Anak nombor 2 , kurang bernasib baik ?

 

Buat pertama kalinya , dua dua anak aku jejakkan kaki di Pulau Pinang. Tanah tumpah darah atuk nenek dia … Gembira ? Terlebih gembira terutama si abang ! Dapat jalan jauh..

image

Dan Zahra lagi sukaa ! Daddy berjauhan dari laptop.. Dapatlah bermanja dengan daddy dia.. kan kan ?

image

Hurm.. payah dia nak bermanja ngan daddy dia sebab abang dia conquer dah bapak dia ni.. Hurmm.. Sian anak no 2 ni kan ? Aku anak no dua.. huu.. tau la camana perasaan tu..

Kekadang rasa cemburu dengan abang dan adik perempuan aku yang mana bapak aku selalu lebihkan diorang ! Huhuh… sedihhh kooo tapi tak pe la.. aku sedar diri !

Tapi rupanya.. ayah aku tak pernah berat sebelah ! Dalam diam dia sebenarnya turunkan pengalaman hidup dia pada diri aku dan sememangnya ianya amat berguna untuk aku dan kawan kawan aku sendiri ..

Tak kira anak no berapa pon sebenarnya yang penting .. jangan lepaskan peluang yang terbentang depan mata !

2 ulasan:

  1. kalau boleh ibu bapa akan berikan kasih sayang dan layanan sama rata di antara anak-anaknya cuma anak2 yg nampak mereka dilayan lebih atau kurang...

    BalasPadam
  2. Anak sulung ke, no 2,3,4, 5, bongsu sekalipun, semua sama aja. Mak ayah mmg kna belajar beri kasih sayang, layanan dan perhatian seadil-adilnya.

    Alhamdulillah, mak ayah saya pun role model terbaek. Dengan anak-anak, NO pilih-pilih kasih :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009