Keanggunan Samsung GALAXY S6 | S6 Edge

by - Isnin, Mac 30, 2015

 

Tertarik dan mengagumkan ! Tu yang aku rasa ketika aku melihat rekabentuk Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge ketika menyaksikan pelancarannya baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Ciri-ciri terkini serta rekabentuk yang terdapat pada Samsung Galaxy S6 ni membuatkan aku tersangat tidak sabar untuk melihat dengan lebih dekat lagi .. apatah lagi kalau menjadi antara yang terawal di Malaysia yang dapat menyentuhnya ! Hehehehe ..

Akhirnya , peluang depan mata.. Telefon pintar Samsung Galaxy S6 dan S6 edge berada di depan mata aku ! Aku nak rasa sendiri keanggunan rekaan terkini dari Samsung ni.

image

image

Wow ! Memang menarik ! Badannya yang solid sememangnya membuatkan kita yang memegangnya rasa selesa sangat. Gabungan metal dan glass pada Samsung Galaxy S6 edge terutamanya , menaikkan lagi gaya si pemilik berada dalam kelas tersendiri !

Ok.. Persoalan mengenai ketahanan.. Samsung Galaxy S6 ni dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4 yang dikatakan lebih keras dan tahan lasak ! Sesuatu yang amat penting bila nak beli telefon pintar .. maklumlah , memasing kan lasak !

Kamera.. Yang ni amat penting terutama pada pengguna media sosial yang kaki bergambar tanpa kira masa ! Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge dilengkapi dengan aperture f1.9 yang mana kamera depan 5MP sensor beresolusi tinggi dan kamera belakang ( 16MP ) yang pastinya akan mengagumkan anda terutama bila amik gambar dalam keadaan low light atau gelap.

Samsung Galaxy S6 juga dilengkapi dengan Smart Optical Stabilization ( OIS ) , Detect White Balance da  Auto Real Time  High Dynamic Range ( HDR ). Menariknya ialah adanya ‘QUICK LAUNCH’ yang membolehkan kita access kamera dengan cukup pantas , yakni dalam 0.7 saat saja ! Ini bagi memastikan saat manis kita tidak terlepas dan cepat dirakam ke dalam kamera !!

Ok… Ini part paling selalu jadi masalah ! Bateri dan charging ! Hurmmm.. Samsung Galaxy S6 dan S6 edge lebih pantas mengecas bateri yakni 1.5 kali ganda lebih pantas dari Samsung GALAXY S5. Boleh rujuk pada SINI jika was-was !!! Terkejut ? Aku pun.. hehehe.. Dan menariknya , pengguna ada pilihan cara untuk mengecas bateri.. samada guna kabel atau wireless !!

Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge menggunakan standard universal wireless charging ( WPC and PMA certified wireless charging technology ) . Bayangkan bila kita gi lepak mana mana cafe dan minum.. bateri Samsung Galaxy S6 tu dah nak abis bateri ! Haaa.. nak charge camana ? Yesss !! Wireless laaa.. Mesti la cafe tu menyediakan perkhidmatan tu kan ? Maklumlah , Samsung kan ramai penggunanya ! Kan kan ?

Satu lagi kelebihan ialah SECURITY atau KESELAMATAN .. Ini penting untuk mengelakkan data kita dicuri oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ada Samsung KNOX , pastinya pengguna Samsung Galaxy S6 tidak perlu rasa takut lagi.

Ok.. banyak lagi kalau nak cerita ni .. Tapi yang pasti , Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge ni menjanjikan kelainan yang lebih menarik berbanding telefon pintar yang ada di pasaran sekarang ni ..

image 

Samsung Galaxy S6 dan S6 edge akan berada di pasaran pada April 2015 nanti dengan warna White Pearl , Black Sapphire , Gold Platinum , Blue Topaz ( hanya Galaxy S6 ) dan Green Emerald ( hanya Galaxy S6 edge ).

You May Also Like

16 comments

  1. perggghhhh.. nengok gambar pun dah tertarik dan teruja. apatah lg dpt pegang. apatah lg dapat memiliki

    BalasPadam
  2. Wah ! seriously rasa macam nak tukar baru ,i want this ,sgt menarik !

    BalasPadam
  3. Alamakkk...kaler gold platinum tu nampak hebatla! Ni boleh jadi gatal tangan ni hehe

    BalasPadam
  4. Ohmy .. seksi nya fon ni .. dah tengok review kat google n youtube .. memang terbaik !!! design sangat seksi <3

    BalasPadam
  5. pergg menarikkk...skrin pun cantk.. ang penting kamera depan blakang memang power.. ada yang nak blanja yanie tak samsung galaxy s6??hihih


    www.yanieyusuf.blogspot.com

    BalasPadam
  6. samsung s6 edge cukup menawan dan terbaik...

    BalasPadam
  7. Nice one! Green emerald my fav color!

    BalasPadam
  8. Adoiiii menyesal baca...dah tu termimpi plak nanti hehehhe

    BalasPadam
  9. Very smart & sleek designlah. Kamera 16mp tu yg menarik sgt nih. Senang pi mana mama bawak hp je tak yah bwk camera kan

    BalasPadam
  10. While working on QuickBooks accounting software user can face some errors which obstructs users from working smoothly. You can read our articles to solve all your errors through our blog QB Tool Hub.

    BalasPadam