Projek ke Pantai Timur , dibatalkan !

 

Patutnya , lepas subuh hari ni .. aku sekeluarga bertolak ke Kelantan atas misi menghadiri majlis perkahwinan pasangan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ( #kelabbloggerbenashaari ) iaitu Qaseh Dalia dan Kyle Ril tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab..

Pertama , mek di bawah ni demam buat pertama kalinya !

image

Demam nak tumbuh gigi lagi ? Demam nak besar ? Demam nak bercakap ? Demam nak berjalan ? Atau ? Apa pun , suhu dia kena pantau. Malam ni saja 2 kali dah dia mandi.. Hurmm..

Alasan ke dua , aku ! Aku dah terlalu penat minggu ni . 3 hari ni saja aku asyik berlari sana sini untuk selesaikan kerja yang tak selesai selesai ! Hurmmm .. Ditambah lagi dengan insiden bangun awal semalam ( Gara-Gara Semalam ‘Merah’ ! ).

Stress ! Bila terlalu stress , anak akan jadi mangsa ! Sebaiknya kena banyakkan rehat .. Hurmm. Ditambah lagi dengan Qhaliff yang semakin bijak tapi sangat menduga kesabaran aku dan isteri. Huhuhu.. Saja nak tunjuk dia mogok la tuuu ! Hurm..

Ini bermakna , minggu ni .. rehat kat rumah je la.. atau gi mana mana tanpa internet selama 24 jam  ! Persoalan .. mampukah ???

3 ulasan:

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.