku ( silang ) pasti akan melahirkan satu lecetan ! Ala , melecet laaa .. tu pon terpinga pinga ! Huhhhh.. Tapi bila pakai beg Tumi tu, takde rasa pon ! Lembut jer tali dia !! huhuhuhu..

Rupanya , TUMI ni cukup popular dah.. Beg traveler gituuu.. Dan ada banyak produk lain mereka keluarkan.. 
Hurmm... cantik la pulakkkk beg beg dia ! Adehhh.. Ari ni nak g KLCC .. Boleh g tengok butik dia ! Huhuhuhuh... 




Azam 2016 !

Heeee.. 2015 akan berakhir beberapa hari. Bila menjelang 2016 , umur aku pun mencecah 40 tahun. Walaupun aku kelihatan tidak seperti 40 tahun , aku tetap ingatkan hati aku yang aku dah pon berusia di angka tersebut.. Heheheheh.. 

Apakah azam aku pada tahun ni dah tercapai ? Hurmmm... Dalam dunia blog , alhamdulillah.. tercapai ! Walaupun tidaklah begitu mengujakan tetapi apa yang aku dapat tu , adalah lebih dari yang aku impikan ! . 

Contoh ? Paling best ialah aku adalah Duta Cosmoderm ! Apa yang menarik sangat jadi Duta ? Fuh.. kalau aku cerita , confirm korang cemburu punya ! Sebaiknya , aku simpan untuk diri  aku jer..Biarlah aku dan mereka saja yang tahu apa yang bestnya jadi Duta ni.. 

Selain tu ? Selain tu.. aku berjaya membuka banyak mata terutama mereka yang 'sayangkan' aku dalam diam. Pencapaian demi pencapaian aku melalui blog yang biasa biasa tu aku tu membuatkan ramai blogger bersemangat untuk mencapai seperti mana yang aku capai. InshaAllah. Aku teringin bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti MAS , AIR ASIA , SAMSUNG , SONY , MOTHERCARE , HONDA , TOYOTA , LG , MAYBANK , CIMB , MITSUBISHI dan banyak lagi ! Semua tu , aku tak sangka sama sekali.

Tapi sebenarnya semua tu tak membanggakan aku pun. Pencapaian aku sebenarnya , langsung belum ada ! Aku teringin sangat nak berada di situ ! Sehingga aku berkali kali mimpi melakukannya.. Sedih ! Aku terlalu jauh dari impian aku. Terlalu jauh sangat ! InshaAllah , di tahun 2016 ni .. aku perlu menghampirinya dan seterusnya mengubah segala galanya ! Yer, bila lagi ! Di usia 40 inilah aku perlu berubah ke arah yang lebih baik ! 

Dari sudut blog pula.. aku nak jadikan blog aku tu lebih versatile. Nak punya entri yang lebih mencabar dan adventures ! Yer , aku dah sediakan plan dalam kepala aku.. Dan dah pun luahkan pada pihak berkenaan untuk mereka menaja projek aku nanti. Mereka bersetuju cuma perlu perbincangan lebih lanjut..InshaAllah.. 

Cita cita aku di tahun 2016.. nak bawak keluarga tercinta aku ni , melancong bersama sama ! Huhuhuh.. Dah boleh kot ? Qhaliff dan Zahra dah pandai menikmati keindahan dunia.. InshaAllah ! Orang kata , melancong bersama keluarga lagi seronok , kan ? Sesekali... kan kan ? 

Selasa, 29 Disember 2015

Ten atau Al Quran ?


Tiap tiap hari aku dengar .. mak ngan anak 'bertekak'.. Si anak nak susu ibunya tetapi si ibu tak nak bagi dah ! Maklumlah , dah nak cecah 4 tahun.. Dah puas nak putuskan susu tapi tak jalan ! Tiap kali si adik nak , si abang terpa dulu.. terpaksa si adik tunggu dulu.. huhu ..Sian adik.. 

Dan wife dah nekad! Tiap kali dia nak susu , bagi 10 saat jer ! Masa menyusu , wife dan Qhaliff sama sama kira.. Nak dijadikan cerita , ada sekali tu , si Qhaliff nak.. Wife cam biasa bagi syarat.. Tapi kali ni Qhaliff demand lak ! 

" 10 je tauuuu .. "
" Nak Al- Qurannn.. " 

Nak Al Quran ??? Hahahaha... Maksudnya , dia suruh wife baca Al Fatihah dan dia ikut sama.. Bermakna , masa menyusu dia lebih panjang dari 10 saat ! Hahahaha .. Adehh... makin banyak akal laaa dia skang ni.. 

Kontrak Duta Cosmoderm dilanjutkan !


Alhamdulillah.. Rezeki 2016. Aku masih mendapat kepercayaan untuk terus membawa  dan mempromosikan produk Cosmoderm untuk tempoh setahun lagi. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan Puan Mawarni , selaku Pengurus Besar Cosmoderm. Aku kena yakinkannya serta buktikan bahawa pemilihan aku sebagai Duta mampu memberi impak pada Cosmoderm. Dan aku telah berjaya melakukannya.. 

Malam tadi.. di Hotel Mandarin Oriental , satu perbincangan santai bersama Puan Mawarni telah dibuat.. Sebenarnya , lebih pada makan malam ..Lama dah big boss ajak cuma aku tak berkesempatan. Terpaksa berlari sana sini .. huhuh.. 


Dan dia bagi hadiah harijadi ! Huhuh.. Terharu akuuuuu dibuatnya ! Tak sangka tua tua gini dapat hadiah gempak ! 


Beg travel yang terukir nama aku ! Pasni leh travel sana sini dengan beg ni ! Huhuhuh.. Dari Tumi kauuu !


Yang pasti , ramai blogger mendapat semangat dari perlantikan aku sebagai duta produk terkenal ni ! Dah nak masuk tahun ke 15 yer ! Bukan calang calang produk.. Huhuhuh.. Ramai blogger yakin mereka juga mampu berjaya seperti aku .. InshaAllah.. Aku doakan kejayaan mereka. dan aku yakin mereka mampu lakukan selagi mana mereka sedar diri ! Sedar diri dan tidak angkuh dikala berada di kemuncak ! 

InshaAllah , tahun 2016 aku akan bawa perubahan pada blog aku. Tapi tetap kekal dengan imej seperti sekarang.. Hehehhe.. 

Oh , lupa lak.. Buat mereka yang dah setia dengan Cosmoderm dan yang ingin mencuba produk Cosmoderm , rasanya baik lakukan sekarang.. Tengah murah woooo ! 


‘You Belanja I, I Belanja You’

Contest untuk bantu pelanggan Cosmoderm menghadapi cabaran ekonomi menjelang 2016. Jimat masa dan jimat wang ! Produk halal untuk penjagaan seisi keluarga. Promosi Istimewa YEAR END SALE untuk 4 hari terakhir menjelang tarikh akhir SALE, jangan lupa beli barangan Cosmoderm kegemaran anda secara online dan berpeluang memenangi voucher-voucher membeli-belah berjumlah RM2000 dan barangan istimewa dari Cosmoderm khas buat pembeli setia Cosmoderm!
Cara Penyertaan
  1. Share poster ini di FB anda sebanyak yang diingini dan Tag @Cosmoderm 
  2. Buat pembelian produk kegemaran anda secara online diwww.cosmoderm.com.my dengan pembelian minimum RM30 (simpan order number sebagai bukti pembelian)
  3. Anda akan berpeluang utk menang salah satu dari 5 voucher pembelian di pasaraya AEON / Giant bernilai RM400.00
  4. 5 hadiah saguhati produk Cosmoderm percuma bernilai RM200
  5. Tertakluk kpd Terma dan syarat

Terma & Syarat
  1. Terbuka kepada semua peminat Cosmoderm
  2. Untuk pembelian secara online sahaja di www.cosmoderm.com.my
  3. Order number perlu disimpan sebagai bukti pembelian
  4. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 31 Disember 2015
Tunggu apa lagi ? Simpan stok sementara murah serta berpeluang untuk menang hadiah yang ditawarkan.. Hehehe..


Buat dua kerja bagi menampung kewangan !


Hurmm...Dulu sebelum aku bergelar blogger sepenuh masa , aku bekerja dengan kerajaan. Gaji aku , ditambah dengan pendapatan dari blog sememangnya melebihi dari mencukupi. Kena pulak , 2 orang je makan. Hehehe.. Sedap la kan ? 

Kemudian bila dapat anak , aku berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. Ditambah lagi dengan rasa berdosa dengan tidak amanah terhadap pembayar cukai. Aku menerima gaji bulanan adalah untuk membuat kerja di pejabat tanpa culas ! Walaupun memanglah ada masa lapang tapi aku tak sepatutnya menggunakan masa serta peralatan pejabat untuk membuat kerja kerja peribadi ! Tak amanah tu kan ? Tu yang aku nekad gak berhenti selain nak tumpu pada membesarkan anak anak dengan tangan aku sendiri. Tapi aku tetap kena kerja. Takkan nak harap gaji bini je kan ? Kannnnnn ?

Ok.. wife kerja.. Aku kerja ! Gabungan gaji , ikutkan memang dah boleh hidup selesa. Tapi bila muncul GST , segalanya berubah ! Terasa satu beban pada pembayaran insuran yang meningkat. Kos petrol dan tol yang mana aku sering ke rumah orang tua aku di Cheras , untuk ziarah orang tua aku dan membawa anak anak bermain dengan atuk nenek mereka. Terpaksa aku kurangkan ! 

Hurm.. dah mula aku kurangkan sana sini.. Tapi kenaikan demi kenaikan membuatkan aku mula menyekat dan mengurangkan perbelanjaan. Dan tahun depan Qhaliff mencecah 4 tahun. Satu lagi persoalan yang timbul di benak aku ! Ramai orang mula hantar anak anak mereka ke taska seawal usia 4 tahun. Penambahan kos perbelanjaan lagi ! Tapi bila di nilai semula , kebanyakkan mereka melakukan begitu sebab anak mereka takde pengasuh di rumah.. takde orang nak jaga maka sesuailah dihantarkan ?  

Macam aku,.. plan nak hantar Qhaliff ke Little Qhaliff. Kos pendaftaran mencecah RM1K++. Bulanan menghampiri RM300 ! Fuhhhhhh... Peluh jantan keluar menitis.. Bukanlah tak boleh tapi camana la mereka yang kurang berkemampuan ? Ok.. isu Qhaliff nak sekolah tu , isu lain tapi aku bangkitkan isu kewangan yang meningkan..

Perbelanjaan meningkat.. Dan muncul hero penyelamat segala masalah ! Tiap kali rakyat Malaysia bermasalah , dia muncul memberi jalan keluar. Sekurang kurangnya, ada jugak la hero dikalangan 'The Avengers Malaysia' sudi membantu walaupun ideanya sebenarnya DAH LAMA DAH RAKYAT MALAYSIA TAUUUUU !

Gambar dari Sinar Harian 


Buat dua kerja katanya.. hurmmm.. Dah la tinggalkan anak di rumah pengasuh awal awal pagi.. Anda suruh pulak buat side income di pejabat ! Apakah ingat senang ? Haishh.. Atau buat kerja selepas abis waktu kerja ? Aduhhhhhh.... Apakah anda nak melihat anak anak kecil ini membesar tanpa kasih sayang dari ibu bapa mereka ? Tunggu hujung minggu baru dapat bermain dengan orang tua meeka ? Sian anak anak kita sekarang ni..Sian mereka ang terpaksa tinggalkan anak anak kecil mereka. Anak anak membsesar di pangkuan orang lain. Tau tau dah reti bercakap. Tau tau dah ada 'ibu' angkat.. Tau tau anak kena gigit dengan anak orang lain.. Tau tau anak kena cakar dengan anak orang lain.. Dan tau tau je anak kecil mereka tau sebut BODOH ! Seidh kan ? Ni semua gara gara nak mencapai taraf kehidupan moden ! Terpaksa ikut arus kemodenan ! 

Benar.. kita ada pilihan. Seperti mana aku membuat pilihan tak perlu hantar Qhaliff lagi ke taska ! Aku tak nak dia tinggalkan zaman kanak kanak lagi dengan usung buku sekolah dan beg sekolah lagi ! Masing masing berlumba nak anak anak reti membaca di usia 4 tahun. Kenal huruf .. Kenal angka.. kan ? 

Sapa tak seronok melihat anak anak mereka jadi bijak.. Tapi ingat kembali saat kita kecil dulu.. Diusia begitu , tanpa mak ayah setiap hari.. malam hari baru jumpa.. baru nak bermain , mak ayah dah penat.. Kena belajar.. siang belajar dah ! Malam lagi.. Fuh , itu ke yang kita nak ? 

Entahlah... ada yang kata , inilah realiti dan kita kena ikut ! Pilihan di tangan kita.. Camana kita nak membesarkan anak anak.. Letakkan diri kita sendiri.. Andai kita jadi mereka.. Janganlah kata tiada pilihan dan terpaksa.. 

Yang penting , kasih sayang.. Yang penting.. Bahagia ! Yang penting , kita manfaatkan kehidupan ini. Bukannya dengan menjadi hamba abdi pada dunia , terutama pada mereka ! Cuba ingat kembali.. Apakah memori paling dikenang sewaktu anda kecil dulu.. Cuba lihat anak kecil kita.. Apaakah yang ingin kita mereka kenang ? 

KELUARGA..

Isnin, 28 Disember 2015

Heroes Mens Wash : Produk khas untuk lelaki !


Hurmm.. muka dah jaga.. Badan pon dah jaga. Tapi , camana pulak part part lain ? Hehehe.. Kalau orang perempuan ada produk mereka sendiri , tapi lelaki setahu aku tak lagi ! Produk yang aku maksudkan ni ialah pembersih khas tang tuuuuuuu.. Hehehhe... Paham tak ni ? Olohhh.. tu pun tak paham ! Iskhhhh.. Ok , ok .. baca dulu.. kang mesti paham punya ! 

Produk ni , adalah pertama di Malaysia. Takde lagi sapa sapa keluarkan. Baru lagi ni. Baru je beberapa bulan dilancarkan. Belum meluas lagi dan inshaAllah akan meletup di pasaran tidak lama lagi. Er , nama dia ? HEROES MENS WASH dari Nanafa Juta Beauty. Yup , aku dah try pon ! Hehehehe.. Sebab tu aku promote kat korang lak ! Barang baekkkk... Hahahaha.. 


Produk ni untuk apa ? Korang nak aku terus terang ke atau bagi hint hint jer ? Hahahaha ..Kang kata aku jual produk lucah lak walhal tak pon ! Haaaa ! HEROES MENS WASH ni takde la tumpu untuk part SEKS jer ! Iskhhh.. jangan la pikir gitu yer... Ni produk untuk kebersihan. Apa ingat perempuan je reti nak jaga kebersihan ? Lelaki kalau jaga , perempuan pon kalah tauuuuu ! Haaa .. 

Ok ok.. malas nak bebel..  Meh aku bagitau kelebihan HEROES MENS WASH ni.. Antara kelebihannya ialah bahan yang digunakan seperti : 


  • Beatin iaitu anti kerangsangan pada kulit yang mana berfungsi sebagai antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini. 
  • Glycerine iaitu mencerahkan warna kulit.Mengantikan sel sel kulit yang rosak dengan sel baru. Membantu menghilangkan kotoran di permukaan sel. 
  • Extra Sireh iaitu mengurangkan radang kulit dan melegakan gatal gatal. Ia juga mencegah ejakulasi permatur. 
  • Sea Salt pula berfungsi untuk melegakan gatal gatal kulit. Bersifat alkali dan menguatkan sistem imunasi badan. 
  • Catuaba Extract iaitu membantu mengatasi masalah mati pucuk. Meningkatkan tumbesaran saiz penis serta meningkatkan  syahwat serta mengurangkan risiko kansert prostat. 
  • Menthol Crystal iaitu meningkatkan pengaliran darah dengan meningkatkan pengangkutan oksigen. 


Camana nak pakai ? Hahahaa.. mudah sangat dong ! Pakai masa mandi. Tak perlu pakai satu badan pon.. Tumpukan pada part yang utama iaitu .. ahakssss ! Lagi mau tanya ka ?? Kat situu laaa.. tuuuu.. tuuuu.. bawah tuuuuuuu ! Haaa...  Picit sikit .. pastikan dah basah dengan air yer.. 


Sikit jer ! Tak yah banyak banyakkk... Pastu sapu hingga banyak buih ! Kemudian biarkan beberapa minit. Settle ! Bilas dengan air bersih.. Tadaaa ! Kan dah segar .. Tak susah pon kan ? Haaa.. Cam tu je pon ! Er , lain lain part tu... korang boleh rasa la sendiri ! Takkan aku nak cerita kot ! Hahahaha.. 

Aku tumpu part kebersihan je la yer.. Kalau part lain , sila cuba sendiri ! Dan kalau nak baca testimoni mereka yang dah cuba , sila ke fan page mereka. Kat sana ada banyak lagi bukti. Kalau ada sebarang pertanyaan pon , leh je tanya kat sana .. Aku cuma sampaikan jer.. hehehehe..

Facebook : https://www.facebook.com/nanafabeautyhq/
Instagram : www.instagram.com/nanafabeautyhq
No Tel : 016 412 6546 / 016 980 6500
Alamat : NANAFA JUTA BEAUTY , Lot 674 , Jalan Setapak , Pengkalan Chepa , 16100 , Kota Bharu , Kelantan. 
Harga : RM40 semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak. 

Kena pakai hari hari , baru tau kelebihannya ! Jangan pakai sekejap dah harapkan keputusan drastik ! Hehehehhe... 


Kalau mereka sepakat !

Aduhhh.. aku bisa pening kepala !! Bisa tunggang langgang rumah dibuatnya ! Masa di Kelantan ari tu, aku lega laa.. aku leh lari ! Tok Ma dan makcik diorang ada. Leh tengokkan. Aku dapat la rehat sehari dua.. huhuhhu.. Karam rumah tu dibuatnya diorang ! Hahahahaha...

Bila balik KL ? Hurmmmm... diorang berdua makin ngam ! Apa yang si abang buat , si adik ikut.. Apa si adik buat , si abang pon ikut !! 





Gaduh , tetap gaduh terutama part makanan dan mainan. Tapi tak sampai seminit , geng balik ! Hahahaha... Si adik kuat provoke. Si abang banyak bersabar. Bila Zahra takde , Qhaliff mencari.. Bila Qhaliff takde , si adik wat dek.. Apadahal ! Janji makanan ada.. tu yang penting bagi Zahra ! Huhhh.

Aku botak kepala sebab kutu ..


Semalam , aku nekad ! Aku nak botakkan kepala aku.. Tak kira la wife suka atau tidak ! Aku tetap nak botakkan kepala.. Kenapa ? Sebab aku tak tahan dahh.. Ni bukan pertama kali aku botakkan kepala.. Banyak kali dah pon ! Mungkin ada yang tak pernah tengok dan agak terkejut.. Dan ada yang tak terkejut cuma tak sangka aku botakkan kepala .. kan kan ?

Kenapa ?


Apakah kerana kutu ? Hahahaha.. Aku anggap je tu sebagai gurau senda. Saja nak bermanja ngan aku la kann.. Hahaha.. 

Hurmm.. sebenarnya, dah seminggu lebih kepala aku ni sakit ! Rasa macam terantuk besi ! Sakitnya tu , berubah rubah tempat ! Kejap belah kanan.. kejap belah kiri ! Bukan pening tau.. tapi sakit ! Bila urut , angin keluar ! Maksudnya , aku belahak laa.. 

Hurm.. Aku ingat lepas botak ni , nak try berbekam. Kali petama nak berbekam. Aku risau gak jika berpunca dari tekanan darah tinggi. Hurmm.. Nak jumpa doktor , sah sah kena leter. Dah la aku sakit.. kena leter lagi ! Adehhh... Nak kena cari doktor cun. Kena leter pon tak kisah laaa.. Aku nak tengok jer diaa.. Tapi sebelum jumpa tu , nak kena color janggut dulu.. Kasi hitam legam.. Baru kekacakan terserlah ! Hehehehe .. 

Tapi aku suspek sakit kepala aku ni berpunca dari mata aku ! Aku pakai cermin mata yang dah expired powernya ! Maksud aku , power dia dah tak selari dengan kerabunan dan kesilauan mata aku. Aku dah gi check ari tu.. memang spek aku ni dah layak ditukun tiruankan di lautan dalam. Hurmm.. Spek baru siap , hujung tahun ni.. Huhuhuh.. Hujung tahun baru siap wooiii  ! Nak tak nak, aku pakai je apa yang ada.. 

Haa.. Terlupa lak aku.. Ada yang tanya , apa respon Qhaliff dan Zahra bila tengok aku botak ? Hehehe.. Si Qhaliff , ketawa terbahak bahak ! Zahra , tergamam. Wife pengsan ! Arghhh... Tak kisah laaa.. janji sakit kepala aku kurang ! 

Apakah kurang ? Hurmm...Kena g jumpa doktor gak ni.. 

Ahad, 27 Disember 2015

14 jam perjalanan dari Kelantan !


Alhamdulillah.. Sampai jugak rumah akhirnya ! Plan nak tidur di Cherating pada awalnya tapi dibatalkan sebab terlalu lewat sampai di sana. Bertolak dari Kok Lanas jam 2 petang. Singgah di Jerteh , umah abang ipar jap.Dalam jam 4 petang , bertolak semula ke Kuala Terengganu melalui Jalan Pantai. Aku suka ikut sini.. hehehe.. Jalan dia cool jer.. Pastu nak singgah di Pantai Penarek jap. Makan petang di situ.. heheh.. Suasana pantai gituuu.. hehehe.. 

Pantai Penarek ni cantik dan tenang.. memang best berpiknik sini ..



Tapi sayangnya... tidak disayangi oleh pengunjung ! Tong sampah dah disediakan tapi masih tak reti reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya ! Sungguh menyedihkan perangai manusia begini ! 



Hurmmm... Harap rakan pembaca blog aku ni tak berperangai sedemikian ! Hargai alam sekitar kita. Jangan sampai kita kehilangan seperti kita kehilangan awan dan langit ketika jerebu.. baru menyesal tak terhingga ! Kan kan ? 

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Niat nak cari keropok lekor untuk dimakan sambil lepak tepi pantai. Ni kali ke 3 nak cari tempat tu ! Aku berjaya ketemu tempat tu , sekali jer ! Tak ingat kat mana pon.. Tapi sayangnya , gagal lagi ! Berpusung pusing dalam bandar Kuala Terengganu. Akhirnya, terpaksa teruskan perjalanan ke Cherating. Beli keropok kat sana je la.. Hari pon dah lewat petang. Mengikut waze, jam 9 malam baru sampai Cherating.

Dalam perjalanan ke Cherating lak , hujan turun. Dengan kegelapan jalan raya , aku memandu dengan berhati hati ! Berpandukan Waze , aku harapkan segalanya berjalan lancar.. dan ianya berjalan dengan lancar ! Berhenti beberapa kali termasuk di RnR Gambang untuk makan malam.. hehehhe.. Sedap pulak nasi lemak kat sini.. 2 pinggan aku makan.. 


Selesai makan. Jam dah pukul 11 malam. Lebuh raya clear pada awalnya tetapi akhirnya dicemari dengan budak budak rempit ! Hurmm... Selepas Rnr Temerloh , diorang dah start setting ! Adoiyai.. ni aku malas ni ! Terus aku memecut dengan laju ! Aku tak nak diorang merempit di sisi kereta aku nanti ! Merbahaya.. 

Nasib baik aku berjaga malam sejak dua menjak ni. Maka memandu malam , tiada kesukaran bagi aku. Jam 4.25 pagi , kereta aku selamat diparkingkan di depan rumah ! Heheheh.. Kemas kemas semua barang. Tunggu subuh .. pastu ??? Zzzzzzzzz....Hehehehe... 

Terus terang.. lega highway clear ! Aku nasihatkan , pasang waze dalam perjalanan pulang nanti ! Tak kisah la betul atau tak betul waze tu , paasang jer ! Sebelum tu , pastikan dahh update ! 

Sabtu, 26 Disember 2015

Akukah yang patut malu ?

Di Wakaf Che Yeh.. Ternampak patung ni.. Fuhh ! Nasib baik patung ! Kalau orang ??? Adehhh.. gugur anak mata terus !


Bila tengok cam ni , mesti rasa malu kan ? Bayangkan lelaki memandang dengan penuh nafsu ! Dan ada jugak 'lelaki jadian' memandang seperti nak dibuat bini no 3 ! Haaaa.. Acaner tu ??? Nasib baik la ni cuma patung ! Kalau ni gambar betul , maunya aku kena ceramah ! Bukan orang tu yang kena ceramah.. aku yang kena ! Kenapa ? Sebab mengaibkan si gadis di media sosial ! 

Hurmm.. 

Ramai sebenarnya aku nampak malam tadi pakai cam ni ! Tak larat nak geleng kepala. Akhirnya aku akur.. Memang beginilah akhir zaman. Menutup rambutnya dengan pelbagai jenis lilitan tetapi dibawahnya dibiarkan untuk tatapan umum.. er , lelaki !  Heehee.. 

Yelah.. yelah.. Ada yang kata , baik jaga keluarga aku ! Tak payah nak sibuk hal orang ! Persoalannya , kalau korang leh tolong jawabkan pada Allah nanti , kenapa aku tak 'tegur' korang melalui media sosial , aku delete post ni ! Ok ? 

Terus terang,. aku tak ghairah tengok perempuan pakai camni terutama wanita Islam. Aku jadi malu ! Kalau ada sanak saudara aku sendiri pakai aku sound terus ! Kesian kat ayah dan suami. Kena tanggung nanti kat akhirat.. Hurmm..

Seperkara lagi kena tau.. negara kita ni dah makin ramai pendatang. Malang ni , tak berbau ! Maka kalau boleh , elakkanlah .. Biarlah buruk di mata manusia lain , janji hati tenang ! Apa guna pakai gini tapi rimas dengan mata memandang ! Tu belum kena raba atau kena ngorat ! Bila berlaku , pandai lak jerit kata lelaki gatal dan miang ! Walhal sapa yang gatal ?

Kebebasan berpakaian ? Hehehehe.. Kalau anda Islam , maka... kena fikir dulu sebelum nak sound aku.. Kawan yang terbaik adalah kawan yang saling ingat mengingati walaupun saling tidak mengenali. Kawan yg benar benar terbaik adalah kawan yang menerima nasihat dari kawannya.. Utk kebaikan bersama.

Maaf yer.. sesekali aku kena 'tegur'.. makin bersepah lak spesis 'atas tutup bawah bogel' ni.. 


IKLAN

Save on great products with up to 50% discounts (based on selected items). Save time, save money ! Shop with us online at www.cosmoderm.com.my starting 24-31 December 2015

Jumaat, 25 Disember 2015

Kelantan : Kerana sebuah senyuman...

Ok.. malam tadi , plan nak ke Wakaf Che Yeh. Kalau ke Kelantan , tak singgah sini .. memang tak lengkaplah perjalanan ! Wajib kena singgah.. Kenapa ? Murah sangat ke jualan barang di sini ? Best sangatkah ? Heheheh.. Hanya mereka yang pernah pergi saja tahu.. 

Tapi sebelum tu , singgah makan di restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Murah dan sedap. Kali ni tak pasti la sedap lagi ke tak ? Murah tu.. tak berani nak kata laa.. hehehe.. Yang pasti , jangan amik ikan ! Kalau amik ikan , jangan mimpi dah nak murah. Mana mana tempat , sama jer ! Nak murah lagi , gi tangkap ikan sendiri kat dalam laut tuuuu.. Er, murah la bagi aku kedai ni tapi bagi mak mertua aku.. mahal ! Maklumlah , orang lamaa... diorang ni berjimat cermat ! Duit jauh lebih banyak dari orang muda skang ni ! Huhuh...



Sewaktu aku datang , tempat ni mmg full house ! Terpaksa menanti tempat kosong untuk menjamu selera.. huhu.. Tapi berbaloi la gak menunggu .. Setakat order makanan biasa tu , kejap je sampai. Cuma ikan bakar je la kena tunggu lama skit.. Harap bersabar yer.. hehee...






Seperkara yang best kat sini .. camana ko punya banyak songeh , diorang cool jer ! Sabar jer mengambil order.. Senyum pasti ada .. Bila ada order yang lambat , maka kita pon takde la nak marah marah sebabnya pekerja mereka senantiasa tenang dan sabar jer melayan karenah pelanggan..

Best part... bil mesti genap. Sesen sesen tu kira halal je la.. Cam semalam , 151.50 jadi 150 jer.. Cer kedai mamak ? Huhuh.. 10 sen pon mintak gak !  Tapi tak semua mamak la kan.. Ececece.. Ada gak mamak marah aku nanti ! Rileks arr.. gua pon mamak gak ! 

Esok nak balik dah.. nak ikut jalan pantai. Ada rezeki , nak tidur semalam di Terengganu lak ! InshaAllah..

Berhenti kerja untuk jadi blogger sepenuh masa ?


Aku dah nak masuk tahun ke 7 berblog. Dan nak masuk tahun ke 3 , bergelar blogger sepenuh masa. Seronok ke jadi blogger sepenuh masa ? Camana pulak dengan pendapatan ? Apakah mampu blog mampu 'bela' andai menjadi blogger sepenuh masa ? 


Hurm.. Menjadi blogger ni , atas niat masing masing. Aku tak nak bicara pasal orang lain. Aku bicara mengenai diri aku. Sejak kecil lagi aku minat menulis. Sememangnya aku bercita cita nak punya novel karangan aku. Dan aku berjaya mendapat tawaran menghasilkan novel sendiri tetapi.. aku belum punya masa lagi..  

Apa yang boleh aku buat dan nampak jalannya ialah menjadi blogger ! Nak jadi blogger ni , sebenarnya tak susah pon. Cuma perlu ada ilmu , pengalaman dan minat ! Kalau ketiga tiga ni ada , inshaAllah setiap penulisan yang terhasil di dalam blog , akan jadi perhatian dan menarik pembaca pembaca dari pelbagai lapisan umur , bangsa dan latar belakang.. 


Ada kawan tanya.. Dia nak berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa ! Wah.. Bagus tu ! Tak semua orang berani ! Tapi persoalannya , apakah sudah cukup bersedia untuk menjadi blogger sepenuh masa ? Sumber pendapatan ? Kalau berharap dari blog 100% , aku rasa payah melainkan blognya dah cukup mantap ! Perlu ada pendapatan sampingan yang kukuh andai baru bermula berblog. 

Aku sendiri.. bekerja selama 4 tahun terlebih dahulu dan berblog ketika ada masa. Masa aku ketika tu sememangnya dihabiskan untuk blog. Dan Alhamdulillah , strategi aku tercapai. Aku berjaya menaikkan blog dan pendapatan mula masuk dari blog. Pelbagai sudut ! Cuma aku belum lagi berniaga online buat masa sekarang. InshaAllah , akan ada nanti.. 

Nasihat aku begini.. Buat perbandingan gaji dengan hasil pendapatan dari blog. Strategi jangka panjang dengan dunia internet perlu ada . Sebab alang alang nak habiskan masa dengan internet , maka perlu ada backup plan andai blog 'tergugat' buat sementara.  Jika income dari blog lagi bagus berbanding makan gaji .. aku rasa ok dah ! Yang penting , income dari blog perlu berganda dari gaji sewaktu bekerja.. Kalau gaji 2k , maka income dari blog perlu 6k ! Dan berbelanjalah cuma 2k setiap bulan. Baki , simpan untuk masa depan .. 

Zaman sekarang ni , berbisnis lebih menguntungkan sebenarnya. Makan gaji ibarat hidup untuk bayar cukai dan hutang ! Hanya berniaga saja mampu makan lebih dari tu ! Cuma , perlulah ada strategi dan meniaga sesuatu yang benar benar menguntungkan.. sekali pun nasi lemak atau air kopi ! 

Kalau tanya aku.. apakah aku akan berhenti berblog dan kembali bekerja andai blog tidak menguntungkan lagi ? Jawapan aku , selagi orang menggunakan internet , maka peluang untuk menjana pendapatan dari situ terbentang luas ! Usaha perlu ada dan idea perlu dikemaskini senantiasa ! 

Kesimpulan.. pandang cermin dan tanya diri sendiri.. Apakah kemampuan anda ! Sejauh mana anda mampu berlari ! Apakah backup plan anda ? Kalau dah berkawin , camana pula dengan pasangan anda ? Fikir masak masak..  Bukan semua orang berjaya hidup dengan blog tetapi ramai orang berjaya makan gaji... hingga pencen ! Yang penting , pendapatan sampingan perlu ada ! Atau kekalkan saja blog sebagai pendapatan sampingan dan sekadar minat saja.. 

Masa depan , perlu perancangan yang teliti atau anda kan terduduk menyesal . Atau , sebaliknya! Yer, siapa sangka ,ka ? Dengan blog.. selain dapat duit , dapat merasa apa yang dah lama ingin dirasa , seperti.. 





Dan banyak lagi ! Tapi ingat.. ia tak datang semudah itu ! Terlalu banyak rintangan yang aku hadapi untuk merasai semua ini.. Dan syukur , alhamdulillah.. Aku ada keluarga serta rakan rakan yang sering memberi sokongan tak berbelah bagi ! Terima kasih.. 

Khamis, 24 Disember 2015

Kelantan : Bila mak mertua masak !


Huhuh... Bila balik Kelantan , sah aku akan makan banyak. Kalau ke Pulau Pinang pon gitu gak. Boleh dikatakan dua dua negeri ni mewah dengan masakan tradisi yang cukup mengiurkan. Negeri negeri lain pon banyak gak cuma aku tak berpeluang nak menjelajah lagi.. hehehe.. Menjelajah keseluruhan lagi.. InshaAllah tahun depan.. 

Semalam , aku bertolak balik ke Kelantan bersama sama keluarga aku. Rumah wife.. hehehe.. Aku suka g Kelantan sebenarnya. Perjalanan yang panjang membuatkan aku 'berehat' dari melihat dunia media sosial.. hehehe... Dan permandangan yang menarik terutama bila melalui Terengganu ikut Jalan Pantai.Memang mendamaikan ! 

Dan sampai je Kelantan , mak mertua seperti biasa.. akan masak makanan kampung untuk kami.. Nampak simple tapi.. hurmmm...



Dan ini , diakui sendiri oleh mereka yang pernah merasainya sendiri ! Mereka ini maksud aku ialah orang luar ! Hehehehe.. Bukan orang tempatan ! Sapa yang dah pekena budu beserta ulam.. hurmmmm.. hurmm... Aku ni nasib baik ada darah tinggi jer.. kalau tak ??? Fuhhhh.. Berasappp ! 


Esok , nak carii makan di luar rumah lak ! Hehehe...

Kali pertama bayar zakat pendapatan !

Yup ! Jangan tak percaya !! Sebelum ni tak layak. Tahun ni , rezeki lebih.. Alhamdulillah.. Bila dah dihitung , maka aku layak kena bayar ! Huhuh.. Alhamdulillah.. Ada jugak gunanya aku ni pada saudara seagama aku.. huhu.. 

Sebenarnya.. lama dah teringin tapi macam aku kata laa.. tanggungjawab aku besar tapi pendapatan kecil.. Memang tak lepas la.. Dan ditakdirkan tahun ni , murah rezeki aku... Dan ditambah dengan keaktifan Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Lembaga Zakat Selangor , menyedarkan betapa pentinngnya keluar zakat ni ! Ingat , zakat ni wajib hukumnya andai layak .. Sucikan hati tu ! Jangan kedekut.. Tu hak orang lain juga tuu.. 

Dah lama aku nak ke Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST ni.. Dari sehari ke sehari dan hari ni , aku nekad ! Aku terus ke sini walaupun sepatutnya awal pagi aku sekeluarga bertolak ke Kelantan. Tapi aku mintak wife ganjakkan masa sedikit.. Bagi aku peluang untuk menunaikan kewajiban aku yang dah lama aku teringin nak lakukan.. Huhuh..



Alhamdulillah.. Pegawai di Lembaga Zakat Selangor cawangan BBST sangat membantu ! Mereka senyum sokmo dan senantiasa membuka ruang untuk menjawab soalan.. Dan aku membayar zakat dengan hati yang tenang dan gembira ! Syukur pada Allah , aku dapat membantu insan lain yang perlukan bantuan lebih lagi , saudara seagama ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI