Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 11 Mac 2015

Hasil dari review blog !

 

Ada manusia jenis tanam bijik durian hari ni , minggu depan nak pungut hasil dah ! Tak sabar sabar ! Bila tak dapat pulangan , caci maki serta kejian dilemparkan ! Apakah dia terlupa rezeki tu dari mana ? Sapa yang beri ? Kan ?

Hari ni , ada rakan lama pm aku di Facebook. Tetiba minta alamat rumah . Aiseyman.. Nak bagi kad kawin kah ?

image

Sekali.. nak hantar novel koooo !! Tu diaa !! Tapi … sapa dia ni ?  Borak punya borak .. Rupanya , dia adalah salah seorang blogger yang pernah aku review bertahun tahun dulu.. Ketika tu , dia berusia 13 tahun dan sekarang .. dah 17 tahun ! Berjaya juga dia hasilkan sebuah novel ! Alhamdulillah.. Bagi yang reti manfaatkan dunia maya ni , dia akan dapat hasilnya .. kan ? Baca review tu di SINI ..

image

Tak sabar pulak nak baca novel orang muda ni.. hehehe.Aku nak tulis panjang lagi pasal ni tapi Zahra dok mai kacau…Adehh..

2 komen :

reenapple berkata... [Reply to comment]

Wahhh... mohon abang ben buat review pasal novel tu nanti.

Sham berkata... [Reply to comment]

Umur 17 dh tulis novel...waa rare ni..young talent...nice one...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI