Mahalkah satay di Restoran Satay Station ?

 

Baru-baru ni gi makan kat Restoran Satay Station di Ayer@8 , Putrajaya. Tak larat nak makan kat Tom Yum Kung. Diorang pon mesti dah bosan tengok muka kitorang je datang makan situ..

Maka turunlah tingkat bawahnya. Bawah ni lebih santai.. Tempat terbuka dan mudah anak anak nak gi bermain atas padang rumput.

imageimageimage

Selesa dan bersih !

image

Pengunjung pun ramai masa ni.. Bukanlah , ramainyaaaaa … tapi ada la dari takde langsung kan ? Aku rasa tempat ni belum popular sangat.. Patut panggil blogger je gi meriahkan.. Hahahaha..

Ok… Masa untuk order satay ..

image

Terkedu jap tengok harga.. Aku suruh wife amik je la apa yang dia rasa nak makan .. Dia pun order ayam , daging dan kambing ..Dan tak lama kemudian , sampaiii !

image

Besar besar gak isinya. Patut harga pun ‘ besar’ .. heehe.. Ok , mana yang sedap ? Ayam lembut. Daging agak liat dan kambing , sedap ! Nasi dan kuah pon ok bagi aku punya tekak.

Service .. bagus la gak bagi aku.. Mahal ? Sesekali ok la turun makan bersama keluarga sambil bersantai santai di sini .. Tenang dan relaks .. Gi petang , kalau tak hujan .. best ! Depan dia kan tasik.. Jangan lupa bawak kamera.. hehehe….

6 ulasan:

  1. salam...

    sya kenal ngn satay station ni lama jgk dr harga sataynyer baru rm70sen se cucuk sampai skrg dh rm1.80 secucuk... mmg besar isi nyer tp kadang mahal sgt pun iya

    tp kalu sekali sekala teringin tu takpe lah...
    mee rebus bonda tuh mmg sedap n harga tak banyak lak naik... tp sate yg naik banyak sgt..

    BalasPadam
  2. harga besar isi besar pun ok... jangan harga besar isi kecik...hu hu hu...

    BalasPadam
  3. 2 kali ganda harganya dari harga yang biasa makan. siap ada min order lagi.

    BalasPadam
  4. pernah mkn kat tasik titiwangsa, mahal, tapi isinya bsr, bolehlah sesekali kan..hihihi

    BalasPadam
  5. jgn lupa bawak kamera utk selfie gituu

    BalasPadam
  6. ada gak lalu kat sini tapi tak pernah try lagi makan kat mana2 restoran dia.. nanti nak cubalah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI