Rakan blogger #kelabbloggerbenashaari buat potluck !

by - Ahad, Januari 25, 2015

 

Perancangan jadi realiti ! Dah berbulan rancang.. Er , sori… bertahun sebenarnya ! Hehehe.. Sejak aku pindah ke rumah baru ni rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ajak beramai ramai berbbq atau potluck di rumah aku !

Dan hari ni , jadi kenyataan. Ikutkan hampir batal gak sebab wife sakit mata. Tapi nasib baik dia cepat sembuh.Alhamdulillah.. Bila perancangan jadi kenyataan , segalanya di luar dugaan ! Pertama , kak D’Laila Sup Power taja dua masakan dia yang amatlah menyelerakan sama sekali ! Sangat yer !! Hingga aku sendiri terboroi sangat malam ni.. Huhuhuh..

Jam 3 petang , rakan blogger mula tiba untuk membantu.. memasak dan juga menyediakan hidangan. Terima kasih pada Sue Izza , Qaseh Dalia , Yanty , Emas Putih , FatinBellaDotCom kerana sudi datang membantu.

Sukaa la Qhaliff dan Zahra ada orang datang layan diorang ! Huhuhuh..

imageimage imageimage

Selepas Maghrib … sorang demi seorang tiba dengan membawa makanan ! Ok , aku nak pengsan tengok makanan yang sedap sedap atas meja ! Adehh..

imageAktiviti ? Layan makanan dan layan tv sambil berborak .. Takde la nak berparty bagai aih.. Ke nak main game.. Saja santai santai jer ..

image

Terima kasih pada rakan rakan yang sudi datang membawa makanan , aiskrim , perut dan juga menghabiskan makanan ! Hehehhe.. Jangan lupa pulangkan balik ‘kontena’ aku yer !

You May Also Like

3 comments

  1. amboi Qalif posing dgn kakak awek, happy sungguh!

    BalasPadam
  2. Terima kasih abg Ben dan keluarga juga. Akhirnya jadi kenyataan juga walaupun bil.keluarga KBBA sedikit. In sha Allah , next projek pula. Hahaha... 'Kontena' tu ja lupa tuntut abg Ben.. Joke of the day.

    BalasPadam