Pertama kali naik teksi !

by - Sabtu, Januari 17, 2015

 

Aku belum dedahkan Qhaliff pada pengangkutan awam. Dan semalam , buat pertama kali aku bawak dia naik teksi ke Tan Chong Motor. Aku hantar servis kereta ke sana.. sebab tu kena naik teksi ke sana dari rumah mak aku. Malas nak duduk lama lama kat sana. Jumaat kan… hehehe ..

Reaksinya ? Hehehehe .. Belum pernah dia duduk belakang dengan ayah dia..Dan inilah yang pertama kali berlaku.. hehe ..

image

image

Sadis gak la episod menunggu teksi ni.. Dengan dukung Qhaliff , aku menunggu teksi kosong lalu.. Yang banyak lalu , semua dah berpunya dan ada yang tak nak amik ! Hurm.. Terasa sedih di hati…

“ Sabar yer sayang .. “. Dia yang sedang demam tu , terus lentukkan kepala di bahu aku.

Sekarang aku memahami keadaan mereka yang serba kekurangan. Kesian .. Bukan mudah nak berdiri di tengah panas sambil menunggu pengangkutan awam , dengan anak di tangan ! Kasih anak , membuatkan segalanya BOLEH !

Dalam 10 minit , baru dapat teksi.. Terus ke Tan Chong Motor yang terletak di Jalan Chan Sow Lin. Tambang tertera RM5.40 . Aku hulurkan RM10.

“ Tak pe bang.. Saya sedekah.. “.

Terus masuk ke dalam pejabat. Selesaikan urusan dan terus ke Putrajaya. Amik wife lak. Qhaliff dalam kereta , dah lena.. Kesan dari ubat demam dia.. Hurmm..

Hurmm… Kesian mereka yang takde kereta tapi punya keluarga yang besar ..

You May Also Like

5 comments

  1. kesian qhalif demam lagi ke??maktok harap qhalif cepat baik ya, mmg ibubpa risau kalau anak demam,kdg2 terasa nak amik tempat biarlah org tua demam senang sikit, sesekali naik taxi dpt pengalaman jugak tu..

    BalasPadam
  2. guna la apps my teksi or easy teksi.senang.zaman dh canggih dh skrg.x yh peluh ketiak thn teksi cm dolu dolu hehe

    BalasPadam
  3. mempunyai kereta/kenderaan juga satu nikmat yg besar kan? :)

    BalasPadam
  4. emm,tgk muka qhalif masan jer..dman rupanya..

    BalasPadam
  5. muka dia tengah terfikir-fikir pun ada juga

    BalasPadam