Suatu provokasikah keatas diriku ?

 

Grrrr ! Geram betul aku dengan budak ni ! Tak padan kecik ! Gedik lebihhhh.. Huhhhh ! Adoiyai.. Sesekali dia provoke aku kasi marah ! Bukan sesekali.. tapi kerap kali ! Apakah dia kurang kasih sayang ? Menanti kasih dari aku yang lebihkan maknya adiknya ??? Adoiyai !

image

Bila pergi rumah mak aku.. dia akan panggil aku , ‘ Pak Ngah’. Ikut sepupu sepupu dia panggil aku.. Huhhhh… Nak hilangkan ‘ Pak Ngah ‘ dari mulut dia tu , makan masa seminggu gak laa ! Tapi peliknya.. bila emergency case , dia panggil aku ‘ daddy ‘. Ternyata satu provokasi tanpa henti buat aku dari dia ! Mintak perhatiankah ?

Kalau gi makan luar , dia boleh duduk diam atas kerus dia untuk beberapa minit jer.. Selebihnya , aku dimintak kejar dia ! Adoiyai.. berpeluh.. geram .. semua ada !

Tapi segalanya hilang bila petang tadi .. Aku terlanggar meja waktu nak amik sikat utk sikat rambut Qhaliff.. Pastu aku pura pura nangis.. Qhaliff yg disebelah aku terus gosok kepala aku dan berkata dgn lembut..

" Angan angiss..angann angiss.. "..

Alahai anak.. Dialah bulan.. dialah bintang .. dan juga ribut taufan !

2 ulasan:

  1. hanya nak komen 'Alahai... Anak'

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang budak2 ni mmg buat kita geram, tapi lepastu kesian,and sayang bertambah-tambah.

    huhu,takde anak,tp jaga anak buah,sbb tu tahu :P

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.