Bila ada anak..

 

Jangan harap rumah atau harta benda akan seperti anda bujang atau ketika berdua.. Tentu sama sekali anda salah ! Takkan sama yer ! Ketika ni , anda perlukan satu tahap kesabaran yang amat luar biasa ..

Contohnya ..

image

Bila bukak je laptop… kelihatan seperti ini.. Apa yang perlu dibuat ? Istighfar .. istghfar ! Jangan amuk.. Ingat , tu anak yang kita inginkan sejak awal kawin dulu.. Geram ? Memang geram.. Sabar , perlu sabar.. huhu ..

Contoh lain ? Telefon pintar anda yang selalu anda lap kasi cun.. bila kasi kat anak guna setelah dia meronta meraung raung nakkan hp kita walhal kita dah bagi dia sebijik hp yang harga sebulan gaji bapak dia dulu..tapi dia tak nak gak .. dan hp kita akan dipenuhi dengan cecair yang melekit ! Apa yang perlu kita buat ??? Sabar.. Nak tengok gambar ke ? Hahahaha.. Nasib baik sony xperia z3 bapak dia ni kalis air termasuk air hingus.. hahahaha …

Lain ? Huhuhuh…

image

Alat mekap ? Kasut ? Jam ? Macam macam lagi la akan dia mula mintak dari kita.. Jangan marahh.. Sabar .. Diorang nak eksplore dan juga nak uji kesabaran kita.. sabar naaa… Aku meletop gak kadang kadang.. Maklumlah , tahap kesabaran masih di tahap biasa.. Bila dah meletus , timbul sesalan.. Hurmm..

3 ulasan:

  1. ya betul tu.. tahap kesabaran mau 1000 petala langit woooo..

    kalau tak,jadi super saiya..pastu menyesal tak sudah..

    BalasPadam
  2. Hahaha. Aah. Memang pun. Kadang2 tu stress jugak jadi nya. KuiKuiKui.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.