Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Januari 2015

Whatsapp medan penyebar fitnah ?

 

Banjir di Pantai Timur dan beberapa tempat di utara tanah air menyaksikan pelbagai mesej mesej di whatsapp berterbangan tanpa sempadan ! Wowww .. Ada yang bagus dan ada yang .. hurmm.. membuatkan ramai antara kita panik seketika ! Aku yakin ramai telah hubungi ahli keluarga terdekat untuk menyampaikan berita yang kononnya dia dapat dulu walhal mak ayah dah dapat sejam yang lalu ! Perghhh.. pantas giler !

Banjir satu hal.. dah abis berlalu banjir , mai pulak ribut taufan punya mesej ! Aku dapat gak mesej tu.. Perghhh.. 90% semenanjung Malaysia akan terlibat ! Perghhhh… Walaupun tak mustahil tapi kot yer pon , biarlah pihak berwajib yang keluarkan amaran ! Ni entah mana mana tah info .. pastu cakap Awani sahkan ! Tak pasal pasal Awani yang kena ! Hahahaha .. Siannn ..

image

Bila baca info tu , pastikan ada tarikh , sumber dan kemudian gi sahihkan di laman web mahupun facebook rasmi jabatan terbabit.. Bukan join sama sebarkan ! Adehyaiiiii .. Semak aihhhh ….

Sekarang ni , orang nak percaya pon dah susah bila dapat mesej melalui whatsapp .. kecuali ..

Yang.. aku nampak bf ko ngan awek mana tah tadi kat Alamanda.. Jalan berkepit wa cakap luuu !  Aku confirm tu bukan ko sbb dari belakang , badan dia slim siutt ! Ko gemuk kan ? “.

Dan ini makan dia ..

Yang .. yang berjalan ngan bf aku tu , mak dia laaa ! Adoiyai.. aku pun ada kat situ gak laaa .. Tu laa.. lain kali , sebelum nak mesej , bagi salam dulu.. Tanya la kat mana.. Khabar.. baru laa sebar fitnah.. Adoiyai.. “.

 

Maka , selepas ini .. sebelum nak sebarkan info, sila pastikan info itu tepat  dan bersumberkan yang sahih jer.. Jangan bagi kawan aku punya jiran kata , jiran dia punya kawan kerja jabatan tu yang cerita .. Dan kawan tu pon baca melalui internet je pon ! Hahahaha.. Pening laaaa !

8 komen :

Zainul Ariff berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Jemput berkunjung
BAITUL HUSNA HOMESTAY MELAKA
http://baitul-husna.blogspot.com

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

betul tu abg ben.. kdg susah nak percaya benda2 yg disebar dari wassap n i.. sebb skang ni semua jadi tukang ramal or what so ever.. huhu

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

whatsap medan berita yang cepat dan mudah disebarkan..
itu sebab ramai boleh jadi repoter disini..
saya amik statement ben untuk dikongsi bersama dalam entry saya harini :)

http://www.ceritashark.com/2015/01/pengarah-dan-penerbit-drama-banjir.html

Cat Women berkata... [Reply to comment]

saya pun dpt whatsaap ni

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

tak suka betul share2 dalam whassap ke wechat mcm ni..memg x pernah share pon.. takut plak nanti kite yg kena spamming info..

HASRUL HASSAN berkata... [Reply to comment]

Hmmm ... org2 terdekat ngan aku pun terbabit sama. Jenuh dah aku explain, tapi lebih percaya berita dalam whatsApp tu .. heran tul.

Azhari Azmi berkata... [Reply to comment]

hahaha. tu pasal la kalau org invite aku masuk sbrg group sama ada di fb , whatsapp, wechat @ mana2 sahaja sosial app / web, aku akan tgok perkara yg dibincangkan dulu. lau agak soSIAL sgt, leave je la...menyemak

afeb pilah berkata... [Reply to comment]

jenis yang pantang dapat benda pepelik je, terus share tanpa periksa. susah susah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI