Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 14 Mac 2015

Hampir 12 jam perjalanan ke Kelantan !

 

Bertolak jam 6.30 pagi. Sampai betul betul dalam rumah di Kok Lanas, jam 6 petang ! Haaa… Cer kira berapa jamm .. !! Perghh.. Ni gara gara banyak kali berenti rehat dan tidur 5 minit ! Hehehehe .. Terpaksa !

Awal pagi semalam , aku ikut jiran meronda taman perumahan. Huhu.. Saja meramaikan majlis .. Dan kesannya ? Kesannya ni laaa.. Terlalu letih mata gara gara tak cukup tidur !

Dan untuk menghilangkan ngantuk dan keletihan ketika memandu , aku try amik Red Bull yang mahal punya tuuu.. RM7.20 setin ! Beli 2 tin gitu haa…

image

Apakah mampu menghilangkan ngantuk aku seperti sebelum ni aku minum Livita with Honey tu ? Boleh laaaa.. Tapi aku tetap gagal mengawal mata aku dari terlelap beberapa kali ketika memandu disebabkan cuaca yang terlalu..

image

Panas koooo !! Aku pakai RayBan.. kurang sedikit tapi aku kan rabun.. Nak memotong tu aku kena pastikan keadaan kenderaan di hadapan aku tu.. Maka tak berani la nak pakai .. takut tak perasan kereta nanti !

image

Nak tak nak.. aku kena berenti banyak kali dan lelapkan mata agar hilang letih mata tu ..

image

12 jam perjalanan kali ni jadi terlalu lama walhal sebelum sebelum ni pon , masa perjalanan memang gitu pon sebab aku kerap berenti gak.. Cuma kali ni , cuaca kering di pantai timur menambahkan lagi keletihan ketika memandu.. Kita tak perasan tapi itulah sebenarnya.. Maka , banyakkan minum air suam ketika ni yer.. Huhuh..

1 komen :

acik watie berkata... [Reply to comment]

welcome to klate..harapnya terserempak la kita kat mana2..saya takkan teragak2 nak selfie dgn bro.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI