Bila janggut aku mula beruban !

by - Jumaat, Januari 09, 2015

 

image

“ Alamak.. Beben dah beruban ! Tua dahhh .. “ .

Komen yang seringkali aku terima. Apakah aku patut malu ? Segan ? Atau patut rasa diri dah tua.. Patut geng je ngan ngan orang orang yang dah beruban gak ke ?? Er , satu level Prof Prof Diraja je la gitu eh ? Hahaha..

Apakah sebenarnya kelebihan beruban ni ? Jeng jeng jeng .. Sebelum tu .. ada satu mitos yang dah jarang dengar .. Orang tua-tua selalu memomokkan anak­-anak, "Setiap uban yang tumbuh di kepala ibu bapa ini disebabkan perbuatan jahat yang dilakukan oleh anak-anak." Kebenaran kata kata ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta saintifik.

Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).

Apa pun .. amik peringatan dari UBAN ..

Walau bagaimanapun, keadaan rambut beruban ini adalah hukum alam semula jadi yang berlaku pada setiap orang. Hakikatnya, uban adalah petanda usia sudah tua. Maksudnya perjalanan hidup manusia lebih separuh sudah berlalu. Uban juga menjadi peringatan daripada terus melakukan keburukan dan kelalaian. Sekurang-kurangnya, apabila tumbuhnya uban, anggaplah is sebagai "pakaian putih" dialam barzakh kelak – Dewan Kosmik 2008 “.

Yang tak beruban tu , jangan ingat muda lagi yer.. Ingat ingat , ajal maut tak tunggu tua .. hehehe ..

You May Also Like

2 comments

  1. ada uban pun abag ben tetap hensem :)

    BalasPadam
  2. itu kau yang dah berumur. aku ni umur 25 nak masuk 26, rambut & janggut pun kadang2 beruban jugak

    BalasPadam