Selamat Hari Lahir , Mat Gebu !

 

image

Alhamdulillah .. Seusia kami tapi dia lebih tua.. tua bulan dan tua rupa ! Aku lebih kelihatan boyish berbanding dia .. sebab ? Dia kerap diserang tekanan gara gara soalan soalan yang sering diajukan padanya berkenaan resepi dan pinggan mangkuk ! Hahahhaa.. Jangan marah aaa birthday boy !

Syukur pada Allah , persahabatan yang bermula dari satu komen di entri aku , di awal aku berblog telah ‘melarat’ hingga ke hari ini dan inshaAllah , sampai bila bila hendaknya ..

Buat sahabat , aku tak nak ngomel panjang.. Moga di usia ini , sahabat akan lebih tenang , sihat , dimurahkan rezeki dan gembira disamping keluarga serta rakan rakan tersayang ..

Moga terus menghasilkan resepi serta gambar gambar makanan yang mengiurkan buat rakan rakan pembaca dan juga blogger tak kira samada di Facebook mahupun di Instagram !

Semoga Allah berkati anda dan sekeluarga .. Jasa dan budi anda , akan saya sekeluarga kenang sampai mati .. Hanya Allah saja mampu membalas kebaikan anda ..

6 ulasan:

  1. Selamat ulang tahun kelahiran cik Mat ^_^

    BalasPadam
  2. Terima kasih ben sudi jadi sahabat saya...terima kasih juga atas segala kebaikkan ben selama ini..

    BalasPadam
  3. Selamat ulangtahun kelahiran PCM..

    BalasPadam
  4. Happy birthday PCM.. Terharu baca ucapan hari lahir ni.. Huhu..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.