Semakin sayangkan adiknya !

 

Hahaha… Sebelum ke Alamanda , kami ke klinik kesihatan untuk check up bulanan si Zahra. Sewaktu wife dan Zahra turun , Qhaliff nak ikut sama .. Tapi aku tak bagi. Aku ajak lepak dalam kereta jer.. Meraung dia !!

“ Zahraaa… Zahraaaa.. “.

Aku tak pasti la samada dia nak ikut Zahra atau sebab Zahra guna stroller BugabooBee3 dia tuuu .. Macamana pun , dia yang rasmi dulu baru boleh Zahra guna ! Walaupun seminit ,  dia kena rasmi duduk dalam tuu..Grrr..

Puas menangis , tertidur dalam kereta dia .. Sian jer tengok.. Memang time dia tidur lagi pun..

image

Selepas selesai urusan di klinik , kami ke Alamanda. Di sana , Qhaliff nak menolak stroller dan adik dia mesti ada dalam tu ! Tak kasi dukung !! Adehh.. Risau gakkk …

Tapi.. bila tengok dia tolak .. amboiii ! Macam pro dah ! Hahahhaa.. Mahir la pulakk.. cepat belajar kendalikan stroller tu ..

image image

Tak kasi usik langsung stroller tu ! Bagi yang dah tengok video dia kat FB  BENASHAARI  , pasti leh bayangkan camana kan ? Hhahaha .. Aku sendiri berulang kali tengok video dia ..

Harap harap video ni kekal kat FB.. Atau aku kena post ke Youtube supaya video ni kekal selamanya kat dunia maya ! Huhuhuh… 

Yang pasti , sekarang ni mmg dia tak leh berenggang dengan adik dia !

5 ulasan:

  1. bagus Qhaliff nih, makin menyayangi Zahra.. boleh abang mithali laa dia..

    BalasPadam
  2. Sweetnya abang qhaliff jaga adik Zahra.. Suka tgk..

    BalasPadam
  3. hehe..tinggi stroller dari dia

    BalasPadam
  4. Hehehe sayang tul kat adik dia..alahai bang long ni mmg pandai laaa tolak2 stroller ..dah tgk kt fb hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.