Karnival Karangkraf 2015

by - Selasa, Januari 27, 2015

 

GENERAL

Karnival Karangkraf kembali lagi !! Kali ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pasti tertarik ! Antara yang membuatkan anda patut datang ke Karnival Karangkraf ke 7 ini ialah diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80% dengan tagline “Kami Ada Semuanya” .

Karnival Karangkraf 2015

Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)

9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)

Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15,

Antara aktiviti yang akan dianjurkan ialah :

  • Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
  • Bengkel Penulisan Thriller
  • Demo Tudung
  • Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
  • Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
  • Cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung

Aktiviti menarik pada Sabtu 31/1/2015;

  • Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias
  • Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.

Aktiviti menarik pada Ahad 1/2/2015

  • Temui 20 Finalis Dewi Remaja
  • The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
  • Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.

FOODTRUCKS

Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese.

 

MASKOT

Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang dibawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.

Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;

  • 2000 parkir percuma.
  • Gerai jualan makanan dan minuman
  • Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
  • Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma. (Laluan Bas : Masjid Negeri Shah Alam - Petronas Dataran Automobil Seksyen 15 – Karangkraf  - SACC )

You May Also Like

2 comments

  1. masuk kalendar terus...tq aben..

    BalasPadam
  2. ambbooii terrer betul Qhalif ...misti slalu nampak bapak dia jawab phone neh .

    moon dulu pun suka telepon flip ...

    pastuh giler telepon slide plak ...hahahahha

    skrg plak suka phone screen beso

    BalasPadam