Padang Kota cekik darah pengunjung ?

 

Hurmm… sebut je nak makan kat Padang Kota , rata rata yang pernah gi makan kat sana akan pesan terlebih dahulu.. Hati hati kata mereka ! Jangan sampai kena sembelih !!

Buat pengetahuan , aku bukanlah kali pertama singgah  Padang Kota ni.. Jap , Padang Kota ada dua kan ? Ni yang kat Jalan Gurney tuu.. Haaa.. Dan setiap kali gi sana , aku akan bawak sepupu aku..Heheehe .. Dia je yang dealkan.. Dia kenal peniaga peniaga sana.. Maka senang cerita la kan ? Huhuhuh.. Selamat dari disembelih ..

image

Ok.. Yang aku amik ni harganya , RM150 ! Terkejut ? Hahaahhaa… Aku suruh sepupu aku gi tapaukan .. Malas nak turun sebab ramai orang dan aku tak nak Zahra terdedah dengan asap asap rokok di sana .. Maka makan je di rumah pakcik aku yang terletak di sebelah Padang Kota tu jer.. Hehehe..

Isi pasembor ni , 5-6 ekor ketam dan isi isi yang lain.. Tak hairan la sampai gitu harganya kan ?  Tapi selepas dapat diskaun kawan kawan.. harganya , kembali menormalkan jantung aku.. Haahahaa..

Aku pelik.. kenapa perlu jual mahal pada pengunjung luar dan ada juga warga tempatan pon disembelih , menurut mereka yang komen di Facebook ?

Namun begitu.. Padang Kota tetap penuh di malam hari ! Huhuhuh..

4 ulasan:

  1. Tu dia.. Sekali tengok pada pic hidangan tu, rasanya tak sempat dah nak fikir 'kena sembelih'. Tapi betul la, kena hati-hati.

    BalasPadam
  2. ambik sotong ketam, mesti kena sembelih punya...nak murah ambik fish ball, cake yang sewaktu dengannye jer...

    BalasPadam
  3. sesekali pegi bolehla... selalu pegi mmg mengadu "kos sara hidup mahal"

    BalasPadam
  4. Padang kota mmg cekik darah... saya makan kerang bakar + sotong kangkung RM64

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.