Qhaliff sakit apa ?

 

Ke klinik Mediviron , Nilai petang tadi. Qhaliff masih belum reda demam.. Jap demam jap tak.. Memang merisaukan la.. Maka tadi nak gi test darah dia .. Hurmm..

image

Dan di klinik , giliran Qhaliff tiba.. Aku masuk sekeluarga..hehehe.. Maklumlah , kena usung Qhaliff.. wife kena dengar sebab dia yang akan kasi ubat kat Qhaliff..

Masuk je bilik rawatan.. Aku , wife dan doktor .. semua berdiri ! Hahahaha.. Terpinga pinga selama 10 saat ! Doktor memandang aku.. aku pandang doktor.. Aku tunggu  doktor pelawa aku duduk tapi dia seolah terlupa..

“ Kacak sangatkah aku hingga dia tergamam gitu ? “.

Tiba-tiba wife mencelah… Hahahaha .. Terus doktor check Qhaliff.. Simptom denggi takde tapi dia tak berani nak kata bukan.. Wife mintak doktor check mulut Qhaliff.. Merah tekak dan ada nanah sikit katanya .. Hurmm.. Tu agaknya punca dia demam ?

Doktor bagi ubat demam dan antibiotik.. Balik rumah , terus aku mintak wife bagi antibiotik kat Qhaliff … Dan ? Dan ? Quota internet aku laki bini kembalik surut dengan pantasnya !

image

Alhamdulillah.. dah ok dah dia.. Nak makan pon ada dah .. Yang pasti , dia nak main dah ngan adik dia … Hehehe..

Soal internet tu , hehehe.. tak kisah la.. Asal anak sihat dah la kan .. kan kan ?

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah, lama tk singgah blog ni, dah besar sgt dah qhaliff :P

    BalasPadam
  2. saya pernah tekak bernanah dan bengkak. dan doktor nasihat minum air suam banyak2.

    BalasPadam
  3. dr pompuan ke lelaki?hehe,gurau je...alhamdulillah...Qhaliff kuat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI