Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 Januari 2015

Anak rapat dengan ayah lebih berjaya ?

 

Waahh.. ternampak keratan akbar ni di TimeLine seorang sahabat FaceBook. Benarkah ? Benarkan anak yang rapat dengan ayah akan lebih berjaya ??? Er , kot ? Hehehee..

Bila sebut berjaya , tak semestinya akan sampai ke menara gading yer ! Tak semestinya berjaya perlu ada segulung kertas , yer ! Berjaya dalam kehidupan juga tak semestinya menjadi kaya , yer !

Terlalu umum tapi yang pasti .. dia berjaya menjadi manusia yang berguna pada keluarga , masyarakat , agama , bangsa dan negara ! Berjaya menjadi penyamun tu , bukan dikira berjaya yer ..

 

image

Qhaliff rapat dengan aku.Pagi tadi , wife gi beli nasi lemak di sebuah restoran dan di depan restoran tu ada sebuah taska. Awal pagi mestilah meriah dengan ibu bapa dok hantar anak anak ke situ. Menurut wife , Qhaliff beria nak masuk situ gak ! Kebetulan pulak ada orang dok memanggil nama Qhaliff.. Er , kenalkah ? Hurmm..

Wife tanya aku.. Nak masukkan Qhaliff tak ke taska tu ? Qhaliff baru belum mencapai 3  tahun kalau nak dikira ikut bulan.. ikut tahun dah capai la 3 tahun.. Terlalu muda untuk dia ke sekolah ! Bagi aku , aku nak tekankan dia terlebih dahulu konsep kekeluargaan di usia begini. Dia ada ayah , ibu dan adik ! Dia perlu kenal semua tu dari ayah dan ibunya sendiri ! Tak nak orang lain ajar.. Biar dia ingat semua tu sampai ke mati yang ayahnya mengajarnya dia mengenal ahli keluarganya sendiri.

Terus terang , aku tak nak Qhaliff tertekan dengan kehidupan. Aku tahu sangat camana kehidupan tanpa ada kehidupan ni ! Bosan ! Segalanya hanya kerana nak mengejar A dan kejayaan di atas kertas. Sapa tak nak anak dia berjaya kan ? Tipu laaaa aku tak nak tengok dia berjaya tapi aku nak dia ada sebenarnya ilmu dan pengalaman dunia agar bila dewasa kelak dia tau mana yang baik dan mana yang buruk !

Bukanlah mudah.. Dunia ini terlalu semakin mencabar ! Kalau tiada pendinding diri , pasti akan hanyut ! Jangan kata dilengkapi dengan didikan agama dah mencukupi ! Perlu ada penekanan juga dengan ilmu dunia .. Ilmu agama perlu dimanfaatkan dengan sebenarnya .. bukan sekadar hafal tapi pratikalnya tiada ! Itu yang aku takut sangat..

Biarlah Qhaliff dan Zahra mencontohi ibunya .. Dan aku akan berusaha agar mereka menjadi seperti ibunya.. Kenapa bukan aku ? Hurm… Ibunya lebih cemerlang dari aku ! InshaAllah ..

6 komen :

Dokter faRyn berkata... [Reply to comment]

bukan nak bandingkan.. tapi antara dua princesses saya, kakak memang lebih close dengan ayah.. and memang dia lagi nampak independent and sangat sangat menjaga hati mama dengan ayah. hehhe. yang adik yang not so rapat dengan ayah (sebab ayah dah mula out station) memang lagi rebellious and loud. hehhe.

Miz Eija berkata... [Reply to comment]

fakta ke ni?? 50-50 kot yea.... kalu qhaliff ada yang jaga better xpergi sekolah dulu ye dak

NaZiRaH @ Ezyra berkata... [Reply to comment]

Saya setuju. Bila dah masuk sekolah dia akan jumpa pelbagai ragam manusia, cikgu plak x mampu nk fokuskan sorang2, jadi secara tak langsung, kelakuan dia akan terikut dgn kelakuan pelajar2 lain.tanpa ada tunjuk ajar yg betul..

MIL HASHIM berkata... [Reply to comment]

JM LEBIH RAPAT DENGAN IBU...
HEHEHE...
http://jmbelog.blogspot.com/

Chubby Hanna berkata... [Reply to comment]

yang ni setuju, sebab dah tua-tua ni rapat gan abah baru nampak flow dia cantik je.. huhu

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

terasa pulak.. betul abg ben cakap.. sy plan nk sekolahkan irine awal.. 3 tahun mcm tu..tp lepas baca ni rasa buat apa cepat2? rasanya didikan parents tu lg penting kot.. abc pon kite boleh ajar dari rumah kan.. cuma kena ada banyak masa je nak ajar.. lagipon, kalau dah masuk sekolah, cikgu dia je laa betul..kita ajar benda betul pon dia cakap salah..cikgu ajar macam ni.. hahaha.. btw, hail respect kat abg ben!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI