Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 Januari 2015

Bila gadis bertudung dipeluk artis KPOP !

 

image

Kecoh ! Kat mana mana dalam media sosial , ada update pasal ni ! Pelbagai kata nista dilemparkan pada gadis bertudung ni ! Hanya kerana dia bertudung , maka maki hamunlah hadiah untuk dia.. Kalau tak bertudung , camana ???

Hurmm… aku tak hairan semua ni sebenarnya. Dah memang boleh dijangkakan.. Kegilaan anak gadis kita pada dunia hiburan memang tak boleh dinafikan. Mereka masih mentah. Bila minat mendahului akal , inilah jadinya.

Salah sapa ? Hurm.. Aku tak nak tuding jari tapi sebaiknya, salahkan diri kita sendiri yang mana terlalu mengagungkan hiburan tanpa batasan. Menyanjung hiburan ! Tengok drama , sampai fefiling nak dpt laki romantik gituuuu .. Tengok filem romantik sampai mengalir air mata ! Babak peluk ada dalam tu.. ok je ?? Babak cium dahi ada .. ok je ? Tak lak nak kecoh ??

Bila kita terima semua ini , kenapa kita nak persoalkan perbuatan anak gadis ni ?? Hurm… Boikot hiburan tanpa batasan ? Hehehehe.. Mampukah ? Sekejap je pun boleh buat punya .. kan ? Astro naik harga pon .. sewa gak .. Tak sewa pon amik alternatif lain.. Tetap nak tengok tv tuuu…

3 komen :

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

Alah.. yang mengutuk tu pun lupa even depa tak buat atas stage tapi masa bercinta berkepit dengan boipren/gepren.. pegang tangan sampai berpeluh tak lepas... nak kawen buat pre wedding mengalahkan orang pi hobeymoon.. sebab dah berlalu dia lupa & bila nampak orang lain buat kutuk tak ingat dia sendiri pun tak jaga batas pergaulan dia... dalam kes bebudak ni memang tak di nafikan depa pun salah, tegur tu tak salah tapi tegurlah cara berhemah.. Tapi kan.. apa nak pelik, akak2 jumpa nuar zain pun berpeluk sakan bila bergambar, inikan adik2 jumpa retis kpop.

Mohd Shahril Fawzy Suhaili berkata... [Reply to comment]

Ish ish. Diorang ni sedar ke tidak diorang appear dekat public masa kena peluk bagai tu. Hmmmm

Ummu Hanan berkata... [Reply to comment]

Tak tau nak kata apa..Memang speechless.. Tapi apa pun, moga mereka dan kite semua bertaubat atas apa yang kite lakukan. Allah Maha Pengampun. Nak komen banyak pun, kite juga punye timbunan dosa yang belum tentu diampunkan lagi. Moga ahli keluarga kita semua terhindar dari perkara2 sebegini..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI