Manjakan anak dengan gadget terkini ?

by - Isnin, Januari 26, 2015

 

Aku perkenalkan Qhaliff dengan gadget , di usia dia .. berapa eh ? Rasa aku sejak dia selalu aku bawak ke rumah orang tua aku. Dalam kereta aku pasangkan video supaya dia tak boring dan menganggu tumpuan aku ketika memandu.

Ramai kata jangan ajar anak anak main dengan gadget ! Nanti perkembangan mereka terbantut atau banyak kesan buruk ! Hurmmm.. Yeke ?

Bagi aku la kan.. Kesilapan utama ialah menjadikan gadget tu sebagai alat mainan anak anak kita ! Kita perlu tau bila perlunya mereka bermain denga gadget ni.. Bukan 24 jam berkepit jer..

Macam Qhaliff  sekarang ni.. walaupun dah kenal handphone tu apa tapi dia tetap bermain dengan permainan dia. Handphone tu , bila dia boring sangat sangat , baru dia layan. Tu pun kejap jer.. Selebihnya dia main game pendidikan dalam tu.. Aku try gak install game game yang kanak kanak biasa suka main tapi tak mencuit hatinya pun..

Menariknya kan.. Dia selalu layan youtube bahasa jepun dan bahasa asing. Sewaktu di Legoland ari tu , bila terdengar pelancong berbual dalam bahasa Jepun , dia pon sibuk la nak membalasnya ! Kenapa ?? Sebab dia tau dan kenal !

Bila keluar jenjalan , dia nampak huruf huruf besar di tepi jalan atau shopping mall , dia akan sebut.. Semua tu dia belajar melalui gadget dan jugak bapak dia ni .. termasuk mak dia la.. hehehe..

Gadget bagi aku .. adalah alat bantu mengajar di zaman ini.. Jangan salahkan gadget sama sekali ! Sebaiknya kenalkan mereka di usia kecil supaya bila masuk taska ( yang ada belajar komputer ) mereka dah tau apa nak kena buat !

Dan Qhaliff tetap memilih permainan dia berbanding telefon pintar yang harganya .. hurmm.. Dia pilih telefon sebab nak call orang pastu berbual .. Telefon pintar ? Tuu.. nampak kat kaki dia tu ?

image

Ada ke tak de ke ? Dia tak kisah .. Tab dia dah rosak .. Tenang je pon.. Tak kisah takde ..  Yang pasti bila jumpa sepupu atau rakan sebaya , dia sibuk nak gi ajak bermain !

Segalanya terletak pada kita sendiri ! Jangan membeku dalam rumah jer ..

You May Also Like

1 comments

  1. Zaman sekarang gadgets ni dah jadi penting. cuma bila ada yg cakap jgn bg tu dia kata takut akan jd anti sosial.tp pd Sya,kurangkan tu pun sebab sayangkan Mata..anak kecil bawah 2 tahun memang elakkan tengok skrin lama².. kalau ikut doktor,.jgn bg langsung.. tp for me,sesekali ok juga kot..anak tetap nak main Benda lain..

    BalasPadam