Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Februari 2015

MMA Nilai Corner mengiurkan di malam hari !

 

Malam ni , aku bawak adik ipar aku sekeluarga ke MMA Nilai Corner. Diorang tak pernah datang sini dan kagum dengan kemeriahan pengunjung di tempat ni. Ramai ingat Bandar Baru Nilai ni kawasan yang sunyi.. Maklumlah , jauh dari kota.. Aku dulu pun fikir gitu gak. Maka aku tak de la nak salahkan dia.. Senyum je la..

image

Alhamdulillah.. sejak dua menjak ni , ramai blogger  pasti akan singgah sini untuk menjamu selera terutamanya ke gerai D’Laila Mee Udang.

Baca Entri : Asam Pedas , Asam Tempoyak dan Masak Lemak Cili Api D’Laila !

Seperti biasa , bila diajak ke sini.. aku takkan lepaskan peluang la .. Mee Udang , Asam pedas pasti dalam kepala aku. Kenyang camana pun , pasti teringin nak merasa semangkuk mee udang punya !

imageimage

Wajib layan mee udang dengan ABC yang dijual berhampiran dengan gerai kak D’Laila ..  Barulah boleh balik dengan puashati punya ! hehehehe..

image

Dan sekarang , rajin pulak wife tambah menu baru.. yang agak ringan sementara tunggu sampai makanan yang dipinta seperti.. mee udang , mee ketam dan sebagainya ..

image

Ada banyak lagi yang sedap di sini.. Bihun Sup Power.. Satay , Nasi Kukus .. Burger Bakar.. Banyak laa.. Tak larat nak tulis .. hahaha .. Nasib baik aku bukan blogger makanan .. Kalau tak ? Perghhhh !

3 komen :

mak Jemah berkata... [Reply to comment]

saya yang dari pahang ni pun dah dua kali singgah kat kedai kak laila..dia punya menu memang mengancam..sedap sangat..memang tak rugi la..dengan harga yang berpatutan gitu..tapiii,bila la nak terserempak dengan abang Ben and family..teringin nak jumpa dengan abang Ben :)

WaA berkata... [Reply to comment]

As Salam, saya yang duduk bangi ni selalu datang makan di MMA. Recommend Sate dia dan Nasi Arab. Memang soodapp!

Maria Hasun berkata... [Reply to comment]

Err ramai da makan kat sini. . bila nk g nilai pun x tau la

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI