Ke ‪#‎AABCHangout‬ ‪#‎AirAsiaBloggersCommunity‬

by - Ahad, Mac 29, 2015

 

Ikutkan aku tak jadi ke event  ‪#‎AABCHangout‬ ‪#‎AirAsiaBloggersCommunity ‬yg mana ramai blogger #kelabbloggerbenashaari ni turut serta sebab aku ada banyak event yang perlu hadir semalam.. Tapi disebabkan nak bagi sokongan serta terima kasih pada AirAsia Bloggers Community yang telah sudi menerbangkan aku ke Paris serta ramai lagi rakan rakan KBBA ‘ bercuti ‘ ke luar negara ( kita jangan lupa jasa orang woo ) , maka aku gigihkan diri juga ke sana !

Awalnya aku datang hanya untuk tayang muka jer tapi bila dah nampak pegawai AirAsia yang turut bertugas ada kat situ , En. Fairuz , maka aku terus join gak la.. Aku daftar terus walaupun tak buat reservation. Hehehee..

Bertempat di Berjaya Times Square , ESCAPEROOM menjadi tumpuan puluhan blogger tanpa kira ‘level’ . Maklumlah , dalam dunia blog ni kan ada level.. Tahap retis , tahap cendiakawan , tahap perwira , tahap berani mati dan macam macam.. Tapi yang datang ni , semua tahap picisan.. Hehehe.. kan ?

image image

DSC05393DSC05398

Seronok dan menghiburkan ! 2 jenis permainan dibuat dan semua memberikan kerjasama tanpa ada rasa segan segan tak bertempat termasuk aku ! Hahahaha ..

Yang pastinya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari telah ‘berada di hati’ AirAsia ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Tak sia sia wujudkan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ni !

Dan .. Lan Careno serta skandalnya , Daus Redscarz telah berjaya menitiskan air mata dengan berjaya ke Cibu , Filipina !! Perghhh.. Nangiss koooo .. hahahaha .. Tahniah geng ! Tercapai gak impian nak dapat trip percuma dengan Air Asia. Bukan tak mampu tapi orang kata , bila jadi blogger ni .. dapat sponsor dari syarikat tertentu tu adalah satu impian ! Kan ? Yelah , penulisan kita dihargai. Kan kan ?

image

Tahniah kepada En. Ashaman , En.Fairuz , Daphne , semua blogger AirAsia Blogger Community , Air Asia , Escape Room , Kelab Blogger Ben Ashaari dan blogger blogger yang hadir semalam ! Ternyata dunia maya memberi pulangan yang lumayan jika kita tau fungsi sebenarnya !

You May Also Like

1 comments