Bila meronda malam di malam Jumaat kliwon !

 

Fuhh… malam ni aku bertugas. Ikutkan , aku kena turun jam 1 pagi hingga jam 3 pagi bersama 2 orang jiran lain. Tapi disebabkan aku terlalu penat hari ni , aku terbabas tidur hingga 2 lebih ! Huhuh.. Nasib baik ada kawan kawan lain turut bantu.. Biasanya satu syif , 3 orang .. tapi Alhamdulillah , ada rakan sanggup luang masa kawal bersama.. maka lebih teguh dan seronok la kawal.. Segalanya untuk keselamatan anak bini memasing , kan ?

Disebabkan aku dah terbabas maka aku sukarela masuk ke syif 3-5 pagi.. huhu.. Malam Jumaat tuuu .. Gulp.. Dah la kawasan aku ni , hurm.. Tapi tak pe la.. niat baik kan ?

Lalu taman permainan.. clear ! Kalau tak , ada je budak budak laki perempuan melepak.. Memang kena tazkirah punya la ngan bro bro otai .. Aku nak tazkirah tu , takde la.. Huhuh..

image

Ada rumah terlupa tutup pagar ,jiran berkawal akan tolong tutupkan.. Bagus la gini kan ? Tapi sayangnya ada yang tak membantu.. turun berkawal pon tidak.. Hurmm.. Camana tu ?

image image

Mana mana kereta masuk.. motor masuk , kasi tahan ! Terpaksa kawan !! Banyak kes pecah rumah waktu waktu gini berlaku di beberapa taman dan juga taman perumahan aku tinggal ni !

Sekadar peringatan.. ada juga kes berlaku di subuh hari ! Masa nak keluar gi kerja , masa tu la di serbu dek penyamun berparang ! Haaaa, camana tu ? Nasihat aku la.. sebelum keluar rumah pandang  kiri kanan.. baca doa pelindung diri dan sebagainya.. Jangan terlalu leka..

Jam 5.30 pagi.. Alhamdulillah , taman secure.. balik rumah dan update blog ! Huhuhuh.. Tidur ? Hurmm..

1 ulasan:

  1. bagus ada kejiranan sebegini.. mesti dah tak boleh lena kan.. hehehe..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009