Kau ingat aku tak reti kemas rumah ??

 

Tensen betul ! Kang aku cakap , kata aku ni tak adil.. Bukan semua orang macam tu la. Segelintir jerr ! Tapi masalahnya dalam bidang supply maid harian ni , aku dah kena 3 agensi yang hampeh perkhidmatannya ! Cuba teka sapa sapa pemilik agensi tu ? Orang ? Haaaa…

Booking awal ! Seminggu dah booking woooo ! Pastu bila tiba masa .. tau apa dia kata ? Jadual penuh ! Pastu bagitau driver buat hal ! Pastu kata cuba datang awal .. Pastu .. diam sampai ke tengah malam ! Hampehhhh pon tak macam ni punya perangai ! Memalukan sampah jer ! Sampah pon tak mengaku saudara !

Bincang ngan wife.. Akhirnya kami je buat sendiri.. perlahan-lahan. Aku bermula dengan membersihkan longkang yang dah lumut ! Geram lama dah aku tengok lumut lumut tu.. Hari ni entah dari mana datang semangat yang membara .. segala lumut telah aku nyahkan dari longkang..

Seterusnya .. tv kabinet ! Dalam tu macam macam adaaaa ! Huhhhh… Dah aku mula amuk !! Kesan dari amukan tu , aku berjaya kumpul 2 sampah sarap dan diletakkan dalam plastik hitam yang besar tuu haaa ! Perghhh ..

Jam 2 petang..Inilah hasilnya ! Wife aku pun tak percaya !!

image

Alhamdulillah.. Kemas molek ! Rasa macam bukan rumah sendiri jer.. Hahahaha.. Pasni tak yah amik dah laa.. Jimat RM100 ! Support bisnes bangsa sendiri ? Huhh.. Jangan harap orang support tapi sepatutnya tunjuk komitmen yang tak berbelah bagi untuk majukan bisnes sendiri ! Aparaaaa !

3 ulasan:

  1. Erkk...xyah la gna servis maid harian Beben..kemas sndri lebih puas hati walaupun penat sbb kita buat sndri..see..Cantikk dh rumah.. (y)

    BalasPadam
  2. ni la masalahnye bangsa kite,
    bila berniaga, tak buat betul².. servis tak kemana tapi letak harga mak aii boleh tercekik tulang ayam!!

    mmg tak semua mcm ni, tapi kebanyakkan mcm tu lah, parast mcm ni yg buat rosak nama bangsa sendiri

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.