Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 Februari 2015

Gara-gara teringat telur ikan mayung !

 

Terus tertelan air liur.. Mana nak gi makan malam ni ? Aku pandang wife.. dia pandang aku ! Kita bicara soal makan.. Takde agenda tersembunyi yer !

D’LAILA SUP POWER laaa ! Alang alang dah dekat ! Kebetulan kitorang dari Klinik Mediviron , Giant BBN.. Terus halakan kereta di sana. Sebelum tu ada plan nak rasa makan satu restoran nasi ayam kampung yang ada berhampiran klinik tu tapi selepas masuk ke restoran tu , layanan pon macam nak tak nak.. Terus patah niat nak mencuba rasa makanan di situ.

Sampai je ke MMA Nilai Corner , terus masuk ikut belakang gerai kak Laila.. Hehe.. Saja nak suprise.. Kononnya laaa.. hahaha .. Tapi dia dah perasan awal awal lagi.. heee..

Seperti biasa , layanan mesra Kak Laila diberikan pada kami termasuk juga kakitangan serta suaminya ! Tip top .. tu pasal aku suka gi sana .. Ada banyak pilihan makanan , aku tetap nak makan kat tempat dia..

Tiba-tiba di sapa oleh seorang kenalan Facebook yang juga seorang blogger.. Tapi bersara dah katanya ! Hahaha.. Qaseh NilamSari bersama suaminya yang sangat sporting ! Pergh.. Bertahun kawan tapi tak pernah bersua.. Boleh dikatakan ramai blogger sekarang ni akan pasti singgah di gerai kak Laila untuk menikmati mee udang atau apa jua juadah yang disajikan di situ , pada hujung minggu…

Dan.. sampai sudah makanan aku pinta ! Tada.. makan dulu !!

image

Alhamdulillah.. Perfect makan malam aku kali ni walaupun disulami dengan adegan mengejar Qhaliff ke sana sini ! Kalau tak disebabkan Qhaliff , rasanya abis kuah semua aku hirup !

Rasanya Qaseh NilamSari pon akui kata kata aku  ni sebab dia dari Banting , sanggup ke situ dengan kerapnya sebab suka makan kat situ ..katanya.. Hahahaa ..

Apa pun , terima kasih Kak Laila atas layanan .. MMA Nilai pon bagus servis terutama part air tu.. Tak bagus kalu , leh complain terus kat facebook mereka.. hehehe..

Suatu provokasikah keatas diriku ?

 

Grrrr ! Geram betul aku dengan budak ni ! Tak padan kecik ! Gedik lebihhhh.. Huhhhh ! Adoiyai.. Sesekali dia provoke aku kasi marah ! Bukan sesekali.. tapi kerap kali ! Apakah dia kurang kasih sayang ? Menanti kasih dari aku yang lebihkan maknya adiknya ??? Adoiyai !

image

Bila pergi rumah mak aku.. dia akan panggil aku , ‘ Pak Ngah’. Ikut sepupu sepupu dia panggil aku.. Huhhhh… Nak hilangkan ‘ Pak Ngah ‘ dari mulut dia tu , makan masa seminggu gak laa ! Tapi peliknya.. bila emergency case , dia panggil aku ‘ daddy ‘. Ternyata satu provokasi tanpa henti buat aku dari dia ! Mintak perhatiankah ?

Kalau gi makan luar , dia boleh duduk diam atas kerus dia untuk beberapa minit jer.. Selebihnya , aku dimintak kejar dia ! Adoiyai.. berpeluh.. geram .. semua ada !

Tapi segalanya hilang bila petang tadi .. Aku terlanggar meja waktu nak amik sikat utk sikat rambut Qhaliff.. Pastu aku pura pura nangis.. Qhaliff yg disebelah aku terus gosok kepala aku dan berkata dgn lembut..

" Angan angiss..angann angiss.. "..

Alahai anak.. Dialah bulan.. dialah bintang .. dan juga ribut taufan !

Tips meniaga online dan mengiklankan produk !

 

Teringin meniaga online.. produk ada.. bajet ada tapi camana dengan marketing ? Nak guna media sosial seperti instagram , facebook atau blog ?

image

Segalanya bergantung pada apa yang nak dijual.. Ok.. Amik contoh la.. Andai aku nak menjual PATI BATOOK ORI yang bagus untuk kegunaan anak anak kecil terutama yang ada lelah , batuk , selsema dan macam macam lagi kegunaan ! Ahaaaa.. Camana aku nak promote dan pada masa sama , persaingan amatlah tinggi ? Persaingan dengan produk produk lain ?

Ok.. aku tak perlu buat perbandingan dengan produk lain.. Tapi apa yang aku perlu buat ialah , promosi tanpa henti ! Berpegang pada cara hero hindustan berlawan dengan penjahat .. ‘ Biar kalah dulu , menang kemudian..’ , sebaiknya ialah viralkan produk aku ni di media sosial !

Tempoh ? Ok.. mula mula cari orang yang sesuai utk review produk aku ni.. Contohnya blogger yang kebetulan ada anak tak sihat ..selsema atau batuk.. Cuba offer pada dia secara percuma. Tak perlu review dan update .. Bagi je dia cuba dan nak tau kesannya selepas guna ! Andainya produk tu berkesan , baru offer dia untuk buat review di blognya dan update di media sosial miliknya. Bayar la .. jgn free la ! Tujuan bayar untuk mereka menulis dengan lebih teliti dan berkesan. Kalau free , kang tulis ala kadar kan ? Yelah .. freeeee la katakan !

Ok… Bila dah buat gitu , jangan terus nak harap ramai giler pelanggan yang membelinya ! Kumpul testimonial dan pastikan diupdate dalam fan page serta blog peribadi anda sendiri ! Ahaaa..

Perlu ke guna blogger yang top atau popular ? Tak semestinya.. Yang kecik kecik anak pon ok jer.. asalkan blognya serta media sosialnya ada pengikut..

Kemudian , promosi di media sosial terutama Facebook. Cari yang sesuai.. Maksud aku , bila dia post jer .. ada LIKE ..tak perlu beribu riban tapi berkualiti ! Like yang berkualiti boleh kita tau melalui sapa yang LIKE .. Maksud aku , orang tu ada kuasa membeli , berpendidikan , berprofesion serta bijak .. Ahaaa.. Sebab diorang takkan suka suka main LIKE je kan ?

Kerapkan update gambar produk dan infomasi di Facebook yang kita pilih dan langgan. Kalau aku , aku akan pilih akaun personal sebab follower lebih kenal akan pemilknya ! Lama kelamaan , orang akan mula bertanya dan percaya ..

Seperti yang berlaku pada aku hari ini.. Seorang pengiklan pada awalnya agak kurang yakin tapi aku berjaya menyakinkannya kerana dia punya produk yang berkualiti serta tiada pesaing ! Maka tak perlu takut untuk meniaga..

Kesannya ?

“ Ben , saya rasa .. saya akan terus sambung mengiklan untuk bulan bulan seterusnya .. “.

Aku senyum jer..

Yang penting , bila nak mengiklankan produk anda .. carilah blogger yang tak kedekut .. Dan jika nak berjaya , jangan takut takut meniaga .. Jangan tanam bijik durian hari ni , dan harapkan berbuah minggu depan.. Meniaga ni seronok kalau kita tau camana nak meniaga dan tujuan meniaga.. Kalau nak kaya , maka usahanya mestilah lebih kan ?

Bila ada anak..

 

Jangan harap rumah atau harta benda akan seperti anda bujang atau ketika berdua.. Tentu sama sekali anda salah ! Takkan sama yer ! Ketika ni , anda perlukan satu tahap kesabaran yang amat luar biasa ..

Contohnya ..

image

Bila bukak je laptop… kelihatan seperti ini.. Apa yang perlu dibuat ? Istighfar .. istghfar ! Jangan amuk.. Ingat , tu anak yang kita inginkan sejak awal kawin dulu.. Geram ? Memang geram.. Sabar , perlu sabar.. huhu ..

Contoh lain ? Telefon pintar anda yang selalu anda lap kasi cun.. bila kasi kat anak guna setelah dia meronta meraung raung nakkan hp kita walhal kita dah bagi dia sebijik hp yang harga sebulan gaji bapak dia dulu..tapi dia tak nak gak .. dan hp kita akan dipenuhi dengan cecair yang melekit ! Apa yang perlu kita buat ??? Sabar.. Nak tengok gambar ke ? Hahahaha.. Nasib baik sony xperia z3 bapak dia ni kalis air termasuk air hingus.. hahahaha …

Lain ? Huhuhuh…

image

Alat mekap ? Kasut ? Jam ? Macam macam lagi la akan dia mula mintak dari kita.. Jangan marahh.. Sabar .. Diorang nak eksplore dan juga nak uji kesabaran kita.. sabar naaa… Aku meletop gak kadang kadang.. Maklumlah , tahap kesabaran masih di tahap biasa.. Bila dah meletus , timbul sesalan.. Hurmm..

Bestnya jadi MR.MAMA !

 

Ok.. baru selesai satu advertorial. Masih ada satu lagi kena buat.. Sakit belakang gara gara duduk terlalu lama , dah datang kembali ! Kena regangkan badan. Nasib baik ada baju special untuk elakkan sakit belakang ni.. heee..

Abis buat advertorial , aku kena pikir idea untuk entri seterusnya.. Kena buat autopost untuk esok. Esok plan nak gi klinik andai Zahra masih lom sihat sepenuhnya.

Dan disisi aku , ada Zahra yang tidur tak lena dalam buaiannya. Qhaliff ada dengan mak dia.. Terpaksa pisahkan untuk mereka tidur ! Kalau tak , pasti akan berperang antara satu sama lain .. yang mana akhirnya mak diorang yang stress !

image

Dah seminggu tak cukup tidur ! Belah malam je , Zahra akan mula  menangis gara gara tak dapat tidur disebabkan selesa dan batuk ! Bila dia tak dapat tidur , aku ngan wife tak dapat tidur gak… er , wife lagi tak dapat ! Aku memang tak dapat tahan mata dah.. huhu.. Adakalanya terbabas tapi akan terjaga bila dengar suara Zahra menangis. Tukar syif dengan wife lak..

Hari ni , ke rumah mak aku. Mintak mak aku lak tolong jaga tapi aku tetap ada di situ.. Aku cuma nak tidur kejap je.. Nak berehat untuk elak aku sakit kepala ! Tapi camana pon aku tetap kena update blog !

Senang ke update blog ? Tak semua orang boleh update blog dengan sekali harung.. Taip dan publish terus .. cam aku ! Mesti nak kena baca semula .. kan kan ? Jawabnya , draf semula. Aku kena update selalu blog aku. Ini punca rezeki aku atau aku kena cari kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga aku..

Sebagai suami dan ketua keluarga , aku kena pikir segalanya.. Jangan biarkan isteri pikirkan untuk anda.. Huhuh.. Kalau rasa telinga tu telinga kebal , biar la dia pikirkan.. Baru tau langit tinggi rendah.. haahhaa..

Salah bapakkah ?

 

Anak meronta nak pakai sendiri.. Bila bagi pakai , jadi seperti gambar di bawah.. apakah salah bapa juga ??? Apakah si bapa nak aniaya anaknya sendiri ????

image

Qhaliff , sebulan lagi bakal cecah 3 tahun usia. Di usia begini , pelbagai perkara dia nak explore. Semua menda menjadi persoalan baginya.. Contohnya hari ni , dia amik limau mandari lalu dia koyak dua bahagian .. lalu dia perahkan jusnya ke lantai dan gembira ! Aku yang tak perasan pada awalnya bertukar jadi Hulk dalam tempoh 0.01 saat !

Kemudian dia  amik tisu tandas yang baru keluar dari plastik lalu ditaburkan semua tisu tisu tersebut. Dengan bangganya dia panggil aku untuk menonton persembahan percumanya !  Sememangnya aku beri tempukan gemuruh yang tak berbelah bagi untuknya ! Grrr.. 

Pakai baju ? Dah boleh.. seluar pon tapi disebabkan main terlebih , inilah jadinya ! Takde kaitan pon daddy yang buat !! Dia yang buat sendiri , ok !!

Fuh.. nasib baik anak tak reti buat blog.. Kalau tak , sure aku dapat artikal bantahan dari anak sendiri !

Jumaat, 27 Februari 2015

Penting sangat ke telefon boleh masuk air ?

 

Bagi aku , masuk air ni bukanlah seperti kapal selam atau sebagainya.. tapi memadailah andai terjatuh dalam kolam air atau sinki mahupun lubang jamban , handphone tu masih boleh dipakai seperti sebelumnya ! Tak nak la jadi cam kes aku satu tika dulu tuu haa..

Nokia Lumia 1520 aku , baru seminggu guna .. akhirnya berkubur gara gara anak demam ! Apa kaitan demam dengan handphone aku tu ??

image

Ceritanya begini .. Imbas kembali yer ..

Di sekitar bulan Februari 2014 , selepas subuh ..

“Bang , hp masuk air .. “.

Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..

Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..

Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.

Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..

Berjayakah ? Tidak sama sekali.. Antar repair , serupa harga beli baru ! Acaner tu ???

Akhirnya aku mula cari handphone yang tahan lasak termasuk boleh waterproof ! Aku beli Sony Xperia Z2 pada awalnya tapi agak tidak begitu menyakinkan kerana bahagian covernya mudah terkeluar..

Keluarnya Sony Xperia Z3 , aku pantas gi check di butik Sony dan .. Dan , sejak tu wife aku senantiasa berair taik telinganya kerana dok dengar gini..

“ Nak Z3… nak Z3 .. nak Z3 ! “ . Dan aku dapat jugak ! Hahahaha ..

image

Dan aku yakin… hahaha. Jatuh ? Jangan cakap laa.. Dah jatuh dah banyak kali dan sememangnya aku berpuashati !

image

Masuk laut ? Dah kenapa pulak nak bawak gi masuk laut ? Iskh.. memadailah pakai phone di tempat yang sepatutnya kan ? Bagi aku , terselamat dari rosak gara gara jatuh dalam air pon dah bagus kan ? Huhu..

Harapnya Sony Xperia Z4 akan keluar nanti , jauh lebih ok dari Z3 yang dikatakan terbaik di kalangannya .. Eceh..

Bukan sebarang ‘PANAS’ !

 

Selesai solat Jumaat.. Sewaktu perjalanan pulang , sempat aku check suhu .. Aku berdiri betul betul bawah mentari ..

image

Bila berada di kawasan teduh sedikit ..

image

MasyaAllah.. Panas sungguh ! Sewaktu di Pulau Pinang. 34.7 pon aku dah nak pengsan..

image

Yang ada anak bersekolah tu.. galakkan minum banyak air suam terutama yang sibuk berkaktiviti sukan.. Nasihatkan jangan main panas .. Huhuhu.. Galak sangat bermain nanti terlupa dah nak jaga kesihatan..

Hurmm.. moga pihak sekolah pun amik berat jugak la soal ni.. Jangan pandang remeh.. Dah pihak berwajib pon bagitau kepanasan kali ni boleh mengundang maut..

Ni baru panas dunia.. Akhirat ? Neraka ? Astagfirullah al a’zim..

Budak demam tanda nak membesar ?

 

Kurus.. tak lalu nak makan.. Nasib baik nak gak menyusu.. Dah kembali kecil comel jer.. Kalau tak , dah nak sama size abang dia.. Abang dia pon sama gak.. mengecut..

image image

image

Tapi yang pasti la kan , kedua dua dah nampak berbeza sikap dan perangai terutama Qhaliff ! Dah pandai pulak marah sampai tahap mengigil badan ! Mana belajar pon tak tau laaa.. Takkan dia terasa dia ‘bertukar’ kot bila tiap kali marah ? Aiseyman..

Petah berkata.. Dah boleh sebut nama sendiri termasuk nama bapak dia ! Tapi kena ada orang guide la.. Kalau dia nak sebut sendiri , jangan mimpi laaa.. Takkan nak dia ! Kecuali bila terdesak , apa saja boleh berlaku !!

Paling seronok dengar ialah bila aku panggil dia ..

“ Qhaliff Imaannnn….”.

Dan dia menyahut..

“ Yaaa.. “.

Alahai.. lembut jer .. Sejuk rasa usus perut aku ni haaa.. Tu belum mak dia dgr kan ? Mesti sejuk perut ibu mengandung.. Tapi tu time dia mood comel la.. Mood tak comel , sampai kiamat dia wat dek ! Gr…

Khamis, 26 Februari 2015

Makan sendiri atau hadiahkan saja pada yang tersayang !

 

Baru-baru ni sebelum aku bertolak balik ke Kuala Lumpur , aku sempat jumpa kenalan Facebook yang minta aku buat review mengenai biskut yang dia jual.. Aku terima je la kan.. hehee..

image

Sampai je rumah , Qhaliff mintak nak makan salah satu biskut.. Aku pon bukak je la memandangkan semua dah kelaparan.. termasuk aku ! Maklumlah , tak sempat nak berenti di RnR gara gara lebuhraya sesak luar biasa !

image

Dan aku rasa sebijik.. Hurm.. Sedap la pulak ! Aku bagi wife rasa.. Dia pon kata sedap.. Tanya harga berapa ! Ah , sudahhh… Awal nak booking untuk raya ??? Tak semestinya untuk raya katanya.. Saja nak makan kat opis dan hadiahkan pada kawan kawan dia.. PEREMPUAN ! Huhhh..

Ok.. pastu aku try bukak yang lain .. Yang aku makan memula tu , Black Nutella Bite manakala lagi dua tu , Nestlick Roll dan Mini Semperit ! Kecik size dia.. comel ! Makan pun takde la nak muak..

imageimage

Harga berapa ? Murah je ponnn !  Nak tau lebih lanjut pasal harga dan tempahan , boleh rujuk pada ..

Contact person :
+6 012 - 557 5905 (erna)
+6 012 - 597 6006 (shawal)

Produk2 lain yang ada :
Spaghetti Lasagna
Beef Lasagna
Barley Peanut Candy
Cheezy Kraker
Choc Rugged Cake
Choc Rugged Cheese Cake
Nutella Black Beauty Cake
Homemade Chocolate

 

FB : Sweet Savory by ReeSha | IG : SweetSavoryByReeSha

Ayam Kenny Rogers makin ‘mengecil’ ?

 

Kali pertama aku makan ayam panggang Kenny Rogers , rasanya masa umur 20 an. Masa tu nak besarkan otot otot sedia ada.. Bukan nak SADO ( Besar Do ) tauuu tapi nak sasa jer.. Hahahaha ..

Masa tu kan , ayam ayam yang aku dapat .. memang payah nak abiskan ! Makan suku pun dah termengah ! Tapi biasanya aku amik setengah ekor ! Harganya ? Mampu beli laa..

Sekarang aaa ? Sikalang punya ayam aaa.. amik half , aaaaa .. selupa suku lorrrr ! Tapi harga , sama kot ? Kurang tu tak laa.. Naik tu , tak pasti..

image

Kalau tak mengenang anak mengidam ( coverline.. walhal bapak teringin ), aku tak de deeee nak singgah makan ayam kecik tapi sedap ni ! Grrrrr !

“ Bang, rokok ada ? “

 

image

Semalam , aku gi satu kedai runcit yang berdekatan taman perumahan aku.  Setelah pilih barang apa yang aku nak , aku pon beratur nak bayar..

Tiba-tiba datang dua orang remaja…

“ Bang , rokok ada ? “. Tanya diorang.

“ Takde dik.. Abang tak jual rokok.. “.

Pastu diorang pon keluar dari kedai tu.. Dan aku terkedu.. Waduhhh ! Ada jugak kedai runcit tak jual rokok ? Ke rokok abis ? Tapi kalau abis , takkan cam tu lak jawapan dia kan ?

Hari ni , aku ke kedai tu lagi.. Saja nak beli beberapa barang keperluan.. Dan kali ni aku nak tanya sendiri kat tokey kedai tu.. Tokey kedai ni dah bertukar tangan.. hehehe .. Dulu orang lama.. ni orang muda !

“ Bang , rokok tak jual ke ? “. Soalan aku. Dia pandang aku.. Regular customer aku ni.. hahaha …

“ Tengok gak bang.. Tak semua ada.. Abang hisap rokok apa ? “. Tanya dia ..

“ Eh , tak .. saya tak merokok.. Takde la.. semalam terdengar kata tak jual rokok.. Tu tanya.. Wah , bagus la tak jual rokok.. Saya memang anti rokok ! Hahaha.. “. Jawab aku..

“ Owh.. sebelum nak bukak kedai ni , ayah saya dah tanya.. Nak jual rokok ke ? Dia tak benarkan.. “.

Aku senyum.. Bagus laaa .. Ini membuktikan tanpa jual rokok pon , kedai runcit leh maju !

image

Bila suami demam..

 

Terus terang , tugas menjaga anak kecil di rumah bukanlah mudah seperti yang kita nampak ! Hanya mereka yang penyabar saja mampu tempuhi semua ni.. apatah lagi anak mereka bukan satu dua tapi ramai ! Perghhh.. aku tak leh bayang tahap kesabaran camana..

Nak dijadikan cerita , aku demam tiga hari ni.. Nak tak nak , terpaksa mintak ehsan wife untuk bantu aku mana yang terdaya.. Dan dia membantu 90% dari biasa.. malah dia sendiri dah terlalu kepenatan ..Sian..

image

Aku sakit kepala.. batuk , selsema.. Risau jugak bila dengan cuaca panas terik begini , tekanan darah aku naik tinggi dan ini tak bagus untuk aku.. Huhuh.. Muda muda ada darah tinggi eh ? Zaman ni tak kira dah usia.. kecik kecik pon dah ada kencing manis yer !

Hari ni wife uruskan semua. Aku cuma bantu mana terdaya dan selebihnya , aku pengsan ! Semalam , aku tidur lewat gara gara jaga dua dua anak aku ni yang payah nak tidur sebab selsema dan batuk..

Aku cadangkan wife amik cuti esok dan berehat di rumah.. Aku ke rumah mak aku bersama anak anak.. Dia boleh la rehat di rumah tanpa gangguan.. Baik kan aku ? Heeee..Tapi aku tau , ibu mana nak tinggalkan anak anak kan ? Kalau boleh , biar berkepit 25 jam.. kan kan ?

Rabu, 25 Februari 2015

Bubur ayam untuk si suami ..

 

Takde selera nak makan apa pon ! Tekak tak teringin nak sesuatu yang luar biasa gara gara demam menyerang sekeluarga.. Wife yang masih kental dan sasa , terus berjuang ! Masak untuk si suaminya makan.. Bubur ayam !

Dah siap… Masa untuk makan..

‘ Ok tak bang .. “.

image

“ Nanti abang buat entri review pasal ni .. Nak kena jujur ke ? Ke nak abang tulis baik baik jer.. Tulis untuk jaga hati ? Haaa..  “.

Sedap ke ? Hurmm… Yang pasti aku tambah sepinggan lagi..

3 + 1 budak demam !

 

Sekali lagi , gi Klinik Mediviron. Kali ni , semua demam ! Wife dah mula rasa tak  sedap badan. Aku , memang dah tak sedap badan .. Diorang ? Lama dah tak sedap badan !

image

Nama dipanggil.. Aku ingatkan Qhaliff akan menjerit tak nak masuk tapi dia ok la pulak. Siap sibuk nak tengok apa doktor buat. Doktor lak nasib baik rajin melayan.. Huhuh..

Aku tak duga langsung akan perangai Qhaliff ari ni. Doktor panggi nak check suhu.. cek tekak.. semua dia kasi.. Tak de pon nak teriak bagai cam sebelum sebelum ni ..

Settle.. amik ubat.. Bayar ? Hehehe.. Freee.. Medical card kan addooooo.. tak sia sia amik !

Giliran Qhaliff lak ..

 

Zahra demam minggu lepas.. Selepas balik dari Pulau Pinang , giliran Qhaliff.. Aku , masih lagi demam.. Kepala pun terasa sakit terutama di bahagian kening.. Dapat orang pandai urut , memang lena aku terus dibuatnya !

image

Plan , lusa nak balik Kelantan untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu belah wife . Tapi kalau semua demam , nampak gayanya.. terpaksa laaa memasing duduk dalam rumah ! Dengarnya cuaca di Kelantan pon panas terik ! Di KL ni pon aku dah tak tahan.. apa lagi kat sana ? Perghhh ..

image

Hurmm… Cuaca panas ekstrem gini , sebaiknya elakkan anak anak kita bermain di luar.. Banyakkan minum air suam.. Ramai dah mula demam ni terutama anak kecil..

Semoga Allah lindungi kita semua .

Selasa, 24 Februari 2015

Alahai anak dara aku ..

 

image

Dapat rasakan yang Zahra ni bakal jadi anak dara yang pendiam dan garang .. cam mak dia ! Sukar didekati tapi bila dah kenal , rupa rupanyaaaaa .. bleh tahan nakal budak ni  cam bapak dia !

Dia cukup pantang nampak abang dia yang tengah tidur ! Terus gi ganggu abang dia..siap panggil ‘ Bang’ lagi haaa ! Amboiiii .. Kalau tak jaga gak abang dia , dia akan terus jatuhkan badan ke atas  badan abang dia ..

Respon abang dia ? Teruskan tidur ! Hahahaha.. Siang tu tak sangat.. berlaku malam je selalunya. Siang ,Zahra yang dah cecah 9 bulan ni , lebih kerap tidur dari berjaga !!

Hurmm.. Dah boleh adik dah Zahra ni kan ?

Tak ada idea nak masak apa untuk bekal anak-anak ke sekolah?

 

Buku Idea Bekal ke Sekolah dapat membantu anda. Tak perlu pening-pening kepala lagi nak memikirkan nak masak apa pagi-pagi untuk bekal anak-anak. Anak-anak selalunya cepat bosan, kena selalu tukar-tukar menu . Kalau setahun berapa menu yang kena difikirkan?

bukuideabekal2

Mengandungi dua buah buku iaitu Idea Bekal ke Sekolah Menu Asia dan Idea Bekal ke Sekolah Menu Barat. Setiap satu buku mengandungi 44 resepi yang boleh dijadikan menu untuk bekal anak-anak malahan boleh juga dijadikan menu sebagai hidangan dirumah. Buku ini penuh dengan gambar-gambar yang berwarna-warni. Tengok dari luar pun dah tahu.

cover2

Buku ini dihasilkan untuk memudahkan para ibu-ibu untuk menyediakan bekal untuk anak-anak mereka. Penulis mengetengahkan idea menu disamping resepi yang mudah untuk dimasak, berkhasiat dan menepati selera anak-anak. Didalam buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia, buku ini ada mengajar tentang bagaimana untuk membuat sos bagi memudah dan menjimatkan masa memasak.

DSC03368buku3

Anda boleh dapatkan buku-buku bekal ini melalui link ini atau beli terus dari penulis. Jika anda inginkan buku anda dibungkus dengan cantik dan ditandatangan oleh penulisnya sendiri SMS/ Whatsapp 01115139882. Boleh juga dijadikan hadiah..sesuai sekali.

Best ke DRAGON BLADE ?

 

Movie khas sempena Tahun Baru Cina lakonan Jacky Chan.. ops.. Datuk Jacky Chan yer.. Ahaaa.. Memang layak dia dapat pon ! Tahniah Datuk.. Ramai tak tau kenapa dia layak dapat.. kan ? Ok , banyakkan research yer..

Ok.. Antara sebab aku nak tengok filem gabungan dua budaya ni , ialah adanya John Cusack dan Adrien Brody. Pelakon Hollywood yang tidak asing lagi.. dan aku kenal dia dari filem Con Air.

Kenapa aku kata DRAGON BLADE ni best ? Tidak seperti filem filem lakonan Jacky Chan yang lain , filem ni memaparkan sejarah yang tidak ramai tau.. ( ke aku je yang tak tau tapi ada gak la aku tengok dokmentari mengenainya tak lama dulu ) , camana ada pengaruh budaya  Rome di satu sudut negara China .. Boleh baca kat SINI.

Maka , filem ini bukanlah sekadar filem saja yer ..

image

Unsur positif dari filem ni memang banyak. Babak ganas tu hanyalah bagi menampakkan ‘real’ agar penonton dapat menghayati babak sedih.. hehehe.. Ada yang nangis wooo tengok ! Aku sebak je la.. Maklumlah , sedih dengan pengkhianat pengkhianat yang kita sangka selama ni dia adalah kawan.. Hurmm..

Berapa bintang ? Aku bagi 4.5 bintang .. dari 5 bintang ! Tontonlah sebelum tamat di panggung.. huhuhuh..

Isnin, 23 Februari 2015

PUTRAJAYA : Destinasi orang kaya kaya sahaja ?

 

Nak beli rumah kat Putrajaya ? Jangan mimpi laa ! Boleh mimpi kalau dapat tawaran PR1MA jer la.. Melainkan anda berpendapatan 5 angka sebulan !! Selain dari tu , mampu tengok je la rumah cun cun di situ..

Ok.. Aku baru balik makan di Ayer@8 Putrajaya.Destinasi kali ni di Slero D Timur. Biasa makan kat Tom Yum Kung jer..Saja nak ubah selera.. Dan nak support bisnis orang kita.. hehehe.. Kononnya la..

Ayer@8 ni memang cun lokasi dia tapi sayangnya tak ramai tahu lagi dan yang biasa datang sini pon , majoriti penjawat awam jer.. Pelancong ? Maaf.. aku tak nampak mereka berkulit putih berambut perang di sini mahupun pak pak arab ..

Di Slero D Timur.. order la makan… Aku nak makan Keow Teow Tom Yum , nasi goreng ayam untuk Qhaliff dan wife teringin makan pulut mangga ..

imageimage

Ok.. Tom Yum , sedap.. Nasi goreng , sedap.. Ayam ? Hurmm.. Sedap tapi ayam yang dah dipotong potong dan goreng.. Ok gak rasanya ..cuma kuantitinya skit jer .. tak sepadan dengan harga.

Air milo ais bergelas besar.Bukan la tahap besar giler pon.. Besar skit dari restoran mamak.  Pulut mangga ? Ok je la rasanya. Sedap gak laa.. hee.

Harga ?

image

Aku tak salahkan peniaga kalau diorang charge mahal.. Sewa kedai di Putrajaya memang mengarut harganya ! Banyak peniaga melayu dah bungkus gara gara tak mampu nak bersaing dengan peniaga lain ! Aku rasa kalau aku meniaga kat sini pon , tak lama gak la.. Tak sampai hati nak charge mahal mahal ! Tu belum korang gi tanya harga kat Presint Diplomatik dan Alamanda tu ! Haaaa ..

Kalau tau mahal , jangan la makan kat situ , kan ? Ok laa.. kalau gitu , apa kata pasni kita jangan makan kat tempat mahal mahal gini. Kita gi je cari tempat murah.. Maka apa jadi tempat mahal gini ? Bakal dipenuhi restoran nasi arab ? Restoran mamak ?

Teringat perbualan dengan salah seorang usahawan yang meniaga di situ.. Katanya sewa mahal tapi pengunjung kurang membuatkan dia kembali memikir panjang untuk melanjutkan sewaan di situ. Baik meniaga makan di luar negara , katanya !

Hurm… apakah orang kita hanya layak meniaga di kawasan kawasan ‘biasa’ saja ? Atau gi food court ? Atau gerai tepi jalan ? Dan apakah PUTRAJAYA dibina semata mata untuk orang kaya kaya jer duduk situ ? Lebih baik tukar nama PUTRAKAYA jer ..

Apakah harga keselesaan sebuah restoran perlu dibayar mahal ? Maka semua restorang akan dibuat lebih selesa dan harganya akan jadi mahal ! Dan kita , mampu makan luar sebulan sekali .. atau nak tak nak , terpaksa join skim cepat kaya untuk join orang kaya kaya ni ..

Serius .. makin lama makin tak paham PUTRAJAYA ni ..Dah la takde internet free ! Dulu masa nak bangunkan Putrajaya , janji kata bandar canggih dan internet free ! Bila dah siap..keselamatan penduduk pon tak terjamin.. Oh lupa .. rumah orang ‘biasa-biasa’ jer..

Udara kotor , air kotor.. hati ?

 

Sewaktu aku basuh cawan ..terperasan sesuatu pada air yang aku tahan.. Berkeledak ! Hurmmm.. Rasanya air berkeladak ni lama dah berlaku ! Nasib baik ada penapis air di rumah.. kalau tak ?

image

Nampak bersih je kan ? Tapi bila tahan lama skit.. baru nampak hakikat sebenarnya !

image

Hurmm… air kotor ! Udara kotor dah.. dunia makin tercemar.. ditambah lagi dengan kewujudan manusia berhati tercemar jugak.. Huhu… Sabar je la kawan kawan … Akhirat ada !

Sila pasang penapis air dan penapis hati ! Opss.. Banyakkan berzikir dan berselawat..

Cuaca panas luar biasa melanda negara kita !

 

Di Pulau Pinang hari tu, aku sendiri dah terasa bahangnya ! Kepanasan yang mampu membuatkan manusia , boleh bergaduh walaupun salah paham yang kecil !

image

Menurut sebuah artikal akhbar harian baru baru ni , cuaca panas luar biasa melanda negara kita mampu membawa maut terutama buat mereka yang ada penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi. Cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Fenomena cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.Doktor nasihati banyakkan minum air suam dan air isotonik.

Dan sekarang ni pon ramai dah anak anak kecil demam termasuklah Qhaliff dan Zahra ! Aku ? Masih lagi demam tapi tak la teruk sangat.. Hati hati yer terutama yang beraktiviti di luar sana tu..

Jamu Arjuna

 

PicsArt_1416560306238

Jamu Arjuna dicipta khas untuk lelaki bagi mengekalkan kesihatan & kecergasan sepanjang hari.

Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan luaran dan dalaman, mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Nak rasa muda, dan sihat jom amalkan Jamu Arjuna.

Di antara kebaikan JA:

* Jamu Arjuna membantu meningkat libido lelaki dan membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan tahap seksual kaum lelaki.
* Jamu Arjuna membantu memulihkan, mengekalkan tenaga.

PicsArt_1421632540024

KELEBIHAN lain:
♥ Menambah tenaga, kecergasan, dan stamina dan bina badan.
♥ Meningkatkan kesuburan lelaki
♥ Merawat mati pucuk (lemah tenaga batin).
♥ Meningkatkan bilangan sperma lelaki.
♥ Meningkatkan keghairahan nafsu seks.
♥ Membetulkan ketidakseimbangan hormon
♥ Melegakan stress dan kemurungan
♥ Mengimbangi mood dan emosi
♥ Rawatan alternatif kepada HRT
♥ Menguatkan antibodi .
♥ Meningkatkan ketajaman dan ketahanan mental.
♥ Meningkatkan ketahanan fizikal
♥ Osteoporosis(reput tulang).
♥ Masalah ingatan
♥ Masalah urat saraf
♥ Mencepatkan pemulihan luka
♥ Anti-kanser
♥ Anemia.
♥ Batuk kering TB.
♥ Kanser perut.
♥ Masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain
♥ Membuat anda merasa sihat secara keseluruhan.
♥ Mengembalikan keremajaan
♥ Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
♥ Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
♥ Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
♥ Meningkatkan tahap kepekatan sperma
♥ Memanjangkan tempoh pergerakan sperma
♥ Mencantik kulit seluruh badan

PicsArt_1423492385739

Siapa yang perlukan JAMU ARJUNA?

♥ Lelaki
♥ Ahli sukan
♥ Andropos, pre dan pasca menopos
♥ Wargatua
♥ Masaalah kemandulan lelaki dan wanita
♥ Masaalah lemah tenaga batin
♥ Kehidupan yang stress
♥ Pemulihan luka dan badan selepas kecedaraan atau pembedahan
♥ Dan lain –lain

PicsArt_1423879088646

Komen pengguna JA:

" Lelaki kurang jaga badan .. selalu minum kopi tongkat ali satu atau teh harimau kuat jantan satu...bangganya aku order kopi/teh kuat jantan nie..mcm kuat jee.. tp sekarang ni tak perlu order kopi kuat, dengan JA dah cukup "

" Bro.. Jamu Arjuna bukan ubat dr china, ada steroid, dadah atau kimia yg bila mkn terus ada effect..terus KERAS!!!.nie pun bkn gambir serawak skali makan TAHAN LAMA.. Jamu Arjuna nie adalah campuran akar kayu tradisional dari resepi petua pandai melayu kedah siam.resepi dah beratus tahun bro..doktor waktu tu digelar bidan ataupun tok bomoh.. Fungsi akar kayu nie utk membetulkan apa yg salah, melancarkan apa yg tersumbat, menawarkan apa yg jd racun dlm badan.. Org tua2 ada ckp, siapakah melayu tanpa mkn nasik, aplah lelaki tanpa zuriat. "

" Badan nak pakai lama la bro..anak bini nak dijaga..sihat dalaman ,sihatlah luaran.. Pikir2kanlah bro...jaga badan..jaga keluarga.. JA terbaik "

" Suami makin bertenaga sampaikan saya pun letih penangan JA awak ni"

" Suami makin sayang, makin kuat, makin tahan lama"

received_618851021571199.jpeg_20141115012414371

Ahad, 22 Februari 2015

Bakal kawan baik !

 

Sikit lagi jer .. pastu dua dua ni akan bikin rumah aku huru-hara ! Yang along bakal ada teman bermain dan bergaduh.. Sekarang ni pon dah mula sibuk nak main masak masak .. Huhu ..

image

image

image

image

Bila orang tanya kat Qhaliff , boleh tak amik adik dia .. Respon dia ? Hahaha.. Takde respon.. Tak paham lagi la tu tapi yang pasti dia senantiasa cari adik dia sorang ni.. Hurmm..

Hurmm…

Tiada lagi ‘holiday’ di Tahun Baru Cina !

 

Kalau kena cutinya bersambung hingga hujung minggu seperti tahun ni , aku tak nak gi mana mana melainkan naik kapal terbang jer ! Kalau dalam negara , aku nak gi bercuti depan rumah jer !!!!! Tamo jalan mana mana dahhh ..

Kenapa ? Mengapa ? Huhuhuh.. Tau kan aku sekeluarga ke Pulau Pinang kan ? Tujuan utama adalah untuk menziarah pakcik dan sepupu aku yang kurang sihat serta jenjalan tempat tempat best untuk di makan..

Tapi untuk sampai ke destinasi , kena harung kesesakkan lalu lintas yang amat luar biasa dan nak balik pon gitu ! Bayangkan , balik tu bertolak jam 2 petang.. sampai depan rumah , 1.30 pagi !!! Hampir 12 jam kauuuuuu !!

Ditambah dengan cuaca panas , aku terpaksa berenti di setiap hentian untuk elakkan terlelap sewaktu memandu !! Mata letih sebab silau mentari.. Hurmm..

Kemalangan besar dan kecil menambahkan lagi kesesakkan disertai dengan pengguna pengguna lebuh raya yang tak sabar.. gi bantai ikut laluan kecemasan .. Mat mat motor besar pon aku tengok macam tempah maut pon ada .. Besar dan kecil la.. Dalam kesesakan gitu , bantai pandu laju laju ! Bayangkan kalau ada pemandu kereta tetiba masuk laluan bersebelahan ???

image

image

Hurmmm.. Aku cuba lari ikut jalan lama tapi .. hurmm.. tak berani sebab sampai lewat malam ! Lalu pulak kawasan yang aku tak familiar.. Ada anak kecil.. Batalkan hajat.. Balik kembali laluan asal ! Nasib baik jumpa masjid.. boleh gak singgah solat dan rehat sambil bersihkan Zahra yang kebetulan berak… huhuhu.. Kalau kat RnR ? Jangan mimpi laaa nak dapat guna tandas terutam tandas perempuan ! Beratur panjang koooo…

image

Bila sampai rumah.. gi tapau makanan.. Keluar dari kereta.. terhoyong hayang jalan.. Bontot pon dah kematu ! Huhuhu..

Muka stress tengok jalanraya dan keadaan kereta ! Huhuhuh..

image

Apa pon syukur pada Allah.. kami selamat tiba di rumah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI