Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 4 Januari 2015

Qhaliff dan Zahra , seharian berpisah !

 

Aku bawak Qhaliff ke rumah mak aku di Cheras sebab aku ada kerja nak diuruskan. Zahra dan maknya , di rumah. Dia nak settlekan kerja kerja tertunggak di rumah.

 

Sebelum tu aku plan nak gi kenduri kawin di UPM. Kenalan di Facebook jemput aku. Alang alang dah dekat , maka rancang nak gi la..

Tengah bersiap , Qhaliff nak ikut. Memang aku plan nak bawak dia pun tapi sayangnyaaa dalam kereta , Qhaliff dah tidur ! Adehh.. Camana ni ??

Di telefon pintar aku , msg di FB berdentum dentum keluar.. Aku baca mesej tu.. Dari group blogger yang ke event hari ni.. Baca satu satu..

Hah ???? Kul 2 event mula ?? Aku ingat kul 3 !! Adehh.. Aku salah baca ke sebelum ? Ah sudah.. Camana ni ?? Kalau nak gi kenduri dulu pastu nak ke Cheras antar Qhaliff , confirm aku lewat ke event ! Tak bagus untuk rekod sama sekali !! Mencemarkan reputasi.

Nak tak nak .. aku terus ke Cheras terus. Terpaksa batalkan niat ke kenduri kawin. Maafkan saya , sahabat ! Terpaksa .. Event ni punca rezeki aku. Lepas bayar duit sewa kereta sebulan tauuuu !

Hurm.. Jam di tangan menunjukan dah 1 lebih ! Nasib baik jalan tak jammed sangat ari ni .. Alhamdulillah. Dipermudahkan sungguh urusan aku. Sampai ke lokasi event , tepat jam 2 petang dan mereka baru nak mula .. Huhuhuh..

Selesai event dalam jam 5 lebih. Terus aku gi hospital untuk ziarah pakcik aku. Hurmmm .. Dalam kul 7 petang , aku terus balik ke Cheras untuk amik Qhaliff ..

Lepas Maghrib , aku balik ke rumah aku.. Sampai je rumah , Zahra yang sedang tidur , dengar je suara Qhaliff.. terus terjaga ! Hahahaha.. Apa lagi ?? Operasi lepaskan rindu laaa memasing ..

image

Zahra yang kebosanan di rumah tanpa Qhaliff dan daddy !

image

Ternyata boring ! Hahahaha.. Gambar dikirim wife menggunakan Sony Xperia Z2. Hehehe..

Apa jadi bila abangnya ada dirumah ??

image

Tu diaaaa.. si abang bermanjaan terus dengan adiknya ! Adiknya pun laaaa .. tak lepas mata dok memandang abang dia ! Hahahaha ..

image

image

Haih… Adik pun.. hahahah.. Lawak la dua dua ni.. Nak tidur pun si abang nak tolong buaikan ! Siap selawat lagi haaa.. Meniru bapak dia !

image

Sekejap je masa berlalu kan ? Tau tau besar dah .. Kita , makin tuaaa !

4 komen :

izzeyda berkata... [Reply to comment]

Comel jer tengok Qhaliff suapkan Zahra makan dan buaian kan.. bagus jadi abang macam nih..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sejuk hati tengok zahra dengan qhaliff..

Fyna Ahmad berkata... [Reply to comment]

sayang betul abang ngn adiknya.

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

Aaaaa...terharunya...sedar tak sedar sy dah ikuti perkembangan dua beradik ni sejak Qhaliff berusia satu hari lagi... :)
Alhamdulillah...membesar dgn sempurna Qhaliff Zahra..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI