Bila malam menjelang !

 

Abang nak makan apa ? “ ..

Aduh.. pening.. nak makan pun payah ! Dah tak tau nak makan apa .. Hurmm…

Sayang teringin makan apa selain makan abang ? “ . Biasanya memang gini ayat ayat suami isteri .. Yang belum suami isteri , jangan tergedik nak guna yer ..

Auww.. terima satu cubitan ! Nasib baik doktor suruh jarakkan setahun atau dua tahunn.. Kalau tak , InshaAllah Zahra dapat adik awal .. Hahahaha .. Rileks.. bukan cerita lucah yer ..

Inilah persoalan setiap malam yang akan ditanya oleh kami berdua. Aku kesian kat wife .. tak nak dia masak.. Dia tak kisah . Aku nak masak , tapi risau nanti hari hari dia suruh aku masak sebab aku masak memang sedap ! Haaaa..Ok tak alasan ?

Dan jawapannya.. selang seli la .. Semalam makan luar .. Makan di luar yer.. bukan makan luar yer !

image

Mee goreng kambing mamak ! Restoran mamak ni dia memang Islam. Tutup kul 12 , buka lepas subuh. Jumaat tutup. Pastu tempat masak dia , kat tempat leh nampak.. Bukan kat belakang nun… Ahaaa..  Lokasi ? Dekat rumah aku jer.. hehehe ..

image

Malam ni wife masak .. Keow Teow Kungfu !  Feveret gue ! Heheheeh.. Sedap tak ? Gila nak kata tak sedap ? Memang ini yang pertama dah terakhir la makan masakan si isteri kalau kata tak sedap dan pasti akan hari hari makan luar !

Tapi ikhlas laa.. sedap ! Aku tambah 2 kali wooo.. Kalau aku tak tambah , takde dah orang nak makan ! Nak tak nak , kena makan.. elakkan pembaziran !

Serius , memang sedap ! Bukan jaga hati !! Jap lagi kena jalan kaki gi KLCC .. nak bakar kalori ! Adeh.. Makin boroi gue ..

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009