Bubur Kacang Merah dan Hijau dari Beans & Beans

by - Rabu, Mac 18, 2015

 

Ada pilihan dah sekarang andai perut lapar di tengah malam hari atau di ketika tak tau nak makan apa.. Hehehe.. Katakan tidak pada mee segera lagi ! Huhuh.. Maklumlah, bahan bahan yang gunakan dengarnya menakutkan , kan ?

Ok.. Semalam aku ke sidang akhbar pelancaran Beans & Beans di Le Meridians , KL Sentral. Di sana , aku dan beberapa blogger #kelabbloggerbenashaari serta wartawan diperkenalkan dengan produk terbaru di pasaran yang semakin mendapat sambutan iaitu BEANS & BEANS !!

image

Beans & Beans.. Bubur kacang merah dan hijau segera.. 5 minit dah siap utk dimakan!! Katakan tidak lagi pada Mee segera.. Hehehe..

Produk yg baharu dua bulan berada di pasaran ni menawarkan bubur kacang merah asli, bubur kacang merah bersantan, bubur kacang hijau asli, bubur kacang hijau bersantan dan bijiran campuran terdiri drpd oat, kismis dan kacang badam.

Walaupun SEGERA, ianya masih mengekalkan aroma dan keenakkannya, tanpa kolestrol, tanpa bahan pengawet, dan tiada perasa tiruan!

image

Aku bukanlah pengemar kacang hijau atau kacang merah tapi kalau buat aiskrim ni , perghhh ! Hahahaha .. Confirm sedap..

Aku cuba semangkuk dulu ! Hurm… tak beberapa manis tapi menyelerakan .. Rasanya kalau orang tu kreatif , Beans & Beans ni confirm bertambah menyelerakan ! Yang original ni pon dah sedap .. bayangkan jika mereka yang kreatif , kasi ubah suai ! Perghh…

image

Beans & Beans ni sesuai untuk semua golongan yang berusia 3 tahun ke atas.. Hehehe.. Boleh dapati di 7 Eleven, Giant, 99 Speedmart berhampiran anda ..

Selamat menjamu selera. Jangan lupa LIKE page Bean & Beans Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini serta pertandingan yang sedang dijalankan ..

You May Also Like

3 comments

  1. sy suka bubur kacang!! tiba2 rindu kat mak.. hurm..

    BalasPadam
  2. Wahh jenama baru.. Dh la anis peminat bubur kacang.. Hihi

    BalasPadam