Jika kita rasa kita ini malang ..

 

Aku baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur. Gi ziarah pakcik aku yang akan pulang ke Pulau Pinang , esok hari untuk rawatan lanjut di sana ..

Ikut perancangan , aku akan turut serta pulang ke sana tapi wife tak dapat cuti. Terpaksa cover kawan dia yang amik cuti sakit selama 2 hari. Tak pe la.. takde rezeki nak balik kampung. Lama dah plan nak balik Pulau Pinang.. Hurmm..

Di Hospital Kuala Lumpur tadi.. ikutkan tak boleh masuk tapi adik perempuan aku yang pandai pujuk pengawal bertugas , berjaya membawa aku ziarah pakcik aku untuk kali ke 3 dalam satu minggu. Heee.. Yang ni kes emergency.. Nak tak nak , aku kena gi jugak .

Sampai je wad dia di tempatkan , aku nampak dia dok sibuk bersembang dengan seorang lagi pesakit.Nampak mesra jer dan gembira. Er.. apakah dia dah redha dengan takdirnya ? Hurmm..

Aku bersalaman dengan mereka. Kawan pakcik aku tu , aku tengok dia dalam keadaan yg cukup tidak sempurna. Kaki , tangan , buah pinggang malah matanya dah buta sebelah.. sebelah lagi hampir buta juga..

Lebih menyedihkan lagi , dia sebatang kara . Ada anak , anak jarang datang lawat. Isterinya ? Dah bercerai.. Tapi di raut wajahnya , dia tidak langsung nampak seperti putus asa ! Malah gembira bercerita mengenai kehidupan ini.

Antara nasihatnya pada pakcik aku.. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayangkannya.. Hargailah.. Jangan sesekali sesali kehidupan ini dan juga apa yang telah menimpa dirinya. Segalanya adalah ujianNya.

image

Hurm.. dan pakcik aku juga akan dipotong kakinya jika tiada perubahan jua nanti ! Hurmm..

Oh ya.. pakcik tu , mengidap kencing manis dan pakcik aku tu , sakit saraf .. Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan ampuni segala dosa mereka ..

8 ulasan:

  1. semoga di permudahkan semuanya... Amin Ya Robbal Alamin...

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan...
    sentiasalah kita bersyukur dengan apa yag allah limpahkan kepada kita

    BalasPadam
  3. Selalunya ada jugak yang merungut

    BalasPadam
  4. Dalam kita rasa kita ni sudah, sebenarnya ada lagi yg lebih susah dari kita kan.. Malu je bila selalu bersungut susah itu ini.. Semoga Allah permudahkan urusan pak cik² ni.. Amiinn

    BalasPadam
  5. Allah syg mereka sgt sbb tu Allah bagi ujian kat mereka!

    BalasPadam
  6. hospital memang tempat yang bagus untuk kita bermuhasabah, betapa banyaknya Nikmat Allah pada kita

    Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara *insaf*

    BalasPadam
  7. Sama2 mendoakan yg terbaik buat mereka..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009