“ Ni anak abang ke ? “

 

Gi IoI Mall Putrajaya tadi. Wife nak cari almari baju untuk bilik bawah.. Malas nak naik atas katanya ..Aku ok jer walaupun badan tak beberapa nak sihat . Nak keluar gak sebab nak bawak Qhaliff bersenam sedikit.. kasi keluar peluh..

Dan seperti yg diduga , di shoppling mall .. Qhaliff amatlah sihat ! Amboiii.. Dapat shopping la sangat !

image

Lepas makan , wife ajak gi ELC.. cari mainan untuk Qhaliff.. Hurmm… Takde yang berkenan di hati. Kalau ada pon , harganya memang buat tercekik air liur sendiri ! Heheheh..

Kemudian gi Toy’s R Us .. Dalam tu , dia berkenan pedang n pistol seperti biasa.. Dia nak Ultraman tapi aku tak bagi. Maka pun amik la mainan tuu.. Kepala dah ting tong sebab makan paint killer. Leher aku bengkak dan sakit kepala lak..

Masa beratur , Qhaliff yang aku perasan dengan aku pada awalnya aku nampak dia ikut wife .. Stroller di tangan aku beserta barangan lain..

Maka aku biar je la.. Tiba-tiba , ada seorang wanita tegur aku..

“ Bang , ini anak abang ke ? “. Aku yang dalam kebluran tengok budak berbaju merah ni dengan air mata bercucuran , tak mengaku la anak aku ! Sebab dalam kepala aku dah set yang Qhaliff dengan wife..

Aku pandang sekali lagi .. Apahal muka macam anak aku ! Aku tengok betul betul .. Lerrrr !!! Qhalifff !!! Apasal boleh pulak kat tangan perempuan ni ?

“ Dia menangis kat belakang tadi . Kuat lak tuuu.. “.

Aku tercari mana wife aku.. Aku amik Qhaliff kat tangan perempuan tu dan ucapkan terima kasih ! Semua mata memandang aku dah.. Adehhh.. Tetiba rasa macam dalam rancangan Akademi Fantasia..

Dan wife aku muncul dengan selambanya.. Kecik besar kecik besar jer aku tengok dia ! Adehhhh..

Menurutnya , dia nampak Qhaliff berdiri ngan aku maka dia berjalan dengan Zahra yang dah mula teriak kebosanan .. Manakala aku nampak Qhaliff dok sibuk ikut dia .. Hurmmmm..

Nasib baik la dalam premis tu lagi ! Kebiasaannya aku memang dukung dia tapi hari ni aku tak larat nak dukung.. Masing sengal badan akibat jatuh di toilet lagi.. Hurmmm..

Lepas ni , memang tak harap dah sapa sapa pun.. Kena percaya diri sendiri ! Hurmm..

7 ulasan:

  1. Adohhhh... lawak sungguh, sungguh blur tuh smpi x kenal ank... kihkihkih...

    BalasPadam
  2. wuuu...sometimes kalau tempat banyak orang memang mcm tu... :)

    BalasPadam
  3. nasib tak g jauh-jauh..qhalif qhaliff..nasib kenal anak lagi ye bang ben..ehhe

    BalasPadam
  4. ..sungguh Ben, apa2 hal berkaitan anak kat shopping mall ni kita tak leh harap sapa2 hatta pasangan kita ... kena alert dan jejak anak ke mana2 pun ... sebab pernah terjadi kat akak - ingat anak ikut adik akak di shopping mall, bila nampak adik jalan ke akak tanya anak mana ...dia kata ntah ... hadoiii berderau darah ... pusing2 cari sebbaik jumpa tengah nanges jugak kat bench foodcourt ... tobat dah lepas tu tak harap sapa2 .. umur pun masa tu lebih kurang Qhaliff jugak ...

    BalasPadam
  5. Aduhai... mujur ada yg perasan tu anak abg Ben kan.. x pe la, pengajaran utk kitorang juga..

    BalasPadam
  6. tp mmg betul la... klu kat shopping mall kena jaga bebetul anak tu. xleh nak bergantung sgt kat psgn huhu..

    muka qhaliff nampak nakal sgt tu hihi

    BalasPadam
  7. pernah berlaku kpd sy..lbh krg mcm ni je..mmg skrg xleh nk hrpkan sape2 kt shopping mall.ank sy hlg 10 min.mujur la ade org jmpe & buat announcement.klu x, tak blh nk bygkn mcmane..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.