Lasak punya pasal !

 

Gi makan nasi kerabu dekat.. hurm… port kegemaran aku.. Dengan Ketereh tu haaa… Sampai sana , Qhaliff seperti biasa , tunjuk aksi lasak dia .. Aku tak larat nak kutip dia dah.. Letak sebelah aku sekejap je ..

image

Tak larat nak kejar.. nak kutip.. Pastu dia turun , berlari dan bermain dengan kanak kanak lain, yang jauh lebih tua dari dia ! Akhirnya , tergelincir.. Yelah , main atas pasir !

Bercucuran darah keluar ! Abis semua orang terkejut tengok.. Aku ? Tenang.. Abiskan makan nasi kerabu aku.. Pastu baru gi amik dia di tangan wife aku dan bawak masuk ke dalam kereta..

Dalam kereta , dia kena leter dengan aku ! Dari semalam aku dok tahan geram dengan dia .. Meraung non stop la dia kena marah ngan aku !

imageimage

Muka 20 sen.. Kejap menangis.. kejap diam.. gara gara kena berleter 20 minit tanpa henti dari aku ! Nasib baik tok dia tak masuk lagi dalam kereta .. Kalau tak , aku tak berpeluang nak bebel kat dia ! Tau dia , aku tengah marah sangat  kat dia..

Nasib baik la rambut depan dia panjang.. Terhalang la dari luka banyak .. Ni baru sorang hero.. Yang heroin punya cerita tak tau lagi.. Adeh..

10 ulasan:

  1. kesiannya Qhaliff jatuh sampai macam tu..hihi, umur macam Qhaliff mmg lasak sikit..kadang2 tgok kawan2 yg layan kerenah anak2 umur sebaya Qhaliff mmg kena tabah..huhu

    BalasPadam
  2. alahaii qhaliff... lain kali duduk dediam sikit yer...kan daddy dah bebel tu... hu hu hu... get well soon qhaliff...

    BalasPadam
  3. heroin biasa lagi lasak kot.. hehe..

    BalasPadam
  4. Aduhhh.. sakitnya.. sian abg long.. pengajaran tu ye abg long.. harap2 abg long akan ingat luka kat dahi ni bila hyper sangat..

    BalasPadam
  5. budak tengah membesar memang macam tuh.. kena plak anak lelaki.. anak pun pernah sampai luka sini sana.. lasak punya pasal.. ada juga yang sampai berparut.. ada yang tak berparut.. yang berparut nasib tak nampak sangat..

    BalasPadam
  6. ALAHAI....
    DAH BERTANDA DAHI ANAK BUJANG TU...
    SAYA ADA TIGA ANAK LELAKI... YANG KECIK SEKALI SEBAYA QHALIF... SAMA MCM EN.BEN, BILA DAH LARAT NAK LARANG, SAYA BIAR JE... BILA JADI MUSIBAH, MEMANG KENA BEBEL LAH... SIAP TAMBAH SEDAS DUA LAGI... MEMANG GERAM YANG TERAMAT...

    BalasPadam
  7. Lukanya kecil tapi dalam..kesian qhaliff..

    BalasPadam
  8. Qhaliff, ala syian dah berdarah dahi tu.. papa marah tanda sayang tu.. hehehe. get well soon

    BalasPadam
  9. alah sian.. budak besar ni mmg lasak, kena sentiasa kawal kan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI