Aku sokong TEKSI dan BAS naik harga !

 

Sokong 100% !!!!

image

Keratan dari akhbar Utusan Malaysia Online.

Aku memahami sangat kenapa dan mengapa diorang naikkan harga tambang perkhidmatan yang mereka berikan..Yelah , kos maintenance turut terkesan dengan GST nanti ..

Ok.. tapi !! Tapi !! Haaaa… Ada ceritanya niii.. Gini ceritanya..

Semalam , aku balik dari Low Yatt Plaza guna teksi. Malas nak guna LRT dan aku nak cepat gak sebab anak anak aku mak aku tengokkan hingga jam 12 tengahari.. Maka kena pantas la balik !

Naik je teksi.. Meter ditekan.. RM3 ! Lama dah tambang tak naik kan ? Ok la.. Dalam teksi , aku mula betulkan kolar baju aku.. Terasa bahang.. Aku perhatikan corong pendingin hawa. Di halakan semua ke driver. Tak pe la , aku tahu.. cuaca panas ..

Teksi dipandu perlahan.. Keadaan dalam teksi pun , hurmm.. Bukan la kotor tapi  agak kurang selesa dah.. Seat keras .. Peluh mula membasahi dahi aku.. Doa cepat cepat sampai rumah mak aku..

Sampai depan rumah , meter tertera RM8.. Aku bagi RM10.. Sedekah.. Tak pe la.. Aku memahami nasib mereka sebab ayah aku juga pernah menjadi pemandu teksi..

Ok.. Bagi aku takde masalah kalau mereka nak naikkan tambang tapi dengan syarat , tukar semua teksi lama ke baru. Sama jugak dengan bas.. Selesakan keadaan dalam bas , pemanduan lebih berhemah dan juga sediakan perlindungan insuran. Rasanya bas ekspress ada kan ? Ha.. Bas awam ?

Selesakan perkhidmatan awam , baru naikkan tambang.. Kalau tak ? Aku tarik balik sokongan aku..

10 ulasan:

  1. Setuju bro.. Perkhidmatan selesa dan sempurna, kita pun tak segan bayar. Bayar dengan ikhlas.

    BalasPadam
  2. ya kenaikan kena sejajar dengan perkhidmatan yang ditawarkan.. kalau penumpang tak selesa, tak berbaloi laa dengan harga yang dinaikkan tu..

    BalasPadam
  3. betul tu, kenaikkan harga haruslah sejajar dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan...

    BalasPadam
  4. Betul tu, harga naik kualiti mau terbaik laa ^^

    BalasPadam
  5. setuju abg ben... dah lama xdengar harga teksi naik..tapi kalu bas ada gak..keadaan teksi pun kena selesa dgn tambg baru yg dkenakan..




    www.yanieyusuf.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Sila ikut style perkhidmatan bas dan teksi si Singapore.

    BalasPadam
  7. yup.. kalau nak naik harga, tingkatkan keselesaan penumpang..

    BalasPadam
  8. sangat setuju.. bro mcm mane nak join kelab

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009