Di kala aku mengadu sakit pinggang !

by - Khamis, Januari 08, 2015

 

Setiap pagi , aku akan sakit bahagian pinggang kerana tidur di atas tilam yang dah tak empuk ! Dah bertahun lamanya tilam tersebut ! Hurm.. Teringin nak beli yang amat selesa tidur malam ku! Hehehe ..

Sementara dok google cari tilam apa yang best selain Dunlopillo , aku masuk ke Facebook Raja Shamri. Saja nak tengok status dia. Dan , automatik aku kensel nak beli tilam baru..

Status beliau masuk berkisarkan keadaan di Kelantan dan gambar gambar yang dipaparkan di Timelinenya , buat aku rasa .. hurmm.. Tunduk malu !

Gambar gambar yang aku amik ni , dari FB Raja Shamri.. Yer , rumah mereka rosak teruk atau musnah dan khemah khemah inilah mereka jadikan tempat mereka berlindung buat sementara .

imageimageimageimageimageimage

Bak kata beliau..

“ Sama-sama kita bantu ... biar sedikit takpe ...
Paling tidak doakanlah mereka ...
Jangan saling tuduh menuduh
Jangan saling cari salah
Musibah ini untuk kita sama-sama insafi.. “.

 

Bulan 2 ni baru plan nak ke Pantai Timur. Aku yang sebelum ni kagum dengan keindahan Pantai Timur pastinya akan terasa ‘kehilangan’.  Sekolah pun nak mula dah minggu depan. Macamana nak bersekolah dengan keadaan gini ? Aku tak mampu memikirkannya.. Mereka cukup tabah..

You May Also Like

8 comments

  1. kesian dorang, berat mata memandang berat lg bahu mereka yg memikulnya..Allhuakbar.

    BalasPadam
  2. ya allah sedihnya.. semoga mereka tabah dan sabar dengan dugaan allah ini ..

    BalasPadam
  3. hmmm kesian nyee... ada tu yang kata ada singgit je dalam poket... macam mana la anak dia nak sekolah nnt minggu depan.

    BalasPadam
  4. yup..
    mmg sedih tgk..
    walaupun ada khemah tp belum cukup selesa dan selamat..
    tambhana ni musim sejuk akan dtg..
    kena sedekahkan baju sejuk untuk diorg lepas nie.

    BalasPadam
  5. sedih sangat terutamanya yang memang orang susah.. umah plak dah musnah, sekolah akan dibuka beberapa hari lagi.. kesian dengan keadaan mereka sekarang.. semoga mereka tabah menghadapinya..

    BalasPadam
  6. Berat mata kita yang memandang, berpuluh-puluh kali beratnya untuk mereka yang memikul. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amiiin.

    BalasPadam
  7. Sungguh Allah sgt sygkan mereka !

    BalasPadam