Sememangnya aku bukan kaki ‘game’ !

 

image

Aku beli untuk Qhaliff.. Saja nak tengok apa dia mampu buat dengan menda alah ni .. Yer , sama cam aku ! Pusing pi pusing mai.. pastu dia tak main dah ! Sah , memang anak aku !

Dulu , aku pernah beli PlayStation. Hari ni beli , lusa aku jual ! Hahahaha.. Sesungguhnya aku terfikir selepas tu. .Kalaulah setiap kali aku main , aku menang dan duit akan keluar dari tv atau pun keluar dari remote tu .. kan best ! Ni dah la kena beli cd dia.. masa pon terbuang gitu saja.. iskhh.. rugi rugi !

Kemudian handphone.. Game dalam tu , hanyalah untuk sekadar ‘ asal ada’ .. Leh la anak layan sesekali sekala bila tengah boring dalam kereta tu.. huhu..

Di komputer ? Dalam tahun 1999 tu , ada la.. Tu pun aku main sekejap jer.. Pastu giler dengan Mirc dan ICQ .. hahaha .. Sekarang ? Di Facebook ? Hahahaha .. Maaf laa.. Aku rela abiskan masa dengan update blog. Dapat gak duit ! Heheheh…

6 ulasan:

  1. pernah dulu gila jap main game.. sekarang dah lama tak main game.. lebih minat nak update blog, BW ngan FB..

    BalasPadam
  2. Sama la dengan... game paling teruk aku penah layan adalah farmville... selain tu mmg x... x minat game gak sbnrnya...

    BalasPadam
  3. sya dgn hubby kaki game.. kitorang boleh main game yg sama n hunting sama2.. tp skrg dah mals sikit..my hubby tak bosan lagi..dia mmg 'hantu' game..hehe

    BalasPadam
  4. hahahaha memang tak minat game... COC layan pun sebab adik ..adehh

    BalasPadam
  5. oops.. aku kaki game jugak. Tiada blog. hanya pembaca blog kau je ben.. Tapi ada jugak duit masuk. guna 8share :D

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.