Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 Januari 2015

Qhaliff banyak mengajar aku ..

 

Walaupun aku kekadang geram dengn perangai Qhaliff , tapi aku langsung tak boleh salahkan dia sama sekali ! Ini salah aku yang kurang sabar. Sepatutnya , aku kena lebih sabar lagi dengan dia ..

Di Legoland kelmarin , Qhaliff buktikan pada aku ( walaupun selama ni memang dia berperangai gitu ) , dia seorang yang periang , peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja ! Dia boleh berkawan dengan kanak kanak lain dalam tempoh beberapa saat jer !

Sewaktu makan pagi , dia gi lepak tengok tab dengan anak mat salleh bersama keluarga mereka ! Berkali aku gi amik dia kat table tu.. Ganggu diorang je tapi diorang ok .. takde masalah pon ! Best part , dia cakap ngan diorang macam dia reti cakap omputeh jer ! Hahaha ..

Begitu gak bila dalam lif.. Satu lif dengan keluarga Jepun. Dia yang biasa layan youtube jepun , gi belasah belasah cakap gak ngan anak diorang .. hahaha .. Malu jap aku..

Sebelum check out.. Dia gi main dengan anak anak cina yang kebetulan baru nak check in.. Selamba jer dia celah masuk.. Aku biar jer dia.. Tengok apa dia bermain ..

image

image

image

Sememangnya Legoland ni taman permainan buat semua orang tanpa kira lapisan umur dan bangsa !

4 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

Qhaliff yang peramah dan mudah mesra... ^_^

mrs kayrul berkata... [Reply to comment]

mesti ramai peminat qhaliff...

Rozita berkata... [Reply to comment]

anak-anak memang selalu mengajar ibubapanya..samaada kita sedar atau cuba buat-buat tak sedar..

mereka juga akan buatkan kita jadi lebih baik dari hari sebelumnya..percayalah...kita akan belajar sesuatu dari mereka setiap hari sehingga kita jadi lupa yang mereka sebenarnya dibesarkan oleh kita..

MissNadia berkata... [Reply to comment]

budak kecik ni memang selamba.. peramah terlebih sebab derang tak malu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI