Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 31 Mac 2015

Bila anak kecil merajuk..

 

Bila merajuk , dia peluk tubuh dan berjalan masuk bilik ..dengan harapan bapak dia ni gi pujuk dia ! Tapi mudah sangat nak pujuk anak kecil ni.. Jangan cepat stress ..

Bila Qhaliff nakkan sesuatu , dia nak sungguh sungguh. Kalau tak dapat , dia akan buat hal kat situ gak ! Aku tak tau la dia belajar dari mana tapi pastinya kita kenal camana anak kita.. Mereka semakin pantas meniru ! Maka elakkan mereka dari salah memilih kawan..

Semalam mak aku cerita.. bapak aku saja saja ‘sakat’ Qhaliff dan dia buat satu kelakuan di luar dugaan ! Pergh.. merbahaya sungguh ! Tak tau laaaaa dia tiru sapa ! Hurmm.. Bahaya betul..

Pendedahan anak kecil pada dunia luar sepatutnya kena ada pantauan dari ibu bapa. Jangan main lepas jer.. Kalau tak ? Kita akan terkejut dengan perkembangan tidak sihat mereka. Yang sihat , ok la.. Yang negatif ? Hurmm..

Sejak dua menjak dah pandai merajuk ni , aku kena dah elak dari tempat tempat ‘merbahaya ‘ untuk dilalui terutamanya Toys R’ Us , taman permainan atau sebagainya.. Bukan kedekut atau tak nak singgah tapi tak kena masa..

image

Dia tau tu beg daddy tapi dia nak gak bawak.. Tak kasi bawak , situ gak dia bantai guling guling ! Bila anak buat perangai , sebaiknya jangan cepat naik angin.. Tenang .. dukung dan bercakap baik dengan mereka.. Kalau tak nak dengar gak , kasi tenungan 100 ribu petala langit punya power ! Baru diorang terdiam ! Hahahaha..

7 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Kuasa pandangan seorang ayah mampu menundukkan emosi seorang anak...itu yang julia sampai sekarang terfikir, kuasa abah, ayah, daddy ni luar biasa, julia pun takut pandangan tajam abah if kita sebagai anak buat salah, pandangan tajam ibu agak kurang sikit...mungkin bibirnya lebih berbicara, betullah org2 tua berkata, lihat dan pantau mereka, jika berlebih-lebihan baru nasihat, tak makan juga baru bg hukuman light mcm pandangan tajam hehehhehe...

jemarisuri berkata... [Reply to comment]

sama ngan ank kite kalau ngajuk guling2 depan kedai...hehe kalau tak beli huhu

Nur Aliah Nadhirah Abdullah Lim Bee Jen berkata... [Reply to comment]

Hahaha
Sy guna saikologi x mampu can lagi afdal bli mknan. Bila mampu, br akan belikan. Sampai hrni method yg sama. Addin akan angguk pelan2 dan redo dlm paksa....
Yes!!! Berjaya.
Skrg ni beliau aim nak beskal. Nak sgt2, sy kata nanti dulu...ada rezeki lebih, mama belikan.
Beliau angguk2 dan pastu lupa. Bila teringat akan tanya ulang2 tapi siap tambah skrip kt blakang sblum mamanya jadi naga bentan.
" mama, nanti Addin nak beskal 2 roda tau tapi nantilah bukan skrg. Tunggu mama ada duit lebih dulu ya..." dari nak bentan terus cair dan sebak....tu yg gigih mengoven...hahahahah..budak2 skrg bijak dan kreatif...
Addin duduk sorang2 dr kepingan lego boleh bentuk mcm2 model kapal terbang dr imaginasi sendiri.
Rasa2 bg ferrari boleh diubahnya ke kancil gamaknya...

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

ala cianya dia

izzeyda berkata... [Reply to comment]

beg sama besar dengan tuan yang bawak tuh.. hehehe.. budak2 makin banyak belajar macam2..

mas saari berkata... [Reply to comment]

anak saya kalau buat perangai nak itu ini dengan saya memang jarang layan.. saya terus cakap tak boleh, sebab kalau layan makin menjadi2 pulak.. so far mereka faham kalau saya cakap tak boleh, so mereka tak mintak dah..

safurara berkata... [Reply to comment]

hahahahaha betul aben! tak payah nk marah2.nk pukul.DIAM and tenung.seyes dorg diam.hahaha. tenung 7 petala langit.hahahaha.win!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI